Site icon Wacana Zeckry

Dua Vaksin Covid-19 telah diluluskan

vaksin covid-19

Badan kawal selia ubat Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan keputusan penggunaan vaksin COVID-19 yang dibekalkan syarikat farmaseutikal, Pfizer-BioNTech. Manakala, Moderna melaporkan keputusan penuh dan mengesahkan keberkesanan yang tinggi iaitu dianggarkan 94.1 peratus dan bergabung dengan farmasi AS, Pfizer dan BioNTech Jerman . Hari ini vaksin yang dihasilkan telah diberi kelulusan untuk memasuki pasaran dunia,

1-Vaksin Pfizer-BioNTech

-Dihasilkan oleh Pfizer, syarikat gergasi farmaseutikal sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS).

– Syarikat farmaseutikal itu dibangunkan bersama syarikat BioNTech dari Jerman, menunjukkan lebih 90 peratus keberkesanan suntikan vaksin itu selepas dos kedua.

-Mengikut rekod kini kadar keberkesanan 95 peratus

ketika fasa ujian global, membabitkan suntikan dua dos dalam tempoh selang tiga minggu. Sebelum ini, BioNTech mengatakan bahawa vaksin mereka 90 peratus berkesan.

-Pfizer-BioNTech harus disimpan dalam suhu persekitaran -70 darjah Celsius iaitu bawah takat beku, sekali gus memaksa syarikat pembekal menyediakan peti simpanan khas ketika proses pengangkutan.

2-Moderna

-Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna, akan mengenakan caj antara AS$25 hingga AS$37 (RM102.30 hingga RM151.44) bagi setiap dos vaksin COVID-19 yang dihasilkannya.

-Dibangunkan bersama dengan Institut Kesihatan Nasional AS, suntikan vaksin itu dikatakan boleh diterima dengan baik, dengan kesan sampingan yang paling minimum seperti sakit di tempat suntikan, keletihan, sakit otot, sakit sendi dan sakit kepala.

-Sebelum ini, hasil ujian klinikal melaporkan bahawa vaksin percubaannya ini mendapati 94.5 peratus berkesan bagi mencegah COVID-19, berdasarkan data interim daripada percubaan klinikal peringkat akhir, menjadi pembangun kedua selepas Pfizer dan rakannya BioNTech.

-Menurut Stephane Bancel, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Moderna menjelaskan bahawa, vaksin ini hampir sama dengan suntikan selsema, iaitu antara AS$10 hingga AS$50 (RM40.93 hingga RM204.65), Analisis interim positif dari kajian Fasa 3 ini telah memberi kita pengesahan klinikal pertama bahawa vaksin kita dapat mencegah penyakit COVID-19, termasuk penyakit yang teruk,

-Vaksinnya dapat kekal stabil pada suhu peti sejuk standard dari 2 darjah celsius hingga 8 darjah celsius selama 30 hari dan ia boleh disimpan dalam simpanan jangka panjang pada suhu beku standard -20 darjah selsius hingga enam bulan.

-Moderna menjangkakan akan mempunyai sekitar 20 juta dos vaksin, yang disebut mRNA-1273, tersedia di AS menjelang akhir tahun 2020 dan antara 500 juta hingga satu bilion dos untuk kegunaan global pada 2021.

-Moderna mengeluarkan hasil awal dari percubaan klinikal dengan lebih daripada 30,000 peserta, selepas syarikat farmaseutikal AS Pfizer dan rakannya dari Jerman,

Ujian Klinikal Vaksin Moderna

Vaksin Moderna, yang dikembangkan bersama oleh Institut Kesihatan Nasional AS, diberikan dalam dua dos yang terpisah 28 hari, dan hasil awal berdasarkan kepada 95 sukarelawan sebagai sampel dari 30,000 yang jatuh sakit akibat COVID-19.

Dari 95, 90 telah berada dalam kumpulan plasebo percubaan, dan lima dari kumpulan yang menerima ubat itu, yang disebut mRNA-1273. Terdapat 11 orang yang jatuh sakit teruk, semuanya tergolong dalam kumpulan plasebo.

Vaksin boleh diterima dengan baik, dengan kebanyakan kesan sampingan diklasifikasikan sebagai ringan atau sederhana. Selepas dos pertama, kira-kira tiga peratus orang mengalami kesakitan di tempat suntikan yang tergolong teruk.

Kesan Sampingan

Antara kesan sampingan yang diklasifikasikan sebagai teruk selepas dos kedua, sekitar 10 peratus mengalami keletihan, sembilan peratus mengalami sakit otot, lima peratus mengalami sakit sendi atau sakit kepala, empat peratus mengalami kesakitan lain dan dua peratus mengalami kemerahan di tempat suntikan.

