Bulan Ramadhan Ingat Nuzul al-Quran

Al-Quran adalah kitab suci diturunkan kepada Nabi SAW melalui Jibril..bila madah turun mesti ke bwh..maknanya ia dari atas atau langit.

Bila kita mok ingat turunnya al-Quran, sbnrnya kita perlu renung..bila nk ingat sesuatu benda kita kena renung dan bertenang.

Bila ulama madah, ramadhan bln Quran..maknanya al-Quran sik la diturunkan sekaligus terus bln ramadhan, yang perlu kita ingat adalah QURAN MULA DITURUNKAN pd bulan ramadhan.

Seterusnya al-Quran diturun skit-skit pada bln2 seterusnya.

Mok madahnya kitab suci ini diturunkan bulan yang suci iaitu ramadhan tok lah atau senang cerita bln ramadhan bkn sebarang bulan…tp bln yang suci gilak…sbb yg kita diwajibkan puasa utk menyucikan diri dari dlm tok..cukup 30 hari kita menyucikan diri, Allah SWT suh kita raihkan dengan AIDIL FITRI…balik pd asal seperti suci dan bersih jiwa kenak baby yg baruk dilahirkan.Sbb ya org suka nagga baby br lahir….tenang jak nak..

Di samping itu, tanda rahmat Allah SWT terlihat dalam sikap kasih saying antara makhluknya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi ﷺ. Baginda bersabda :

‌جَعَلَ

 ‌اللهُ ‌الرَّحْمَةَ ‌مِائَةَ ‌جُزْءٍ، فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ وَأَنْزَلَ فِي الْأَرْضِ جُزْءًا وَاحِدًا، فَمِنْ ذَلِكَ الْجُزْءِ تَتَرَاحَمُ الْخَلَائِقُ، حَتَّى تَرْفَعَ الدَّابَّةُ حَافِرَهَا عَنْ وَلَدِهَا، خَشْيَةَ أَنْ تُصِيبَهُ

Maksudnya : “Allah menjadikan rahmat sebanyak serratus bahagian. Dia menyimpan 99 bahagian dan menurunkan satu bahagian ke dunia. Di antara bahagian tersebut adalah sifat saling mengasihi antara makhluk sehingga seekor binatang akan mengangkat tapak kakinya daripada anaknya takut-takut akan terpijak anaknya.”[4]

 Di antara tanda lain rahmat Allah ketika di dunia adalah membuka seluas-luasnya pintu taubat. Allah ﷻ berfirman :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ

ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[5]

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari api neraka”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, no. Hadith 2815]

Ramadan yg suci tok lah nabi SAW madah..bln yg penuh rahmah, maghfirah dan `itqun mina nar…

3 bonus yg allah mok beri.

Sehinggakan kita smua tok, memahaminya dengan membahagikan 10-rahmah 10-maghfirah dan 10 hari terakhir-`itqun mina nar-bebas api neraka…sebenarnya pemahaman cam ya sik sempurna dgn cara membahagi2 cam ya..maknanya masuk hari ke-11 xda gik ka rahmat tuhan…?

Perlu kita faham, rahmat tuhan tetapi ada tanpa limit..mun camya kita faham..katakan ada orang ya..berpuasa dari 1-17 ramdhan pasya pagi ke 18 Nya meninggal dunia..maka nya dpt rahmat dan keampunan tp belom bebas dari api neraka?

Sebnarnya Allah madah kt kita semua GANDAAN bonusnya supaya kita sendiri ngepong..mun xngepong camney mok dapat nak..dan nabi mok cite semulia2 NILAI yg ada di bln ramadhan…utk cite KELEBIHAN/MANFAAT/ISTIMEWA yg mesti hamba Allah rebut secara serius…tok…sik la mok madah bln ramadhan tok terbahagi tiga kelompok ya..tp semua kelebihan tu ada selama sebulan penuh….jd mok bena2 dpt LAILATUL QADR kena bena2 kuat lah kita selama 30 hari..pasti dapat itu kata ulama…cam kita tok qada` bena2 apa kita byk tertinggal dolok2..

