Berdasarkan mind map di atas, katakan kita ingin berucap di pentas awam dalam masa 3 jam, maka persediaan sebelum ucapan dilakukan latihan selama 30 jam yang bermula hari Ahad hingga Jumaat dan hari Sabtu sebagai hari menyampaikan ucapan. Namun, kaedah ini sama, apabila kita ingin berucap selama sejam, maka 10 jam kita melakukan persediaan. Maka rationya 1:10, 3:30.
Walaupun terdapat pelbagai kaedah dalam pengucapan awam, penulis ingin berkongsi maklumat yang dapat dikutip dari guru penulis Dato` Roslan Ab Hamid (Public Speaking Guru Nusantara). Dengan menggunakan konsep Inventio, Dispotio, Memoria, Elocutio, Actio dan Pronountiatio (IDMEAP).
Dalam bukunya, Public Speaking Mastery ada dimasukkan sebagai nota penting untuk panduan sebagai SPEAKER di atas pentas. Menurut Roslan Ab Hamid (2020), pengucapan khalayak adalah “Learnable Skill”, secara mudahnya, ilmu yang boleh dipelajari. Ianya adalah kemahiran yang apabila kita aplikasikan setiap hari, kita akan menjadi semakin bertambah mantap dan terampil.
Dalam ucapan khalayak, terdapat beberapa perkara mesti kita fahami tiga langkah ini terlebih dahulu sebelum kita memulakan ucapan di khalayak :
Pertama, INVENTIO
iaitu kita mengorganisasikan pemikiran dan juga maklumat yang kita ada. Kita cari tahu dan mengambil daripada pelbagai sudut dan dimensi.
Sumber itu sama ada dari perpustakaan, perbualan hairan ataupun daripada pengalaman yang kita punyai.
Kedua, DISPOTIO
Selepas semuanya itu terkumpul, kita jadikan ia DISPOTIO iaitu menyusun apa yang perlu didahulukan, kita dahulukan yang di kemudiankan kita menyusun dibelakang. Proses menyusun Dispotio iniakan menjadikan penyampaian kita berstruktur dan akan mudah diingat oleh orang lain.
Selepas Inventio,Dispotio selepas Dispotio adalah ELOCUTIO.
Ketiga, Elocutio
Merupakan proses kita melatih diri.
Tidak ada orang yang akan terus tampil di atas pentas atau pembentangan dan dapat menyampaikan dengan teratur dan baik. Semua orang yang akan berjaya menyampaikan ucapan mereka melalui proses latihan yang bersungguh-sungguh dan mereka banyak melakukannya setiap hari dalam banyak sesi-sesi pertemuan.
Oleh itu, Elocutio akan dapat kita kuasai apabila kita menguasai terma penting di dalam Pengucapan Khayalak yang dikenali sebagai MESSAGE MAP (Peta Pesanan).
Kempat, MEMORIA.
Maksud Memoria adalah ingatan yang tiba-tiba terbit sewaktu kita berdiri di atas pentas. Ingatan ini datang selepas kita melalui proses latihan demi latihan. Praktis demi praktis.
Memoria adalah kunci bagaimana seseorang kelihatan begitu tenang atau bersahaja, nyaman rasa dan nyala bicara di atas pentas.
Selepas I-Inventio, D-Dispotio,E-Elocutio,M-Memorio dan yang kelima ialah ACTIO.
Kelima, ACTION
Adalah bagaimana kita beraksi. Bagaimana kita menggunakan Gesture,Posture dan segala gerak gaya kita semasa diatas pentas. Bagaimana hubungan kita terobos terus ke jiwa audiens dan kita berdiri sebagai orang yang kelihatan memaparkan aura yang luar biasa dan mempunyai daya pengaruh yang tinggi.
Keenam, PRONOUNTIATIO.
P-Pronountiation ialah bagaimana kita mengungkapkan sebutan. Ayat demi ayat. Perkataan demi perkataan yang kita sampaikan menjadikan apa yang kita sampaikan itu jelas, lekat tertambat dalam minda audiens dan apabila mereka pulang, mereka pulang dngan ingatan yang mendalam kepada kita dan mahu dengar lagi. Dengar lagi apa yang kita sampaikan.
Tuntasnya, ucapan yang baik dan tersusun serta positif dapat menambat hati sehingga melekat sampai bila-bila. Maka, ucapan awam yang berkesan menjadi tuntutan di zaman kini agar apa yang disampaikan itu berkesan dan dapat dilakukan oleh pendengar untuk terus bertindak atau call to action.
zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial.
PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis.
SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>
[…] ‘Massage Map’ telah dituliskan dalam Memahami Kaedah Ucapan Awam, kali ini penulis ingin menjelaskan secara ringkas apa itu massage map yang ada disebut pada […]
✅ Korban = Sunnah paling agung pada Hari Raya Aidiladha ✅ Sedekah = Amalan yang membuka pintu rezeki dan keampunan ✅ Bantu muallaf = Dakwah dan pengukuhan akidah mereka
Gabungan ketiga-tiga ini menjadikan amal kita bukan sekadar ibadah, tapi satu bentuk jihad hati, harta dan kasih sayang!
💸 50 sen sehari x 1000 orang x 59 hari = RM29,500 🐄 Boleh beli lebih 2 ekor lembu untuk korban khas muallaf di Sarawak 💚 Pahala korban + pahala sedekah + pahala dakwah + pahala menjaga ukhuwah = TAK TERHINGGA
✅ Tempoh KEMPEN Korban 50 Sen Sehari:
📅 Mula kutipan: 8 April 2025 (Selasa) 📅 Tamat kutipan: 1 Jun 2025 (Ahad) 📦 Pengurusan korban bermula: 2–5 Jun 2025 🐄 Hari Raya Korban: 6 & 7 Jun 2025
Ayuh ! Sertai Sekarang. Korban Muallaf Sarawak 2025
[…] ‘Massage Map’ telah dituliskan dalam Memahami Kaedah Ucapan Awam, kali ini penulis ingin menjelaskan secara ringkas apa itu massage map yang ada disebut pada […]