Kecoh pasal gaji 1200?
.
Actually, nak gajikan pekerja dengan rate RM1,200 sebulan,bukan kos kepada majikan RM1,200 bulat² mcm tu je geng.. Ada “kos² lain” yg kena diambil kira.
.
Jom kita kira jap berapa kos kepada majikan kalau nak hire pekerja bergaji RM1,200 sebulan bila kita consider “kos² lain” ni
.
Gaji: RM1,200
EPF Majikan (12%): RM144
Socso under Majikan: RM 20.15
EIS under Majikan: RM2.30
.
Grand total (A): RM1,366.45
.
See..bukan RM1,200 semata² kan?Lebih daripada tu😅
.
Ok. Next,
Kalau nak dikira kos setahun pulak..Setahun ada 12bulan.
So,kos setahun (B): (A) x 12=RM 16,397.40
.
Kos sehari? Setahun ada 365 hari.
Kos sehari (C): (B÷365)= RM 44.92
.
Tapi betul ke kos majikan hanya RM44.92 sehari kalau nak hire pekerja bergaji RM1,200?
.
Jom kita tengok benda ni sekejap..
.
Kalau ikut Employment Act 1955, majikan wajib bagi satu hari cuti rehat kepada pekerja dlm satu minggu.
.
So, setahun ada 52 minggu,
Setiap minggu 6hari je bekerja kalau ikut Employment Act ni..
Maka, setahun effective day bekerja hanyalah 312 hari
(52 minggu x 6hari = 312 hari)
.
Eh, chop. How about public holiday (PH) annual leave (AL) and sick leave (MC)?
.
Kita ambil paling minimum lah ye apa yg di quote dlm Employment Act 1955.
.
PH=11 hari (Refer Section 60D (1a))
.
AL=8hari (Refer Section 60E (1a))
.
MC= 14 hari (Refer Section 60F (1aa))
.
So,berapa hari bekerja je yg tinggal lepas tolak PH,AL and MC?
312-11-8-14 = 279 hari
.
Ok,jumlah hari yg betul² bekerja dah tau.
.
Jom kita kira berapa sebenarnya kos majikan untuk sehari untuk gajikan pekerja RM1,200 pulak..
.
Cara simple nak kira, just guna formula ni:
Kos hiring setahun ÷ 279 hari
RM 16,397.40 ÷ 279 = ~RM58.80 sehari.
.
And then, kita breakdown lagi ke rate sejam..
.
Pekerja normally bekerja 8jam sehari je kan?
Kalau dikira kos majikan untuk sejam jawapannya RM7.35 sejam
(RM58.80 ÷ 8jam = RM7.35 sejam)
.
Or dalam seminit = RM 7.35 ÷ 60 minit
= approx. 12 sen per minit
.
Lepas tu….Pekerja ni ada masa unproductivenya..Ye lah..manusia bukan robot kan. Kadang² ada lah loose time gak😅
.
Katakan lah….pekerja ni..
😅Sehari g memerut kat toilet: 10 minit
😅Nak amik mood sebelum start kerja everday mcm buat kopi lah,borak² ngn kawan lah and bla²: 10minit
😅Buat hal lain tanpa sedar, 5minit x 3kali sehari: 15 minit
😅Balik lambat sikit dari lunch hour: 5 minit
.
Total 40 minit. Equivalent to approx. RM4.90 sehari.
.
Setahun? RM4.90 x 279 hari = RM 1,339
.
So,total hiring cost setahun untuk pekerja bergaji RM1,200 berapa sebenarnya ni?
.
Tambah je lah RM 16,397.40 + RM1,366 tadi..
.
Jawapannya approx. RM17,763.
.
So, kalau sesorang majikan nak gajikan SEORANG pekerja bergaji RM1,200 sebulan.
SALES SETAHUN WAJIB..AKU ULANG…WAJIB!! LEBIH KURANG RM18K SETAHUN.
.
RM18k ni nk cover gaji basic je tau! Kalau ada OT? Hahaha..Lu pikir lah sendiri😂
.
Aku dah kirakan siap² estimated sales yg majikan kena ada kalau…..
.
Nak gajikan seorang pekerja yg gaji basicnya RM2,500 sebulan.
Estimate sales nak kena ada RM37k setahun.
.
Gaji RM5,000. Sales RM74k setahun.
.
Gaji RM7,500. Sales RM111.5k setahun.
.
Gaji RM10,000. Sales RM145k setahun.
.
Tu baru sorang. Kalau 2 org?3 orang? Delapan? Berpuluh? Hahaha..
.
Tu baru gaji beb. Next,tak kan pekerja nak dok atas lantai?
.
Mesti nak kena ada opis, meja, kerusi,aircond, lampu, air, laptop and bla²..Semua ni cost..
.
Eh,cost ni nak bayar pakai apa? Pakai pasir?
.
Mesti kena ada benda yg kita nak trade kan..Product ke, service ke or bla²..
.
Kos untuk product pulak macam mana? Bonus? Increment gaji pekerja? Sakit pening pekerja mcm mana pulak? Nak hire insurans company for medical? Or pay and claim?
.
Hahahhaa..😂😂
.
Amacam? Ingat senang nak jadi majikan?
.
But still not impossible majikan² kat luar sana nak gajikan org dgn gaji yg tinggi. Tapi dengan syarat you know what is cost structure yg you kena ada.
.
Next,Plan it! Work on it. Finally nailed it!
.
Jika kita nak bayar pekerja tinggi. Kita kena create or involve dalam high value industry. Antara industry yg high value is industry technology. And strategy kena padu dan berani.
.
Kalau ada masa nanti, aku cerita pulak apa hiruk pikuk dalam industry technology ye. Not easy,but it is very wonderful journey☺️
.
Moga bermanfaat☺️

IrARB

P/s: Aku ni biasa² je dalam industry.Ada org lebih hebat lagi. Hopefully aku ada masa nak berkongsi nanti😅stay tuned!

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.