Kisah Sharil telah ditipu oleh Interfund yang mengarut dan ‘iklan sampah di facebook telah membuka mata ramai orang yang telah ‘terkena’ dengan scammer durjana itu. Sharil masih lagi menyimpan cerita kat Mr Z untuk mendedahkan kedurjanaan Interfund yang mengambil hak orang tanpa rasa bersalah dan berdosa.

Kali ini Sharil menyambung ceritanya yang telah tertipu dengan janji manis ‘keuntungan tinggi”.

Apabila Sharil tanya kenapa bukan pada akaun syarikat ? Irma : klu trade sendiri bank in ke bank ITF, utk yg nak trader tlg trade sila bank in kpd bank trader (Muhammad Halif Aidil Bin Muhamad Fauzi ).

So, Sharil ni dah termimpi-mimpi dengan hasutan profit kira-kira 25k akan terus dapat cashout dari ITF apabila dia bayar caj trader tu sebanyak RM3,286.40, lalu Sharil bayarlah caj tersebut dengan online transfer….

Perasaan Sharil membuak2 akan dapat cashout terus bila bayar caj trader tu..maklumlah dapat 25k, lebih…hati akan senang lepas ni ! tanpa buang masa terus Sharil buat bayaran sebanyak tu RM3,286.40, tiba-tiba2………………………………….[sambung dari posting Sejauhmana kebenaran Interfund (ITF)]

Irma tu suh tunggu sebenar untuk dia key in dalam sistem lalu keluar lah dokumen yang digenerate dari “sistem dajjalnya” untuk meperdajalkan manusia yang terpedaya dengan sistemnya…kamudian keluar lah dokumen dajal ini dengan meminta sekali lagi bayaran….

So, anda pun boleh percaya dan yakin kan company ni adalah trusted ? dengan ada sign dan cap company INTERFUND (MALAYSIA) SDN BHD dengan canggih dengan item-item yang perlu dibayar sekali lagi oleh Sharil kan ! jumlah kena bayar untuk dapat cashout sebanyak 25k hasil dari profit yang telah dileburkan oleh Sharil sebanyak RM1,000+3,286.40=RM4,286.40, sekali lagi disuruh bayar RM3,530 di akaun keldai (dibaca :dajjal). Kat sini Sharil dah perasan ini adalah Scammer ! Scammer ! Dajjal ! Dajjal…—-BERSAMBUNG—

Kesimpulannya, Sharil telah mengalami keleburan sebanyak RM4,286.40 dalam masa tak sampai 24jam ! hebat sistem dajjal yg digunakan oleh Interfund dengan menggunakan akaun keldai (dibaca: dajjal). dan mereka ni guna akaun ramai individu seperti CIMB BANK NO. 7076331496 HAIDATUL WARDIEYAH BINTI MAT LANI abis diorang angkut akaun laki akaun bini akaun saudara mara yg tatau apa…demi dan dptkan ribu2 tu…berhati2 lah…

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Sharil bermimpi indah bersama Interfund”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.