Kedua-dua Pihak Hadir dan bersetuju untuk bercerai.

TUNTUTAN PENGESAHAN CERAI TAKLIK ini telah didengar dan diselesaikan pada hari ini dengan dihadiri oleh pihak Plaintif dan diwakili oleh Peguam Syarienya  manakala Defendan hadir sendirian.

Atas persetujuan bersama, MAKA ADALAH DIPUTUSKAN SEPERTI BERIKUT :-

1.    MAHKAMAH BENARKAN pindaan secara lisan terhadap tuntutan pengesahan lafaz cerai taklik Plaintif  kepada permohonan perceraian ;

2.    MAHKAMAH SAHKAN DAN SABITKAN Jatuh Talaq satu Kali pertama ke atas Plaintif mulai hari ini ;

3.    MAHKAMAH PERINTAHKAN Plaintif beriddah selama tiga kali suci mulai hari ini ;

4.    MAHKAMAH PERINTAHKAN Plaintif dan Defendan mengembalikan surat asal perakuan nikah ke Pejabat Agama Islam untuk dibatalkan;

5.    MAHKAMAH PERINTAHKAN Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Di Pejabat Agama Islam  mendaftarkan perceraian tersebut ;

6.    MAHKAMAH PERINTAHKAN perintah-perintah di atas berkuatkuasa SERTA MERTA.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.