Menurut Abdul Hadi Ab Manap (2021) demi mengejar pangkat ke jawatan profesor madya dan profesor dengan mudah, ada dalam kalangan ahli akademik menerbitkan tulisan akademik atau kajian menggunakan ‘jurnal pemangsa’ (predatory journals) sebagai jalan pintas mencapai penunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing.

Data menunjukkan penerbitan jurnal tidak berkualiti dalam kalangan ahli akademik di negara ini berada pada tahap yang amat membimbangkan dan Malaysia disenaraikan di tangga kelima dalam kecenderungan menerbitkan jur­nal pemangsa.

Menurut Norzaini Azman (2021) merupakan, Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi (Pendapat), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengatakan bahawa jurnal pemangsa berkuali­ti rendah dan tidak mengikut standard akademik yang tinggi untuk penerbitan, ia biasanya ditawarkan dengan kadar cepat atau dalam tempoh yang singkat.

Data itu diperoleh daripada penyelidikan antarabangsa me­libatkan 172 buah negara dalam empat bidang iaitu sains kesihatan, sains hayat, sains fizikal dan sains sosial untuk tempoh dua tahun iaitu dari 2015 hingga 2017.

Jurnal pemangsa merupakan jurnal palsu yang menjanjikan penerbitan dengan meminta penulis membayar kos penerbitan dan perkhidmatan semakan rakan kesepakaran atau penyuntingan.

Justeru, jurnal-jurnal sebegini sering menawarkan institusi atau kumpulan penyelidik untuk menyediakan edisi khas dengan bayaran pukal, contohnya RM20,000 hingga RM60,000 bagi setiap edisi yang diterbitkan secara akses terbuka.

Selain itu, ‘kecurangan akademik’ itu bukan hanya melibatkan profesor universiti, malah ramai pensyarah muda turut terjebak dalam aktiviti tidak beretika berkenaan kerana tekanan untuk mencapai KPI.

Mungkin ahli akademik muda telah melihat bagaimana segelintir profesor telah dinaikkan pangkat bersandarkan artikel-artikel dalam jurnal pemangsa. Justeru tidak hairanlah ramai ahli akademik muda yang terus menerus menerbit dalam jurnal pemangsa.

Sebaliknya, jurnal akademik berkualiti tinggi memerlukan waktu lebih lama untuk menerbitkan artikel kerana mereka melalui proses semakan rakan kesepakaran berwibawa dan penyuntingan yang teliti.

Walau bagaimanapun jurnal berkualiti sangat berfokus kepada bidang atau tujuan tertentu manakala jurnal pemangsa selalunya jurnal yang menerbitkan apa saja tema atau bidang,

Setakat ini, beberapa kajian mengenai penerbitan dalam jurnal pemangsa telah dijalankan sebelum ini dan telahpun diterbitkan di pelbagai jurnal berwibawa. Nama Malaysia tercatat hampir dalam setiap kajian berkaitan.

Dalam kajian terkini, bagi bidang sains kesihatan, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-16.

Untuk sains fizikal pula, Malaysia menjadi negara kedua teratas selepas Indonesia dan bagi sains sosial, Malaysia di tangga kedua teratas selepas Albania.

Menurutnya lagi, setakat ini tiada statistik rasmi yang dikeluarkan untuk membuktikan penglibatan para pensyarah tempatan, namun ia bukan sesuatu yang sukar didapati kerana semua penerbitan te­lah direkodkan dalam sistem setiap universiti. Satu cara lain adalah melihat kos kewangan yang telah digunakan untuk menerbit dalam jurnal-jurnal yang bersifat jurnal pemangsa ini.

Walaupun golongan penyelidik cuba beralih kepada kualiti tetapi minda sebilangan pentadbir kita masih kepada aspek kuantiti. Namun, penghargaan masih diberikan kepada mereka yang menerbit berbelas atau berpuluh kertas jurnal tanpa melihat kualiti penerbitan tersebut. Ini bukan menghargai ‘kecemerlangan’ yang sebenarnya.(Norzaini Azman,2021).

Rujukan :

Abdul Hadi Ab Manap. (2021, February 14). Jalan pintas jadi profesor. Utusan Digital. http://www.utusan.com.my/premium/2021/02/jalan-pintas-jadi-profesor/
Abdul Hadi Ab Manap, & Mohd Fadhli Mohd Sulaiman. (2021). Sikap Universiti Jejas Kualiti Ahli Akademik. Utusan Digital. https://www.utusan.com.my/berita/2021/02/sikap-universiti-jejas-kualiti-ahli-akademik/
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.