Contohlah…dalam poket baju kmk tok ada 3 jenis duit (matawang) pertama ada Ringgit, duak ada pound dan ketiga ada Dollar…jd x bermaksud poket kmk tok kena bahagi tiga…tetapi ketiga2 jenis duit ya ada dalam satu poket ja….cumak kena ingat NILAI BERBEZA…

Bln ramdhan tok akn benar2 hidup..mun kita menghidupkan dan kita sedarlah utk polah ketaatan ngan cara memperbykkan ibadah/meningkatkan ibadah/upgrade/naiktaraf segala ibadah..

Sbb nabi madah dlm hadisnya,.mun manusia tahu mena2 keistimewaan yg ada lam bln tok..manusia akan bermimpi dan berharap sepanjang tahun adalah RAMADAN..kenak? camya..bknnya org bercita2 utk lapar sepanjang tahun, tp kita cuba kupas skit…apa salah segek ciri/sifatnya..

Cam tok, kmk beri contoh…kmk tok bos company dan madah kpd salah sorang pekerja kmk…Setiap tahun ktk akan dpt gaji yg cukup2 jak.katakan seribu ringgit sbln…tp bln Mei kelak lepas jak cuti hari pekerja kelak..kmk beri ktk gaji berlipat kali ganda smpai 70 puluh kali ganda daripada gaji biasa..maknanya 70k lah bln Mei kelak..dgn syarat ktk mena2 kerja keras dan kuat ia akan berlipat2 kali ganda gik…Mesti pekerja si ahmad tok…

Secara automatik…nya akan bermimpi sepanjang tahun untuk menunggu bulan MEI nanti..rasa rindu mena2..rasa xsabar nunggu bulan MEI…sbb segala impian akan tercapai yakni pendapatanya sgt besar….

Maka di bulan Ramadhan pahalanya berlipat kali ganda berbanding bulan sebelum dan sesudahnya. Camney mun ada org yg xsedar dan xda rasa harapan bahawa sepanjang tahun adalah seperti bulan Ramadhan! Adakah jiwa atau rasanya mati? Mati rasa?

 Bahkan ada hadis yang menyatakan bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadah. Maksudnya, tanpa kerja pun masih boleh dapat ganjaran.

terdapat sebuah hadith yang masyhur dan ia sering ditimbul apabila tibanya bulan Ramadhan.

 Daripada Abdullah bin Awfa RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ، وَصَمْتُهُ تَسْبِيحٌ، وَدُعَاؤُهُ مُسْتَجَابٌ، وَعَمَلُهُ مُضَاعَفٌ

Maksudnya: “Tidur seorang yang berpuasa adalah ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya mustajab dan amalannya berganda.” [Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (3654)]

Walaupun begitu, tidur boleh menjadi ibadah apabila seseorang itu menetapkan di dalam hatinya bahawa dengan tidur tersebut untuk menjadikan dia kuat dalam beribadah kepada Allah SWT seperti membaca al-Qur’an, berzikir, menuntut ilmu dan lain-lain lagi. Justeru itu, tidur seseorang itu boleh menjadi ibadah bergantung kepada niatnya. Secara umumnya, tidur orang yang berpuasa adalah ibadah kerana dia tidur dalam keadaan dia sedang berpuasa.

Adapun berkaitan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab ada dinyatakan di dalam hadith yang lain iaitu:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ: دَعْوَةُ الصَّائِمِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab: Doa orang yang berpuasa, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” [Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (3323)][Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai hasan]

Di dalam riwayat yang lain pula, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَالإِمَامُ العَادِلُ، وَدَعْوَةُ المَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga doa yang tidak akan ditolak: Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan juga doa orang yang dizalimi.” [Riwayat al-Tirmizi (3598)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

Berdasarkan kepada dua hadith ini, para ulama melihat sunat bagi orang yang berpuasa untuk memperbanyakkan berdoa bermula daripada awal hari (bermula puasa) sehingga ke akhirnya.

Selain itu juga, sememangnya Allah SWT menggandakan pahala amalan bagi orang yang berpuasa. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang sahih:

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ، الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ

Maksudnya: “Setiap amalan anak Adam akan digandakan, satu kebaikan digandakan dengan sepuluh kali sehingga tujuh ratus kali ganda.” [Riwayat Muslim (1151)]

 Saya tidak memberi sokongan untuk banyak tidur, tetapi hanya menekankan bahawa mungkin tidur juga boleh memberi nilai agama, lebih-lebih lagi jika ia berlandaskan niat yang baik, contohnya untuk kuat ketika berbuka! :))

Bila kita buka kisah imam-imam dulu, ramai di antara mereka tidur bernilai ibadah. Contohnya Imam Syafi’i Ra. ketika berkunjung ke rumah Imam Ahmad bin Hanbal Ra., beliau menghabiskan semua makanan yang dihidangkan, kemudian tidur hingga pagi tanpa bangun malam untuk tahajjud. Anak perempuan Imam Ahmad hairan melihat imam yang sentiasa mengajar kesederhanaan, zuhud, puasa dan tahajjud, tetapi dia sendiri makan banyak dan tidur lena.

