Kemahiran Membaca Bahasa Arab

Menurut, Siti Hajar Abd Aziz (2009), membaca adalah tindakan komunikasi yang memproses fikiran bagi menghasilkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa. Ini menjelaskan bahawa membaca merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melalui pembacaan, individu dapat menguasai ilmu.  

Manakala, Kamus Dewan (2014) mendefiniskan membaca adalah melihat dan memahami apa-apa yang tertulis. Oleh itu, pengamalan membaca dalam kalangan pelajar bahasa Arab sekiranya dilakukan secara berterusan dalam pembelajaran bahasa Arab ini dapat meningkatkan maklumat yang diperolehi. Walau bagaimanapun, bagi menjamin kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik, pastinya akan bermula dengan kaedah yang diterima oleh pelajar itu berdasarkan kaedah yang telah dikuasai oleh para pengajar.

Justeru, kemahiran membaca perlu diterapkan secara berkesan supaya individu dapat menguasai kemahiran ini kerana proses membaca mempunyai hubungan yang rapat dengan kemahiran yang lain seperti mendengar, bertutur dan menulis agar maklumat yang diterima itu dapat difahami dengan jelas dan berkesan.

Tulisan ini bertujuan untuk menganalisis kaedah mengajar kemahiran membaca dalam pengajaran bahasa Arab dengan menjelaskan definisi kemahiran membaca bahasa Arab, membincangkan jenis dan kepentingan menguasai kemahiran tersebut. Begitu juga dengan menjelaskan faktor yang mempengaruhi kebolehan menguasai kemahiran bahasa Arab. Selain itu, penulis membincangkan kaedah mengajar kemahiran membaca bahasa Arab yang berkesan. Penulis mengakhiri perbincangan dengan jurnal refleksi tentang pengalaman penulis yang telah melaksanakan satu sesi pengajaran kemahiran membaca bahasa Arab.

Apa yang dimaksudkan kemahiran membaca dalam bahasa Arab ?

Menurut Husaini (2014), mendefinisikan kemahiran membaca merupakan kemahiran menerima maklumat atau dikenali sebagai kemahiran memahami lambang bagi huruf atau tulisan.

Oleh itu, ini menjelaskan bahawa kemahiran membaca merupakan salah satu alat kepada komunikasi yang berpaksikan kepada perkataan berbentuk tulisan. Konsep kemahiran membaca dalam bahasa Arab ini meliputi maksud membaca iaitu (al-Qira`ah wal-Mutalaah), pembelajaran kemahiran membaca, pembahagian bacaan kepada senyap dan nyaring.

Sebenarnya kemahiran membaca ini menzahirkan kepada penguasaan atau memahami dengan baik bahan yang dibaca sama ada berbentuk peta, jadual, statistik dan ilustrasi yang terdapat dalam sesuatu bahan bacaan tersebut. Selain juga, kemahiran mengumpul maklumat yang merangkumi kemahiran membaca dengan pantas, mengingati pengarang buku, penerbit, tempat penerbitan dan tahun bahan tersebut diterbitkan.

Contoh Mudah Analisis SWOT

Menurut Khong Siew Mei (2007), proses membuat keputusan merupakan proses penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses ini bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan. Tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, sama ada kecik mahupun yang besar.

Manakala (Haresh Kumar Kantilal, Anton Espira, 2012) berpendapat, pembuatan keputusan adalah fokus terhadap sesuatu pilihan bertunjangkan pengurangan risiko yang berkait dengan ketidaktentuan. Ia bermaksud pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di sekeliling pilihan-pilihan yang ada dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan.

Oleh yang demikian, penulis cuba mengetengahan isu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan Pusat Tuisyen Bahasa Arab bagi pelajar sekolah. Isu utamanya adalah hasil pendapatan dalam syarikat tidak memberangsangkan.

Justeru, tugasan ini penulis akan membincangkan tentang mengenal pasti masalah dalaman dan faktor-faktor penghalang yang ada di dalam sesebuah syarikat. Dengan menggunakan analisis SWOT untuk mencapai keputusan muktamad dan mencadangkan dalam konteks pemikiran kritis dan kreatif bagi mencapai kecemerlangan.

