Secara umumnya, apabila mengajukan persoalan adakah konsep pengasingan kuasa benar-benar berlaku di Malaysia ? Pada pemerhatian saya, Malaysia mengamalkan konsep pengasingan kuasa yang benar-benar berlaku, Yang di-Pertuan Agong yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintahan dan Badan Kehakiman. Oleh itu, sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia adalah pembahagian kepada tiga kuasa Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

Alasan relevan: Pembahagian kuasa adalah Perkara-perkara di bawah bidang kuasa Parlimen termaktub dalam Senarai Persekutuan (senarai pertama) dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusa dan perkara-perkara dalam bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) berada dalam senarai Negeri (senarai kedua) dan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Manakala, Kerajaan Persekutuan adalah merujuk kepada satu bentu pembahagian kuasa di antara dua peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Pusan dan Kerajaan Negeri. Misalnya, sesuatu mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri yang membincangkan masalah yang timbul antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipergerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).  Mesyurat tersebut Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada KSN, Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan setiausaha kerajaan negeri yang dikenali sebagai jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa konsep pengasingan kuasa berlaku di Malaysia yang mempunyai lapisan-lapisan dalam pentadbirannya.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.