Sebab Surah al-Iklas diturunkan

1- Orang musyirikin Mekah, bila Nabi duk sebut LA ILA HA ILLAH, mereka duk g kat Nabi. Hai Muhd, SIF LANA RABBUKA. Tlg sifatkan kpd kami Tuhanmu, aku nk kenal macamana kalau kamu boleh tunjuk. Kalu tuhan kami nama LATA (nama berhala), Ini Uzaar, Ini Manaf, tu tuhan kami.

Nak ney tuhan ktk yg muhd. Duk sebut ALLAH..mana tuhan kamu? Adakah macam gunung,  pohon kayu, atau emas ke perak, jenis kayu ke besi atau tembaga, supaya kamu boleh polah bandingan antara tuhan kami dgn tuhan kamu.

Bila tanya cam tu, yang jawab tu ALLAH…bila allah jawab QUL/ HUWA ALLAH (sebut terus) jumlah ma qul qul

Tapi Nabi sebut juga QUL, mcm kita kata kt anak kita, sorang nama minah sorang fatimah..mak dia kata ada org dtg nk berjual kt umah kita ni…

Hai minah, ktk kuar madah, kt penjual mak xda. Anak dia ni ada dua jenis.

1- betul lg bendul : mak suh madah kt urg mak xda.

2-yg faham maksudnya- minta maaf pakcik,mak xda

Kata guru kami:

Nabi bila terima kalimah ALLAH QUL ada orang barat duk kaji Quran, terus masuk Islam, org tanya kenak masuk Islam, dia kata..hanya dgn satu patah perkatan QUL, kenak QUL terus masuk Islam..sebab QUL kalam allah bkn kata aku. Sbb allah kata ; Katakanlah, jadi Nabi sebut, katakanlah spttnya Nabi x perlu kata…katakan,..terus kalimah ALLAHU AHAD..bila nabi sebut QUL,,ada yg suh katakan,,kata Rasul ttg sampaikan.

2- Allah bila ditanya kenak cam bukit gunung ganagn..tp Allah jawab katakan Allah itu AHAD…esa

Apa makna ESA/tunggal,,apa makna tunggal,,apa makna satu?

Kami tok NIK satu, sy ni AHAD ke WAHID.. dlm ayat Allah sebut WA ILA HUKUM ILAHUN WAHID..

Jadi apa beza WAHID DAN AHAD, satu ahad,,satu wahid,,xsama (baca pun xsama).

Beza dia bila Allah sebut WA ILA HUKUM ILAHUN WAHID..,Allah mok madah kita ..tuhan tu satu. (full stop).

Tp bila nk bincang dgn org kafir musyirikin tanya ttg allah… Allah sebut QUL HUWA ALLAH AHAD..maknanya kembali kpd zatullah..

Cth dpn kmk tok, meja, ada segek,,

Kita ngaji sifat 20,,wujud qidam baqa mukhalafatuhu lil hawadis,,qiyamu binafsih..WAHDANIYAH…

Esa ke tiga…WAHDANIYAH dibahagikan kepada MENAFIKAN ni dua maksud LAM MUTTASIL (xbersmbung) dan LAM MUNFASIL (Berpisah/berpecah/suku2/laiin2)…

Menafikan tuhan tu 3,,satu drp 3. Cth tuhan tu ada anak almasih, yahudi..uzair ibn allah..tuhan mati..

Satu tak bercerai tanggal..

Bincang zatullah =AHAD

Bincang berbilang= WAHID

Asala satu pecah2 mcm sy boleh kerat..potong,pecah2

Ayat tu tukar tidak betul..QUL HUWA ALLAH AHAD..AS-SOMAT…kita  berhajat pd dia..tpt kita tlg minta pertlgan..

ISTIGHNA` `AN KULLU MA SIWA..WAF TIQAAR KULLU MA SIWAH..

Allah terkaya, dgn segala maklum…dia tak berhajat od makluk sdgkan sama makluk berhajat pd tukar,, bila bab tuhan jd nafikan habis bukan satu mcm kita.

==================================================

Saya ingin bertanya berhubung dengan solat bagi wanita yang menjadi perbahasan dikalangan kami tanpa mendapat satu jawapan yang tepat dan memuaskan. Soalannya adalah:

  • Dimana lebih baik wanita bersembahyang di rumah atau di masjid / surau?
  • Betul ke pahala sembahyang di masjid / surau lebih ( 27×) daripada sembahyang dirumah?
  • Berdosa ke jika wanita tersebut memilih untuk sembahyang di rumah sahaja?

Semoga saya mendapat satu jawapan yang boleh menyelesaikan perasaan ingin tahu selama ini. Terima kasih.

