Tercari-cari cara berkesan buat asigment (ejaaan betul: assignment) kat sini lah tpt utk anda dptkan panduan dan halatuju berkaitan asigment. Posting-posting lepas telah sy tlh bincang secara meluas tips untuk dapatkan asigment yg. dibuat tu berkesan [Baca disini].

Buat asigment ni kena fokus apa kehendak soalan tu. Goreng mana yg. boleh pakai ayat sendiri pastu sokongan dr rujukan tu [jgn sama sekali copy dan paste tu nama plagiat. Skrg ada mcm-mcm software mengesan ayat-ayat kat internet]. Tak faham kehendak soalan maknanya tak mencapai sasaran tu. Google dulu utk dptkan maklumat awal. Pastu rujukan tu jgn lah pakai wikipedia. Taip je kt google cth isu buli di malaysia jurnal.

Kemudian, bila siap menggoreng tu, semak n baiki la mana-mana ayat ke perkataan ke apa. Pentingnya fokus dulu. Jd penulis dulu pastu br anda jd editor. Tp ingat jgn lah buat asigment ni last-last minit pulak! skit-skit lama2 siap saja. Satu lagi format-format asigment tu termasuk benda-benda teknikal yg kena betulkan justify, perenggan jgn terlalu pjg sgt. Kena bijak guna penanda wacana . Selain itu, anda juga boleh merujuk kembali [cara mudah buat asignment]

Oleh tu, skali lagi bg ingatan, cara berkesan buat asigment jgn amalkan copy n paste. Kalau rujukan tu pun kena olahkan ayat kita faham supaya berkaitan dgn idea kita. Kena bijak menggoreng je. Plagiat maknanya penggunaan idea atau hasil kerja org lain tanpa beri kredit (penghargaan) dalam akademik. Plagiat blh dihindari melalui tabiat kerja yg teliti. Sama ada sengaja atau sebaliknya, plagiat telah diperakui sbg satu kesalahan akademik yg serius. Cthnya, menyalin terus hasil kerja penulis lain dalam sesebuah artikel yg kita dpt daripada jurnal atau laman sesawang ataupun guna mana-mana bahagian tulisan yg telah disemak ke dlm penulisan baru tanpa memberikan rujukan kpd karya asal. Jadi elakkan plagiat ini supaya asigment yg kita buat itu adalah idea kita sendiri.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.