Rumput ini dikenali dengan pelbagai nama iaitu rumput sambau, rumput kerbau, rumput liat, rumput kucing atau rumput gelang (panggil orang terengganu) atau rumput solinatad. Apapun ketahuilah khasiat rumput ini untuk dimanfaatkan dalam perubatan tradisional.

Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat-sahabat semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang, nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang..

Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat-sahabat semua selalu pijak.

Rumput ini mudah untuk dapatkan di kampung seperti di tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang dua minggu Insyaallah dia tumbuh balik.

Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebab itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai, betul tak?

Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pergi cari benih dan tanam pulak…

KHASIATNYA

AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing-masing.

– Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.

– Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah.

– Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum.

– Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati..

– Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dah berpeluh, amal dengan rela.. Insyaallah.

DAUN.

– Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup.

– Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..

Khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..

– Merawat sistem saluran kencing, menyahtoksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.

– Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap rasa air kencing terkeluar, boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.

– Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah.

– Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tunggu kan? Boleh amalkannya.

– Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang? Bukan air pasang tau.

– Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila sediakan dengan segelar air rebusan rumput sambau ya. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..

– Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. Insyaallah..

– Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.

– Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.

Selain itu, terdapat amalan dengan mengambil akarnya 3/5/7/9 pokok dgn bilangan yg ganjil, basuh dan cuci akar yang direbus. tinggalkan 1/4 airnya kita minum sedikit dn selebihnya kita mandi campur dgn air biasa, khasiat nya baik untuk lelaki dn perempuan yg dh kawin ada rasa yang luar biasa.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.