Berlaku pada tahun 1910 ketika zaman Othmaniah di Bandar Beirut. Seorg lelaki berjalan di sebuah pasar. Sedang beliau berjalan, terdengar suara seorg mencaci Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Lalu dia terus membelok memasuki kedai yg menjual pisau dan membelinya..

Sebaik saja membeli pisau terus melulu kepada lelaki yg mencaci Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam lalu dibunuhnya. Selepas berlalu dua tahun dipenjara barulah kesnya itu diangkat supaya dibicarakan dihadapan hakim disaksikan org ramai.

Bertanya Hakim kpd yg tertuduh. Kenapa engkau membunuh lelaki itu?
Wahai tuan yg arif! Aku mendengar beliau mencaci Rasulullah Sallallahu alaihiwasallam sedangkan aku seorg pencinta dan sgt asyik dengan Rasulullah Sallallahu alaihiwasallam. Lalu aku hilang pertimbangan menyebabkan aku membunuhnya. Dan aku tiada tahu tindak tanduk ku berbuat demikian.

Setelah semua selesai tiba masanya hakim ingin menjatuhkan hukum.
Berkata Hakim ” Aku menjatuh hukum 15 tahun bekerja berat disebabkan engkau membunuh secara sengaja. Kemudian aku kurangkan separuh dari itu disebabkan budi bicara aku sendiri.
Kemudian baki lagi memadai engkau duduk selama dua tahun. …Keputusan muktamad..

Setelah habis berkata Hakim kepada polis. Buka gari beliau. Lalu Hakim pun turun menghampiri lelaki itu lalu berkata. ” Tangan manakah yg engkau guna utk membunuh lelaki yang mencaci Rasulullah Sallallahu alaihiwasallam? Berkata lelaki itu. Dengan tangan kanan Yang Arif. Wahai anakku! Buka tanganmu kesini. Lalu dia membuka. Terus saja Hakim tadi mencium tgnnya sambil menangis. Kesemua hadirin yg menyaksikan kes tersebut menangis.

Pihak mahkamah mengadu kepada pihak atasan bahawa Hakim itu mencium tangan seorg pembunuh. Lalu hakim tersebut menerima surat arahan bahawa ditukar ke Madinah Munawwarah dgn segera. Telah termakbul doa Hakim tersebut yg mana beliau selalu berdoa ” Ya Allah! Letakkanlah aku di penghujung hariku utk aku duduk berhampiran KekasihMu di Madinah”.
Kamu tahu siapa Hakim tersebut?

Dia ialah Al Qadi Yusuf al Nabhani. Berasal dari Lubnan kuburnya di Basyurah Beirut. Banyak mengarang kitab Puji Puji Nabi Sallallahu alaihiwasallam .
Semoga Allah memberi Rahmat dan menghimpunkan beliau bersama kekasihnya dan kekasih kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihiwasallam. Amin ya Rabbal a’lamin..

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.