Kisah isteri meninggal, suami berhak dapat hibah dari pembahagian pusaka isteri adalah cerita yang biasa berlaku apabila kematian pasangan terutamanya suami, mestilah mengenai pembahagian pusaka. Tak kisah byk atau skit. Hal ini, perlu supaya tak berlaku pertelingkahan antara keluarga. Walau bagaimanapun, pembahagian pusaka untuk balu, anak dan mak ayah si mati mengikut ketetapan.

Banyak atau sedikit, itulah yang perlu dilakukan. Melainkan ia diselesaikan dengan cara baik bila seisi keluarga menyerahkan segalanya pada si balu. Itu berkenaan pembahagian harta bagi suami meninggal.

Bagaimana pula bila isteri meninggal. Inilah yang jarang dikupaskan. Sebenarnya, ada caranya juga tentang pembahagiaan pusaka ini.

Ikuti apa yang dikongsikan oleh Ustaz Mohd Khusairi Saleh ini. Pembahagian Pusaka Isteri Meninggal Isteri meninggal !

Selalu duk bagi contoh suami je meninggal. Ingat isteri tak meninggal ke? Jadi isteri kenalah jugak hibah untuk suami.

“Ustaz, isteri saya meninggal, tinggal saya suami, anak perempuan tunggal dan ayah mak. Macam mana pembahagian pusaka isteri?”

Saya jawab:

Semua tu adalah waris isteri.

Suami 1/4 = 3/12
Anak P 1/2 = 6/12
Ayah 1/6 = 2/12
Mak 1/6 = 2/12

Ini kadar setiap waris mengikut pengiraan asal.
Tapi bila dijumlahkan, ia jadi 13/12.

Dalam faraid, kes begini dipanggil AUL.

Jadi kena laraskan semula jadi begini ye…

Suami 3/13
Anak P 6/13
Ayah 2/13
Mak 2/13

Kalau contoh nak bahagi duit, duit tu kena bahagi dengan 13. Jangan bahagi 12, nanti ada yang mengamuk, sebab tak cukup..

Walaupun si mati hanya ada anak perempuan sahaja dan ada ayah, tidak bermakna ayah dapat 1/6 + Asobah. Lainlah kalau yang mati tu suami. Akan ada lebihan asobah untuk ayah.

Jadi ayah hanya dapat 1/6 sahaja. Tu pun dah jadi AUL. Bila berlakunya agihan sebenarnya ayah dapat kurang lagi daripada 1/6.

Jika isteri meninggal dan ada 2 anak lelaki, 1 anak perempuan. Adakah mak ayah dapat bahagian?

Jawapan:

Masih dapat. Mak ayah ini waris utama yang tidak akan terhalang sama sekali drpd menerima pusaka, walaupun si mati ada anak ramai mana sekali pun.

Suami 1/4 = 3/12
Ayah 1/6 = 2/12
Mak 1/6 = 2/12

Baki 5/12 untuk anak-anak
Anak Lelaki : 2/12 seorang
Anak Perempuan: 1/12

Sekurangnya ayah gunakan duit untuk besarkan anak.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.