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Isu berkenaan tempat solat yang terbaik dalam kalangan wanita merupakan isu yang selalu berlegar dalam benak fikiran wanita. Menjadi keraguan dan tanda tanya bagi wanita untuk memilih tempat yang terbaik untuk menunaikan solat. Kami cuba memberikan jawapan yang setuntas mungkin, moga-moga jawapan ini dapat memberikan pencerahan terhadap isu ini.

Berkenaan isu ini, terdapat beberapa hadis yang boleh dirujuk bagi menerangkan perbincangan terhadap masalah ini. Antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا

Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.

(Hadis riwayat Sunan Abi Daud, No. 570)

(Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai’idi iaitu isteri kepada Abu Humaid datang bertemu Nabi SAW dan berkata:

يَا رَسُول اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلاَةَ مَعَكَ، فَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ عَلِمْتُ. وَصَلاَتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلاَةٌ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ. قَالَ : فَأَمَرَتْ فَبُنِيَ لَهَا مَسْجِدٌ فِي أَقْصَى شَيْءٍ مِنْ بَيْتِهَا وَأَظْلَمِه ، فَكَانَتْ تُصَلِّي فِيهِ حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: “Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” kemudian Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 26550)

(Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban)

Kedua-dua hadis ini menunjukkan bahawa tempat yang terbaik bagi seorang wanita untuk menunaikan solat adalah di rumah. Maka jelas menerusi hadis ini, tidak berdosa jika wanita tersebut memilih untuk solat di rumah sahaja.

Berkenaan soalan adakah benar pahala solat di masjid dan surau mendapat 27 kali ganda lebih daripada mereka yang solat dirumah. Sebenarnya, ganjaran tersebut dikurniakan kepada mereka yang menunaikan solat secara berjemaah walaupun bukan di masjid atau di surau. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda”.

(Hadis riwayat Bukhari, No. 645)

Namun begitu, adakah berdosa bagi seorang wanita atau isteri keluar dari rumah untuk berjemaah di masjid tanpa meminta izin suaminya? Isu ini ada dinukilkan oleh penulis kitab Mausuah Fiqhiyah Kuwaitiyah yang menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang meninggalkan rumah dan pergi menunaikan solat jemaah di masjid adalah seperti berikut:

أَنَّهُ يُكْرَهُ لِلْمَرْأَةِ حُضُورُ جَمَاعَةِ الْمَسْجِدِ إِذَا تَرَتَّبَ عَلَى خُرُوجِهَا مِنَ الْبَيْتِ وَحُضُورِهَا الْجَمَاعَةَ فِتْنَةٌ، وَلِلزَّوْجِ مَنْعُهَا مِنْ ذَلِكَ، وَلاَ يَأْثَمُ. وَحُمِل النَّهْيُ فِي الْحَدِيثِ عَلَى نَهْيِ التَّنْزِيهِ؛ لأِنَّ حَقَّ الزَّوْجِ فِي مُلاَزَمَةِ الْبَيْتِ وَاجِبٌ، فَلاَ تَتْرُكُهُ لِلْفَضِيلَةِ

Maksudnya: Walaubagaimanapun, adalah makruh bagi seorang wanita untuk menghadiri solat berjemaah di masjid jika meninggalkan rumah dan menghadiri solat jemaah itu akan menimbulkan fitnah dan suami berhak melarang isteri daripada menghadiri solat jemaah / keluar rumah dan perbuatan suami itu tidak dikira berdosa. Larangan yang terdapat di dalam hadis adalah bersifat makruh tanzih. Ini kerana hak bagi seorang isteri untuk berada di dalam rumah adalah sesuatu yang wajib. Maka tidak boleh meninggalkan rumah dengan tujuan mencari fadhilat.

Menerusi petikan tersebut, hukum bagi seseorang isteri meninggalkan rumah untuk berjemaah di Masjid / surau adalah makruh jika ia akan mendatangkan fitnah. Walaupun solat itu merupakan ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT dan ia adalah ibadah yang wajib dilakukan, tidaklah berdosa bagi suami untuk melarang isterinya menunaikan solat di masjid / surau. Manakala berdosa bagi seorang isteri yang keluar daripada rumah tanpa izin suaminya.

Namun begitu, pendapat daripada kalangan ulama’ mazhab Syafie menyatakan bahawa Sunat bagi suami itu untuk mengizinkan isterinya menunaikan solat jemaah di masjid. Sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi:

يُسْتَحَبُّ لِلزَّوْجِ أَنْ يَأْذَنَ لِزَوْجَتِهِ فِي شُهُودِ الْجَمَاعَةِ فِي الْمَسْجِدِ

Maksudnya: Sunat bagi suami mengizinkan isterinya untuk hadir berjemaah di masjid.