Masalah Dalaman Syarikat

Lumrah dalam setiap syarikat yang kita ceburi pasti timbul masalah dan cabaran sehingga mendatangkan tekanan kepada pengurus. Masalah boleh berlaku dalam banyak situasi, Namun ada cara terbaik untuk menangani segala masalah yang timbul antara masalah syarikat yang mengendalikan Pusat Tuisyen Bahasa Arab ini ialah masalah sumber kewangan setelah promosi telah dijalankan dan didapati hasilnya tidak memberangsangkan, Sedangkan pengurus syarikat itu sangat memerlukan pendapatan bagi menyelesaikan beban perbelanjaan dan kos yang telah ditanggung seperti gaji guru, sewa dan bil ultiliti.

» Read more

Cara Jawab Soalan Bahasa Arab Komunikasi 2 Dengan Berkesan : OUM

Mungkin anda pening2 untuk menjawab soalan Bahasa Arab Komunikasi 2 bagi calon Jurusan Pengajian Islam yang mengambil Degree. Di sini saya berikan panduan oleh kerana ramai yang bertanyakan melalui komen dan whatapps.

Ini gaya soalan yang telah ditanya bagi soalan 2017 daripada sumber pelajar yang ambilan semester Mei 2017

Oleh itu anda mesti menguasai dari penggunaan ganti diri, kefahaman petikan dan perkataan mufrad/jamak/jamak taksir

1-Soalan berbentuk kefahaman-Akan diberikan potongan petikan atau diolag (hiwar) daripada modul Bahasa Arab Komunikasi II (Anda mesti baca dan faham) Kemudian diberikan soalan untuk dijawab berdasarkan isi kandungan petikan yang diberi tanpa tajuk. Kebiasaanya soalan akan tanya juga apakah tajuk yang sesuai dengan petikan itu.

2-Diberikan perkataan-perkatan jama`(plural) dan tukarkan kepada mufrad (singular). (10 Perkataan)

3-Diberikan perkataan Fiel Madhi yang bersambung kata ganti diri Mukhatab (tuju orang bercakap) dan Kemudian tukarkan kepada Fiel Mudhari` (10 perkataan)

4-Diberikan perkataan-perkataan dialog (hiwar) 5 ayat dan pilihkan penggunaan ganti diri yang sesuai.

5-Diberikan ayat mudah Bahasa Melayu dan terjemahkan ke dalam Bahasa Arab

6-Diberikan ayat mudah Bahasa Arab dan terjemahkan ke Bahasa Melayu

7-Diberikan perkataan dan binakan perkataaan dengan memasukkan perkataan yang diberikan.

8-Diberikan ayat dan tandakan betul atau salah (diberikan 4 soalan)

9-Membuat karangan ringkas yang tidak kurang dari 100 perkataan (Bahagian C).Contoh Soalan 2017 (Diberikan 2 soalan pilihan-hanya buat 1 sahaja)

i- Soalan mengenai aktiviti yang akan dibuat oleh pelajar Universiti sempena cuti pengajian rancangkan program yang akan dibuat.

ii-Ceritakan Tentang Hari Sukan Universiti Terbuka Malaysia.

Semoga anda membuat persediaan awal untuk menghadapi subjek ini..

Bagi yang ‘zero’ Bahasa boleh mulakan dengan belajar menulis huruf arab dan memahami gaya soalan yang akan diberikan kelak. Sekiranya anda perlukan bimbingan dari kami kita boleh buat conference di SKYPE dengan SYARAT ada yang mendalam dan melebihi 3 orang untuk mengikuti secara conference boleh masuk ke https://join.skype.com/TiRoOCj5YS9A

 

Selamat Maju Jaya.

 

 

Jom Belajar Bahasa Arab Di Kuching

Jom Belajar Bahasa Arab Di Kuching…Adakah anda tercari-cari kelas Bahasa Arab Mudah di Kuching, Sarawak ? Jika YA, juh ikuti bersama kami…

Kelas bermula bulan Februari 2019
Hari : Setiap Ahad

Tempat : BORNEO744 KLIK DI SINI UNTUK LOKASI

Pertama kali Belajar Bahasa Arab di Kuching bertempat di Borneo744

Kenapa anda memilih kami ?

