Menurut Islam, tidak akan terdapat keamanan di dunia ini melainkan seseorang individu berada dalam keadaan aman dengan dirinya. Oleh yang demikian, untuk membentuk satu asas yang kukuh bagi keamanan dirinya apabila hati kita tidak disakiti oleh orang lain. Lebih teruk lagi apabila kita dihasadkan seterusnya menjadi penyakit ain. Sebaliknya bagaimana orang yang menyakiti kita. Secara jelasnya analoginya seperti berikut :

Seekor ular masuk ke kilang pertukangan. Ketika ular tersebut merayap-rayap ke dalam kilang tersebut , ular itu melalui sebuah gergaji dan mengalami sedikit melukai dirinya sendiri. Pada saat itu , dia berbalik lalu menggigit gergaji itu hingga mulutnya terluka. Kemudian , tanpa memahami apa yang terjadi padanya dan menyangka bahawa gergaji itu sedang menyerangnya. Ular tersebut terus untuk melilit gergaji , semakin kuat ia melilit , semakin ia terluka parah….

Maka…

Terkadang kita meluapkan amarah , berfikir untuk menyakiti orang yang telah menyakiti kita , tetapi sebenarnya kita menyakiti diri sendiri. Tak perlu menanggapi setiap ucapan yang menyakitkan , belajar sabar untuk tidak membalas. Bila kita berada pada tempat yang benar , orang yang memusuhi kita akan jatuh dan menelan kata-katanya sendiri, sama ada cepat atau lambat akan berlaku.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.