Deskriptif merupakan salah satu istilah yang tidak asing dalam dunia penulisan sesuatu kajian, disertasi, kertas kajian dan research methodology. Deskriptif ini tujuannya utk menjelaskan dan mentafsirkan terhadap ” Apakah itu/dia” (What is).
Fokus utamanya adalah :
i-Diberkkan kepada suasana atau hubungan yang ada antara satu pembolehubah dengan pembolehubah lain
ii-Pendapat yang dipegang
iii-Proses yang sedang berjalan
iv-kesan-kesan yang ada bukti atau trend yang sedang berlaku
Secara mudahnya, ia menumpukan kepada fenomena kontemporari dan belum diselidik atau kemungkinan sudah diselidiki tetapi ditumpukan kepada aspek lain.
Aspek yang penting biasa diberikan perhatian dalam sesuatu kajian ialah :
i- Tahap signifikan hubungan antara pembolehubah
ii-Pengujian hipotesis
iii-Perkembangan teori yang diterima umum.
Oleh itu, kalau didapati pembolehubah A mempengaruhi pembolehubah B, maka ramalan apa yang berlaku dilakukan.
Terdapat tiga bentuk kajian Deskriptif iaitu :
i-Penyelidikan Penerokaan
ii-Penyelidikan Kecapaian dan Penilaian
iii-Penyelidiakan Korelasi
Jadi, bentuk penyelidikan tersebut adalah untuk kita mencari generalisasi dan berkait dengan masa kini.
Rujukan :
[zotpress items=”{5090062:T929IC2C}” style=”apa”]