-Modul / Buku di sediakan sesuai untuk semua peringkat (Kaedah Bahasa Arab Mudah Intensif, Pemahaman & Pembacaan serta latihan)

-Pembelajaran berkonsepkan bahasa arab mudah (komunikasi) dan memahami kaedah bahasa arab yang lebih efektif dan efisyen difahami secara umum.

-Yuran amat berpatutan !

Alangkah rugi melepaskan peluang untuk belajar bahasa arab di Kuching ni..

Untuk apa anda belajar Bahasa Arab ?

-Memahami Al-Quran dan Hadis

-Komunikasi

-Memahami doa-doa dalam bahasa arab

-Pengetahuan Bahasa Arab dan banyak lagi kerana di antara bahasa dunia yang banyak dan kerap digunakan.

Cuba anda bayangkan apabila orang bertanyakan kepada kita apa itu fatihah ? agak2 dapatkan kita citekan..apa itu Al-fatihah ? Fatihah maksudnya pembukaan, pembukaan apa ? yakni pembukaan kpd 2 darjat…darjat apa ? Darjat KETUHANAN dan darjat KEHAMBAAN, kedua2 itu nyata/terserlah/terzahir…

Siapa yang memahami erti FATIHAH ? Surah lain tak wajib baca dalam …bacaan yang wajib adalah baca Fatihah, kenapa wajib sangat sampai 17 kali..nak menyatakan apa yang dipandang Tuhan dalam DIRINYA (ZATNYA) tu…nak tau ke ? Kalau nak tau rebutlah peluang yang terhad ini..hubungi segera/whatsapps untuk maklumat lanjut kelas bahasa arab di kuching  01111 555 019 

Sementara nikmat sihat kita masih ada rebutlah, kerana Allah akan tuntut/persoal terhadap kamu di atas setiap nikmat yang kamu terima..

Jadi, pernafasan itu nikmat..kalau Allah tuntut kelak..kita mok bayar dengan apa? Mok bayar dgn solat kita kah ? Camney…mun solat plak sik berapa betul…sik ada perasaan atau sik menjiwai bila solat…camney ? Mun nya jenis solat taqlid/turut/tiru2 plak camney…

 

Belajar Bahasa Arab Ke Rumah Anda : Kuching

Apabila kita mahu memasuki rumah tentunya kita perlu membuka pintu. Tetapi adakah kita mempunyai kuncinya? Begitulah ibarat bahasa Arab dengan kefahaman AlQuran dan sunnah.
Pengentahuan bahasa Arab adalah penting kerana bahasa Arab adalah bahasa AlQuran. Memahami ayat-ayat AlQuran dalam bahasa Arab adalah suatu nikmat rezeki dari Allah Taala. Perhatikan contoh berikut :
إنَّ – bermakna SESUNGGUHNYA seperti dalam ayat ini :
إنَّ أَجْرَ الآخِرَةِ أَكْبَرُ
Makna : SESUNGGUHNYA ganjaran akhirat lebih besar
Tetapi tahukah kita sebetulnya ل juga boleh memberi makna SESUNGGUHNYA seperti لأَجْرُ dalam dalam surah nahl(41) :
وَلأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ
Banyak terdapat ayat-ayat lain yang mengandungi ل pada awal kalimahnya bermakna TAUKID(penekanan) @ SESUNGGUHNYA seperti لَذِكْرُ dan لَعَذَابُ dalam ayat-ayat berikut :
وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ
وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ
Oleh itu belajarlah bahasa Arab, bahasa AlQuran kearah memahami AlQuran dan sunnah

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0134963005

Belajarlah bahasa Arab demi memahami AlQuran dan sunnah. Mulakan sekarang. Luangkan sedikit masa dari 24 jam demi memahami Alquran dan sunnah. Ambillah kesempatan ini sebelum nikmat hidup sebelum mati ini diambil Allah.

 

 

 

1 2