selawatselawat

Apa itu roh sering menjadi perbincangan dalam ilmu sufi. Hakikatnya, roh adalah makhluk yang Allah jadikan berunsur ghaib, ia adalah salah satu makhluk yang berada pada komponen ROHANI, setiap manusia mempunyai Roh.

Tugas Roh di dalam batang manusia ialah untuk memberikan tenaga kepada jasmani, ertinya jika pada batang tubuh manusia tiada Roh maka tubuh manusia menjadi kaku dan lemah.

Apa fungsi Roh

Roh yang berada di dalam batang tubuh manusia menyebabkan manusia dapat bergerak, asal kejadian Roh daripada Allah (NUR) kejadian yang sebenarnya tidak di sebut oleh Allah di dalam Al Quran.

Roh ada awal permulaan kejadiannya, dengan adanya Roh juga maka daging, tulang, urat, rambut dan roma menjadi berkembang dan menumbuh biak serta mematangkan sekalian batang tubuh, Roh tidak akan mati dan rosak selagi Israfil tidak meniupkan sangkakala.

Roh Yaqazah

Sekiranya batang tubuh manusia menjadi cacat ataupun rosak atau cacat semula jadi maka Roh tetap tidak mengikut rosak dan cacat, Roh memenuhi setiap ruang jasmani manusia dan Roh di kuasai dan di gerakkan oleh sifat Qudrat Allah s.w.t.

Apabila Roh bergerak maka ia pasti berkait dengan nafsu dan juga akal manusia, ketiga-tiga makhluk ini di namakan RUHUL YAQAZAH

Apakah fungsi Roh, Akal dan nafsu di dalam tubuh manusia ?

Adapun fungsi Roh di dalam jasad manusia ialah untuk memberikan daya tenaga kepada seluruh jasmani, adapun fungsi Akal ialah untuk berfikir dan fungsi nafsu ialah untuk mendorong atau meransang keinginan, itulah secara ringkasnya.

Oleh itu kita tidak boleh katakan bahawa Roh itu meransang atau berfikir atau kita tidak boleh katakan bahawa Akal itu bertenaga atau meransang atau kita tidak boleh katakan bahawa Nafsu itu berfikir atau bertenaga, walau apapun di antara satu sama lain ada fungsi bekerjasama

Rohani

ROHANI terdiri dari Roh,Akal,Nafsu dan Nyawa, semua ini adalah bertaraf MAKHLUK, ROHANI terbahagi kepada dua, satu di kenali sebagai RUHUL YAQAZAH, ia terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, dan satu lagi di kenali sebagai RUHUL HAYAT, ia terdiri dari Nafas, atau Insan atau Nyawa (Banyak istilah ini) RUHUL YAQAZAH boleh keluar Jasad dengan izin Allah.

Rujuk surah Al An’am ayat 60 dan Az Zumar ayat 42, maka berlakulah mimpi, sementara RUHUL HAYAT tidak akan keluar daripada Jasad kecuali MAUT, RUHUL YAQAZAH di kenali sebagai DIRI TERPERI, sementara RUHUL HAYAT di kenali sebagai DIRI SEBENAR DIRI

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.