(Mausuah Fiqhiyah Kuwaitiyah, jld. 8 m/s 232)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda:

 تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاَتٌلاَ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian”.

(Hadis Riwayat Abu Daud, No. 565)

Kesimpulan daripada isu ini, rumah adalah tempat terbaik bagi wanita untuk bersolat. Akan tetapi tidak menjadi kesalahan untuk mereka menunaikan solat secara berjemaah di masjid. Kami berpandangan bahawa sunat dan digalakkan bagi seseorang wanita atau isteri itu menunaikan solat di masjid atau surau. Namun begitu, perlu diingatkan terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh wanita atau isteri tersebut. Antaranya adalah;

  • Mendapat keizinan suami;
  • Menjaga aurat, tidak berhias-hias (tabarruj) dan memelihara pandangan;
  • Tidak memakai wangi-wangian;
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan serta segera pulang ke rumah setelah selesai solat.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Maksudnya: “Sesiapa yang pergi ke masjid dan balik (dari masjid), Allah sediakan baginya hidangan dari syurga setiap kali dia pergi dan balik”.

(Hadis Riwayat Bukhari, No. 662)

(Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim)

Memang tidak dinafikan lagi bahawa solat di masjid mempunyai fadhilat yang amat besar dan tersendiri. Dengan itu, marilah sama-sama berusaha dan berazam untuk berlumba-lumba menunaikan solat-solat fardhu di masjid. Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menjaga solat agar dengannya kita akan digolongankan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya, Amin.

WallahuA’lam.

=============================================================

CARA hidup wanita generasi terbaik adalah mereka yang hidup pada zaman Nabi SAW. Tokoh wanita pada zaman Nabi SAW itu ramai dalam kalangan mereka terbabit dengan aktiviti sosial kemasyarakatan.

Antaranya, mereka terbabit dengan kegiatan di masjid. Wanita pada zaman Nabi SAW pergi ke masjid untuk pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti ibadat dan kemasyarakatan.

Mereka menunaikan solat fardu di masjid. Aisyah RA berkata: “Perempuan-perempuan Mukmin ikut hadir bersama Rasulullah SAW untuk melaksanakan solat Subuh dengan menyelimutkan pakaian-pakaian mereka. Kemudian mereka kembali ke rumah setelah menunaikan solat, sementara tidak seorang pun yang dapat mengenali mereka kerana suasana terlalu gelap.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bukan sahaja solat fardu, wanita juga ke masjid untuk menunaikan solat gerhana. Daripada Asma binti Abu Bakar, dia berkata: “Matahari gerhana pada masa Nabi SAW. Aku menunaikan hajat, kemudian datang dan masuk ke masjid. Aku melihat Rasulullah SAW. Maka, akupun ikut berdiri bersamanya…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain itu, wanita juga melakukan iktikaf pada zaman Nabi SAW. Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata bahawa Nabi SAW melakukan iktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan sehingga Baginda dipanggil oleh Allah SWT. Kemudian isteri-isteri Baginda tetap melakukan iktikaf setelah kewafatan Baginda.” (Riwayat Bukhari)

Bahkan, ada banyak lagi riwayat sahih menunjukkan pembabitan wanita dengan masjid.

Ada wanita merawat pejuang Islam yang cedera dalam masjid, misalnya dalam peristiwa Khandak.

Terdapat juga riwayat daripada Abu Hurairah mengatakan, seorang wanita hitam bermukim di masjid meninggal dunia.

Nabi SAW bertanya tentangnya, maka sahabat menjawab dia sudah meninggal dunia.

Maka, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Mengapa kalian tidak memaklumkan kepadaku? Tunjukkanlah kepadaku kuburnya.” Baginda pergi ke kuburnya dan bersolat di atasnya.

Dari segi cabaran wanita ke masjid, ia wujud sejak zaman Nabi SAW lagi namun Nabi SAW tetap melarang suami dan wali daripada menghalang wanitanya ke masjid.

Dalam hadis diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dalam sunannya yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wa’il al-Kindi daripada ayahnya menyebut: “Sesungguhnya terdapat seorang wanita keluar (dari rumahnya) pada zaman Nabi SAW (kerana) mahu mengerjakan solat di masjid. Lalu seorang lelaki menemuinya di tengah jalan lalu menindih dan merogolnya serta melampiaskan hajat nafsunya.

Lantas wanita itu bertempik lalu perogolnya melarikan diri. (Selepas itu) seorang lelaki menemui wanita itu, lalu berkata, “Sesungguhnya lelaki itu telah melakukan ke atasku perkara demikian (yakni merogolnya).”

Kemudian wanita itu bertemu pula sekumpulan orang-orang Muhajirin lantas berkata, “Sesungguhnya lelaki itu melakukan ke atasku (perkara) demikian (yakni merogolnya).”

