Isu kajian ialah perkara yang perlu disiasat, ia dicerminkan dalam inkuiri pembukaan penyelidikan dan, dalam kes-kes tertentu, disampaikan dalam soalan menyeluruh dan panduan kajian.

Sebagai sebahagian daripada rangka kerja topik penyelidikan saintifik dan keperluannya, masalah penyelidikan yang baik akan memenuhi kriteria berikut:

Ini adalah subjek yang segar dan belum diterokai. Selain itu, terdapat pendekatan untuk menyelesaikan isu tersebut. Keluasan masalah kajian boleh ditakrifkan, sebahagiannya dengan seberapa rapat isu itu berkait dengan kehidupan masyarakat seharian. Juga, untuk membawa sesuatu yang segar atau berbeza ke meja pada subjek atau aspek tertentu. Penyelidik mesti mempunyai akses kepada dan boleh mengesahkan semua data kajian. Perlu ada perkembangan semula jadi daripada kepentingan saintifik penyelidik sendiri kepada isu yang mereka selesaikan.

Isu ini juga mesti dibentangkan dengan cara yang membolehkan kajian eksperimen dijalankan dengan memvariasikan faktor asas dan dalaman. Dan untuk merumuskannya dengan cara yang mengambil kira semua kebimbangan saintifik yang berkaitan, supaya topik penyelidikan tidak terlalu luas atau terlalu terhad untuk digunakan.

Cabaran penyelidikan perlu memberi penerangan tentang hubungan praktikal antara isu yang dihadapi dan badan pengetahuan yang mantap. Ia juga harus boleh diukur dan boleh diselidik berdasarkan ketersediaan teknik, sumber dan peralatan yang sesuai.

Bagi penyediaan cadangan penyelidikan (proposal) hendaklah didahului dengan latar belakang atau permasalahan kajian bagi mengenalpasti apakah masalah atau objek sebenar yang hendak dikaji oleh penyelidik.

Dalam aspek ini terdapat sesetengah pengkaji yang menulis panjang lebar tetapi pembaca atau penyelia gagal mengesan apakah masalah sebenar hendak dikaji.

Maksud Permasalahan Kajian sebagai berikut:

– Masalah kajian merupakan suatu kesulitan atau kebuntuan yang menggerakkan penyelidik memecahkannya.

-Masalah kajian menjadi rangsangkan intelektual yang memerlukan gerak balas dalam bentuk saintifik untuk direalisasikan.

-Masalah yang dikemukakan dapat menyatakan hubungan antara dua atau lebih pembolehubah.

-Masalah kajian mestilah dinyatakan oleh penyelidik secara jelas dan tidak kabur. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang boleh diuji secara empirikal.

Pengetahuan, pengalaman dan idea-idea banyak membantu penyeliidk bagi mendapatkan masalah hendak dikaji. Sumber-sumber tersebut diperolehi sama ada melalui pembacaan atau literature review, penyelidikan awalan, perbincangan atau pengubahsuaian terhadap apa-apa maklumat yang sedia ada. Minat penyelidik terhadap sesuatu isu, dapat menggerakkan mindanya mengenalpasti masalah dan membantunya menjalakan penyelidikan secara sukarela  atau mengelak daripada tekanan mana-mana pihak.

Dalam mengenalpasti masalah yang hendak dikaji, penyelidik hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Masalah baru : Prinsip asas; “nilai tambah ilmu, perlu diberikan penekanan dalam menjalankan penyelidikan. Penyelidik hendaklah mengemukakan penyelidikan terhadap sesuatu perkara yang baru atau belum diselidiki supaya dapat memberikan input yang baru sama ada kepada dirinya atau khalayak pembaca.;

Termasuk dalam kategori penyelidikan baru ialah  kajian bersifat pengubahsuain terhadap kajian sedia ada (extended research) ataupun mengubah serta menguji hipotesis atau teori kajian yang sedia dilakukan untuk menilai sama ada penyelidikan yang dirangka betul-betul baru atau sebaliknya, maka penyelidik hendaklah melakukan literatur review terhadap penulisan-penulisan dalam bidang penyeliidkan yang berkaitan.

Masalah Tidak Terlalu kecil : Masalah yang cuba diterokai hendaklah tidak terlalu sempit. Ini bagi mengelak berlakunya halangan perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan maksud penyelidikan yang hendak dicapai.

Masalah Tidak Terlalu Besar. Masalah yang hendak dikaji sewajanya tidak terlampau besar. Penyelidik perlu mengambil kira faktor batasan masa dan kos perbelanjaan mengumpul dan menganalisa data. Ia juga perlu mengelak penyelidikan daripada terjerumus kepada kajian berbentuk umum.

Ukuran kecil atau besar masalah yang hendak dikaji banyak bergantung kepada kemahiran penyelidik dan maklumat literature reviewnya.

Permasalah kajian perlu ditulis berdasarkan pendekatan berikut;

– Mengemukakan pengenalan kepada permasalahan kajian

-Mengenengahkan latar sejarah permasalahan kajian.

-Mengaitkan permasalahan kajian dengan isu-isu kontemporari berdasarkan data atau maklumat literatur

-Menegaskan keperluan dan kepentingan permasalahn kajian untuk dikaji

Satu ujian fisibiliti perlu dilakukan bagi menguji sejauh mana permasalahan kajian wajar atau mampu diselidiki oleh penyelidik.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.