Oleh itu, saintis menganggarkan sekitar 70 peratus populasi penduduk dunia perlu diberi vaksin untuk mengakhiri wabak itu tetapi menjangkakan ianya tidak mungkin dapat dicapai hingga pertengahan tahun hadapan.

Kedua-duanya vaksin ini menggunakan teknologi mRNA (penyampai asid ribonukleik) untuk menyampaikan bahan genetik kepada tubuh supaya menjadikan sel manusia menghasilkan protein daripada virus, sekali gus melatih sistem imunisasi untuk bersedia jika diserang COVID-19.

Sebelum ini, tulisan sebelum ini, penulis hanya menulis tentang “Pemimpin Zaman Covid-19” dan ” Kesan Wudhu Sebagai Penghindar Covid-19 yang berbeza dengan tulisan ini yang membicarakan tentang penemuan dan kelulusan dua vaksin yang dihasilkan untuk digunakan di seluruh dunia nanti.

Rujukan

5090062 {5090062:KEJBKERS} items 1 apa 0 default asc 2282 http://zeckry.net/wp-content/plugins/zotpress/
%7B%22status%22%3A%22success%22%2C%22updateneeded%22%3Afalse%2C%22instance%22%3A%22zotpress-1b5f9ee1eb363c29c3f06f2e786db7af%22%2C%22meta%22%3A%7B%22request_last%22%3A0%2C%22request_next%22%3A0%2C%22used_cache%22%3Atrue%7D%2C%22data%22%3A%5B%7B%22key%22%3A%22KEJBKERS%22%2C%22library%22%3A%7B%22id%22%3A5090062%7D%2C%22meta%22%3A%7B%22creatorSummary%22%3A%22Berita%20Harian%22%2C%22parsedDate%22%3A%222020-11-16%22%2C%22numChildren%22%3A1%7D%2C%22bib%22%3A%22%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-bib-body%5C%22%20style%3D%5C%22line-height%3A%202%3B%20padding-left%3A%201em%3B%20text-indent%3A-1em%3B%5C%22%3E%5Cn%20%20%3Cdiv%20class%3D%5C%22csl-entry%5C%22%3EBerita%20Harian.%20%282020%2C%20November%2016%29.%20%3Ci%3EVaksin%20Moderna%2094.5%20Peratus%20Berkesan%3C%5C%2Fi%3E.%20Berita%20Harian.%20%3Ca%20href%3D%27https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.bharian.com.my%5C%2Fdunia%5C%2Flain-lain%5C%2F2020%5C%2F11%5C%2F754940%5C%2Fvaksin-moderna-945-peratus-berkesan%27%3Ehttps%3A%5C%2F%5C%2Fwww.bharian.com.my%5C%2Fdunia%5C%2Flain-lain%5C%2F2020%5C%2F11%5C%2F754940%5C%2Fvaksin-moderna-945-peratus-berkesan%3C%5C%2Fa%3E%3C%5C%2Fdiv%3E%5Cn%3C%5C%2Fdiv%3E%22%2C%22data%22%3A%7B%22itemType%22%3A%22webpage%22%2C%22title%22%3A%22Vaksin%20Moderna%2094.5%20Peratus%20Berkesan%22%2C%22creators%22%3A%5B%7B%22creatorType%22%3A%22author%22%2C%22name%22%3A%22Berita%20Harian%22%7D%5D%2C%22abstractNote%22%3A%22WASHINGTON%3A%20Firma%20bioteknologi%20Amerika%20Syarikat%20%28AS%29%20Moderna%20hari%20ini%20mengumumkan%20vaksin%20percubaannya%20untuk%20COVID-19%20berkesan%2094.5%20peratus%2C%20menandakan%20kejayaan%20besar%20kedua%20dalam%20pemburuan%20vaksin.%22%2C%22date%22%3A%2216%5C%2F11%5C%2F2020%22%2C%22url%22%3A%22https%3A%5C%2F%5C%2Fwww.bharian.com.my%5C%2Fdunia%5C%2Flain-lain%5C%2F2020%5C%2F11%5C%2F754940%5C%2Fvaksin-moderna-945-peratus-berkesan%22%2C%22language%22%3A%22en%22%2C%22collections%22%3A%5B%5D%2C%22dateModified%22%3A%222021-01-07T06%3A11%3A11Z%22%7D%7D%5D%7D
Berita Harian. (2020, November 16). Vaksin Moderna 94.5 Peratus Berkesan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2020/11/754940/vaksin-moderna-945-peratus-berkesan
Exit mobile version