Sebelum ini penulis mencatatkan kaitan hantu dan cahaya. Kaitan kali ini kita menyingkap apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik selimut ajaib juga dikenali sebagai pelapik tidur ajaib (Bio Velocity Sleep Mate-BVSM) yang dirumuskan oleh pakar Saintis yang menemukan teknologi BVSM sehingga menterjemahkan tenaga penciptaan dalam penyembuhan badan hanya dengan penggunaan tenaga matahari pada Waktu Dhuha yang disimpan dan diseimbangkan dengan garam laut dan disuntik ke dalam pelapik tilam BVSM ini. Penulis ingin jelaskan agar umat Islam sendiri yakin bahawa setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Misalnya, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh atau pun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki (termasuk rezeki kesihatan dan penawar penyembuhan).
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Oleh itu, kita dapat menyingkap atau mencungkil rahsia yang diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan (pengacukan molekul-molekul) pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Justeru, pengumpulan tenaga hayat yang penuh bermula awal waktu subuh sehingga warna alam berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha), Ilmu kajian warna aura menyebut, warna hijau adalah warna hidup dan semulajadi, berkait rapat dengan kesihatan dan kesejahteraan.
Sebagaimana warna biru, hijau juga mampu membangkitkan rasa damai, relaks dan tenang (kesimbangan ion positif dan ion negative). Dalam perubatan arab kuno dipanggil Taaqatul/ Qudratul Hayah (tenaga kehidupan). Maka, Tenaga hayat (manusia)= bioelektrik.
Bukti bahawa terdapatnya aliran elektrik (bioelektrik) di seluruh tubuh ialah dengan wujudnya medan elektronmagnet di sekitar tubuh manusia. Medan electromagnet akan wujud di sekitar sesuatu objek atau jasad yang wujudnya aliran elektrik. Medan ini popular dengan nama Chi atau aura.
Bagaimana aliran bioelektrik atau aura ini terhasil ? Apakah kaitan dengan kesihatan seseorang?
Aliran bioelektrik ini sememangnya berasal dari tenaga hayat yang terdapat dalam semua atom-atom yang tidak terkira jumlahnya yang membina tubuh manusia iaitu elektron. Pergerakan elektron ini menjadi satu aliran elektrik atau bioelektrik apabila wujudnya ion-ion mineral di permukaan sel-sel badan. Kehadiran ion-ion ini membolehkan tenaga hayat disebarkan ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya. Organ-organ yang menerima tenaga hayat akan membolehkan fungsi biologinya berada dalam keadaan aktif dan normal.
Perbezaan gelombang tenaga hayat yang memberi warna aura yang berbeza-beza (dapat dikesan kamera khas Kirlian) adalah disebabkan organ-organ badan manusia memerlukan frekuensi gelombang tenaga yang berbeza untuk diaktifkan.
Walau bagaimanapun, Prinsip Keabadian Tenaga (Fizik moden) semua benda adalah bentuk-bentuk tenaga yang berubah-ubah. Contohnya tenaga cahaya matahari diserap oleh tumbuhan (warna hijau) dan ditukar kepada tenaga kimia iaitu kanji dalam buah. Kanji merupakan bentuk tenaga baru yang dihasilkan iaitu tenaga kimia. Bila buah dimakan oleh manusia, tenaga kimia tadi dipindahkan kepada manusia sebagai tenaga metabolism. Tenaga metabolism diperlukan untuk menggerakkan semua organ dalam badan manusia supaya berfungsi.
Ringkasnya: tenaga cahaya—>tenaga kimia tumbuhan—->tenaga metabolisme manusia.
Pastinya tenaga metabolism ini mungkin sebahagian dari tenaga yang menyumbang kepada pembentukan tenaga hayat. Cuma tenaga hayat ini berbentuk lebih ‘halus’ kerana ada rekod menunjukkan tenaga hayat mampu menghidupkan manusia yang bermeditasi yang hanya meminum air selama bertahun-tahun lamanya iaitu tanpa makanan. Tenaga hayat juga mampu mengubah manusia menjadi ‘superhuman; seperti menarik jet penumpang dengan rambut atau kebal ‘sementara’ dari benda-benda tajam dan panas.
Oleh itu, kita kembali semula kepada konsep tadi bahawa jasad ini memerlukan tenaga yang dihasilkan melalui warna alam semesta agar pancaran warna-warna di setiap waktu solat itu mendapat pancaran yang sama dengan aura cakra pada tubuh manusia supaya menjadi keseimbangan dan ketenangan. Inilah antara rahsia kenapa selimut ajaib ini dicipta ia berkaitan dengan ketenangan dan kedamaian pada sistem metabolisma sehingga jasad mendapat tenaga yang sejahtera.
Rujukan :
http://artisenivisual.blogspot.com/2012/05/unsur-warna.html
[…] Rahsia Selimut Ajaib : Bongkar ! […]
[…] juga digunakan untuk menolak gangguan makhluk halus. Tulisan Zeckry sebelum ini telah mencatatkan Rahsia Selimut Ajaib : Bongkar !! telah mendapat pelbagai reaksi yang dapat memahamkan dari sudut aura,sains serta spiritual. Dalam […]
[…] Aura juga dikatakan sebagai Nur=Tenaga/Energy ada disebut dalam al-Quran ribuan tahun dulu, (konsep Nur `Ala Nur) tetapi telah dikaji oleh barat pun dah lama. Kita je baru nak […]