Ulang kaji Jamak dan qasar
Katakan, saya duk di kuching dikatakan sebagai menetap.
Sekarang ni nak balik kampung tempat lahir,membesar dan bersekolah dsb.
Masalahnya…
1-Jamak n qasar dlm perjalanan tu ok
2-Bila sampai rumah dikampung
Adakah saya dibolehkan jamak n qasar lagi.?
Perbincangan….Bila sampai destinasi tak kira musafir . Melainkan kita transit nak bergerak ke tempat lain lepas tu. Transit pun tak buleh lebih 4 mlm…Bagi memahami solat musafir (jamak dan qasar) ni..
Pertama sekali kita kena faham 3M:
1. Musafir
2. Mukim
3. Mastautin
Syarat untuk musafir 3 hari..kalau seminggu dikira bermukim, jika bermukin gugurlah status musafir.
Mastautin ni sama anda g sarawak…dah tahu dah berapa hari..bln..tahun..maka bila kita sampai dirumah kita di sarawak, maka tidak dibenarkan lagi untuk jamak dan qasar..
Anda tahu dah nak balik kampung 7 hari, sampai di kampung (dirumah) maka tak leh jamak…katakan anda nak balik kampung sehari atau 2 hari, maka dibolehkan jamak.
Maka lebih pd 3 hari. tidak boleh lagi..sebab ia sudah menjadi mukim..mukim ini bermaksud kita tahu akan duduk lebih pada 3 hari…
Fahaman kurang tepat adalah…bila kita balik seminggu…3 hari kita jamak..4 hari solat tamam..
Penjelasan muktamad :
1-Balik kampung (niat duk seminggu)-hanya boleh jamak dalam perjalanan sebelum sampai destinasi. (Kursus lebih 3 hari tidak dikira musafir.Wajib solat jumaat.)
2-Balik kampung (niat duk sehari dua/tempoh musafir)-boleh jamak dan qasar.
Sama hukum ke atas isteri juga..kalau dia bukan asal kampung kita..hukum samada balik kampung sendiri/suami/bini/bakal bini atau pergi kursus atau melancong.