Kalimah yang biasa jumpa tapi tidak berapa faham apa itu kajian lepas/sorotan kajian/ulasan kepustakaan digunakan dalam membuat penulisan sesuatu kajian. Literature Review atau nama yang sesuai org panggil juga dengan nama ulasan kepustakaan. Literature Review berdasarkan kpd REVIEW iaitu perkataan RE (buat semula) dan VIEW (meneliti) dgn maksud meneliti kembali secara ilmiah terhadap penyelidikan atau tulisan-tulisan terdahulu yang berkatian dengan bidang yang hendak dikaji.
Dalam review ini, penyelidik menganalisa kembali laporan, teori, metodologi atau penemuan hasil kajian sebelumnya. Bahan-bahan untuk diREVIEW didapati dalam pelbagai bentuk seperti dokumen, rekod, buku, kes, jurnal dan laporan. Belum ada satu piawai khusus yang menentukan jumlah bahan yang perlu direview. Tapi lebih banyak bahan penulisan direview, lebih baik kerangka penyelidikan yang akan dilaksanakan.
Melalui ulasan kepustakaan ini penyelidik akan memperolehi maklumat yang lengkap mengenai penyelidikan-penyelidikan berkaitan yang telah dijalankan dan membantu menjuruskan penyelidikan yang dirancang. Ia juga membantu penyelidik mengetahui metodologi terbaik untuk digunakan dalam penyelidikan yang dirancang. Dengan ini berkemungkinan ia dapat mengenalpasti faktor yang telah over-looked dalam kajian terdahulu dan dapat mencari kaedah yang terbaik.
Perumpamaan bagi permulaan mahabbah seperti seorang lelaki yang menghidu bau kasturi. Sentiasa dia mengikut bau itu sehingga dapat bauan tersebut. Bertambah bauan itu sehingga masuk ke dalam rumah kasturi itu. Apabila sudah masuk ke dalam rumah maka bau itu menyeliputi segala bau sehingga tidak terbau lagi. Demikian penuntut kebenaran, sentiasa hatinya ditarik kepada hadrat. Sentiasa dahaga kpdNya sentiasa mengadap sehingga tenggelam didalam menghadap cahaya. Itu adalah hadratil musyahadah. Maka tenanglah jiwanya, hilang dahaganya dengan terhasil oleh sampai kepada al Habib. Tidak kekal kecuali adab dan ketinggian pada maqomaatPENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis.
PENDIRIAN : Pencinta Keharmonian, Keamanan dan Kesejahteraan Umat Sejagat. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>