Lalu mereka terus beredar dan menangkap lelaki yang disangka oleh wanita itu bahawa dia yang memperkosanya, lantas mereka membawanya kepada wanita itu seraya dia berkata, “Ya, dialah orangnya (yang telah merogolku).”

Mereka terus membawa lelaki tadi kepada Rasulullah SAW. Tatkala Baginda SAW memerintahkan supaya lelaki itu direjam, bangun seorang lelaki yang (sebenarnya) merogol wanita itu sambil berkata, “Wahai Rasulullah, akulah orangnya (yang merogol wanita itu).”

Lantas Baginda SAW bersabda kepada wanita itu, “Pergilah, sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu (kerana wanita itu menuduh orang yang tidak bersalah).”

Baginda seterusnya berkata kepada lelaki (yang didakwa oleh wanita itu sebagai orang yang merogolnya) dengan kata-kata yang baik.

Seterusnya Baginda SAW bersabda kepada lelaki berkenaan, “Rejamlah dia” sambil bersabda, “Sesungguhnya dia telah bertaubat kepada Allah dengan taubat yang jika seluruh penduduk Madinah bertaubat seperti itu, nescaya diterima (Allah) daripada mereka (taubat itu).”

Hadis itu diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya dalam Kitab al-Hudud, bab Ma Ja’a Fi al-Mar’ah Iza Ustukrihat ‘Ala al-Zina dan beliau berkata, hadis itu hasan gharib sahih. (Sunan Tirmizi, jillid 6, halaman 35)

Selain cabaran perjalanan subuh yang gelap sehingga ada Muslimah yang pernah dirogol, Asma berkata, “Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka jangan mengangkat kepala sehingga kami mengangkat kepala kami. Ini kerana Baginda takut terlihat aurat lelaki-lelaki disebabkan kecilnya kain mereka. Mereka ketika itu menjadikan kain yang diperbuat daripada bulu kambing ini sebagai kain.”

Apa maksud kata-kata Aisyah RA itu? Timbul persoalan apabila ada pihak melarang atau tidak menggalakkan wanita ke masjid berdalilkan kata-kata Aisyah RA, “Jika Rasulullah SAW mengetahui apa yang berlaku pada wanita, nescaya Baginda akan menghalang mereka daripada pergi ke masjid seperti dihalangnya wanita Bani Israel.”

Menurut Profesor Jasser Audah, kata-kata Aisyah itu pada hakikatnya tidak mengingkari asal hukum (sunat dan digalakkan wanita ke masjid), walaupun dia berinteraksi dengan realiti berdasarkan prinsip yang terkenal di sisi sarjana usul fiqh iaitu saddu azzari’ah (menutup pintu fitnah).

Ini kerana keadaan baru muncul pada zamannya terhadap wanita yang bermudah-mudah terhadap batasan syarak ketika menziarahi masjid.

Saidatina Aisyah tidak bermaksud membatalkan keharusan atau galakan (sunat) yang merupakan hukum asal menyerupai kaedah sebagaimana difahami sebahagian fuqaha.

Tokoh fiqh di Madinah tidak berpendapat larangan Aisyah menukar hukum asal. Kata Imam Ahli Madinah, Malik ibnu Anas (yang datang selepas zaman Aisyah beberapa dekad), ketika ditanya berkenaan larangan wanita untuk keluar ke masjid: “Jangan dihalang mereka untuk ke masjid.”

Kata Ibnu Hajar, ‘Sesetengah daripada mereka berpegang dengan pendapat Aisyah menghalang wanita secara mutlak daripada pergi ke masjid.

Pendapat itu perlu diteliti semula kerana ia menyebabkan bertukarnya hukum asal. Ini juga kerana beliau menyangkutkan hukum itu kepada syarat yang tidak wujud seperti disangkanya.

Beliau berkata, “Jikalau Nabi melihat perkara ini, tentu Baginda akan menghalang…” dimaksudkan dengan ungkapan itu, Nabi tidak melihat perkara berkenaan.

Maka, Baginda tidak menghalang. Tambahan pula, peristiwa atau perlakuan yang berlaku itu adalah daripada segelintir wanita, bukan keseluruhan mereka.

Jika ingin dihalang juga mereka, maka perlulah melarang pada mereka melakukannya sahaja. Utamanya adalah kita memerhatikan perkara yang ditakuti wujud daripada kerosakan, maka dengan itu ia dapat dijauhi.

Itulah yang difahami daripada syarat Nabi terhadap larangan memakai wangi-wangian berlebihan dan mendedahkan perhiasan batin (aurat). Begitu juga pendapat Ibnu Hazm.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.