Dia bertanya kepada Imam Syafi’i dan dia menjawab bahawa dia datang ke rumah ayahnya dalam keadaan kesakitan, dan dia pasti ubat itu ada dalam makanan yang dihidangkan malam itu, tetapi kerana dia tidak tahu di mana ubat itu, dia menghabiskan. segala-galanya. Jadi, jangan terkejut jika saya menghabiskan makanan lebih awal kerana saya datang ke sini dalam keadaan bujang, kalau-kalau makanan ada tok jd ubat! =))

 Adapun tidurnya yang kelihatan kuat dan lama, dia menjelaskan kepada puteri Imam Ahmad bahawa selama tidur itu dia membaca/mentashihkan 40 hadis bersama Rasulullah SAW. jadi tidak patutlah meninggalkan Nabi camya jak walaupun untuk tahajjud.

 Itulah kisah tidur yang patut ikuti. Kita bukan seperti Imam Syafi’i, maka jangan terpengaruh dengan hawa nafsu. Walaupun syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan, masih ada nafsu yang sentiasa dikhuatiri, dan nafsu itu lebih teruk dari syaitan. Dalam al-Qur’an surah al-Falaq kita berlindung kepada Allah dari segala keburukan yang ada pada ciptaan Allah secara global “Min syarri ma khalaq”. Maka, pada bab berikutnya (al-Nas), kita mulai khusus melindungi dari keburukan yang paling buruk, yaitu “Min syarril-waswas al-khannas”, di mana al-waswas adalah nafsu, sebagaimana Allah sendiri mentafsirkan dengan firman-Nya. “Walaqad khalaqnal-insana wa na’lamu ma tuwaswisu bihi nafsu”.

 Pada permulaan surat al-Nas kita berlindung kepada Rabbinnas, Malikinnas dan Ilahinnas.. Untuk memahami perbezaan antara rab dan malik, saya akan memberikan contoh apabila saya membeli kambing dan kemudian saya meminta orang lain untuk menjaga, mengembala dan memberinya makan, maka saya adalah malik (pemilik) kambing tersebut, sedangkan pengembala adalah rab (penjaga atau pendidik). Kambing lebih suka bersama rab, kerana malik boleh menyembelihnya, sedangkan rab tidak berhak menyembelihnya. Rab adalah marghub (disukai) manakala malik adalah marhub (ditakuti). Baiklah, kita berlindung kepada Allah SWT. sebagai Tuhan yang martabatnya “Rabbinnas” serta Tuhan yang martabatnya “Maliknas” kerana Allah adalah Tuhan “Ilahinnas” yang bukan sahaja memiliki atau mendidik, tetapi kedua-duanya.

 Allah SWT. (bersama Maha Rahman dan RahimNya) dalam bulan Ramdan, tetap Allah SWT. pada bulan-bulan lain. Jangan berubah. Kita yang suka berubah. Kenapa perlu tunggu bulan Ramadhan untuk banyak beribadat. Ibadah sepanjang Tahun. Lebih-lebih lagi dalam kalangan selebriti, kita melihat bulan Ramadan sememangnya Islamik, tetapi pada bulan-bulan sebelum dan selepas ia telah kembali kepada asalnya. Jangan tiru perkara yang tidak patut seperti itu.

Di bulan Ramadhan ini, kita berdoa semoga hajat kita dimakbulkan olehNya,

Kesimpulannya, puasa merupakan salah satu ibadah yang istimewa kerana banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang yang berpuasa ini. Di samping itu juga, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka cinta kepada ibadah.

Oleh itu, marilah kita jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan amal soleh untuk kita jadikan bekalan ketika bertemu dengan Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang diampuni dosanya serta diterima setiap amalannya. Amin.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.