لَّا تَجۡعَلُواْ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيۡنَكُمۡ كَدُعَآءِ بَعۡضِكُم بَعۡضٗاۚ قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمۡ لِوَاذٗاۚ فَلۡيَحۡذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنۡ أَمۡرِهِۦٓ أَن تُصِيبَهُمۡ فِتۡنَةٌ أَوۡ يُصِيبَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ٦٣

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya

Dalam ayat tersebut menggunakan kalimah  لَّا تَجۡعَلُواْ   .kebiasaannya ayat larangan di dalam al-Quran terus menggunakan kalimat larangan sahaja seperti (وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ, (وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ), (وَلَا تَقۡرَبُواْ مَالَ ٱلۡيَتِيمِ).

Ayat-ayat ini kebanyakannya perkara batil yang memang dimaklumi umum secara adat  dan kemanusiaan bahawa ia adalah perbuatan salah.

Manakala dalam ayat di atas digunakan   لَّا تَجۡعَلُواْ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيۡنَكُمۡ .

(لَّا) lam nahiyah iaitu larangan dan  دُعَآء disandarkan kepada orang yang kena panggil (mudhaf ila maf`ul), bermakna jangan kamu semua menjadikan panggilan kamu dan rasul di antara kamu dengan panggilannya seperti di antara kamu كَدُعَآءِ بَعۡضِكُم بَعۡضٗاۚ dengan memanggil seperti Wahai Muhammad atau Wahai Muhammad bin Abdullah atau Wahai Aba Al-Qasim dan seumpamanya sebagaimana kamu memanggil seseorang dalam kalangan kamu seperti wahai si fulan bin fulan. Bahkan sepatutnya memanggil dengan sifat kenabian dan kerasulan dengan mengatakan : Wahai Nabi Allah, Ya Rasulullah dengan merendahkan nada suara.[1]

Menurut Ibnu Abbas RA, para sahabat biasa memanggil Nabi Muhammad SAW dengan panggilan: “Wahai Muhammad, Wahai Abu Al-Qasim, maka Allah menegah meraka daripada demikian agar menghormati dan mengagungkan bagi nabi-Nya dengan memanggil Ya Nabi Allah, Ya Rasulullah. Maka turunlah ayat :[2]

لَّا تَجۡعَلُواْ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيۡنَكُمۡ

Sebagaimana kita mengetahui, perbuatan yang salah terdapat banyak buku-buku orientalis dan barat dengan memadai dengan menulis perkataan (Muhammad) dan menggunakan ringkasan seperti huruf simbol ص   atau صلعم  bagi menggantikan kalimah[3] :صلى الله عليه وسلم

Ulama berpendapat, haram memanggil Nabi seperti memanggil atau menyapa orang biasa. Jika seseorang itu berbuat demikian dalam keadaan mengetahui dan melakukannya kerana seolah-olah mengejek.[4]


[1] Dr.Sulaiman Ibrahim.(2005).Insyirah As-Sudur Fi Tadabbur Surah An-Nur.Riyadh: Maktabah Al-Malek Fahad Al-Wataniyyah An-Nasyr.hlm :358

[2] ibid

[3] ibid

[4] Abu Baqir Ad-Dusuqi. (2009) Panduan Fardhu Ain Lengkap.Kelantan: Pustaka Al Baqir hlm:48

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Muliakan Rasulullah S.A.W”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.