Netizen yang menghina Baba Ismail as Sepanjangi al Fathoni itu kurang ajar, mereka tak kenal siapa alim ini. Isu ini timbul setelah tular berkenaan Baba (Tuan Guru) membuat rukyah ke atas kereta baru. Catatan sebelum ini boleh rujuk di http://zeckry.net/2024/05/01/baba-ismail-sepanjang-al-fatani-buat-rukyah-ke-atas-kereta-baru/

Baba Ismail Seorang Alim di Nusantara

Baba Ismail itu salah seorang alim nusantara, beliau membuka pondok dan siang malam ngajar di pondoknya, beliau datang ke Malaysia hanya apabila pondok cuti, hari lain semua di pondok menabur ilmu, kuat ngajar tanpa ada gaji tetap.

Beliau mengajar kitab² Arab terutamanya, Futuhat Rabbaniyyah syarah al Azkar itu beliau baca belasan tahun baru khatam kerana dibaca kesemua syarah² itu tanpa skip, satu persatu, memang lambat khatam tapi teliti dan halusi, begitu juga kitab lain seperti Hasyiah Baijuri atas Fathul Qorib, az Zawajir, Hasyiah Nafahat atas Matan Waroqot, Hasyiah Syarqowi atas Tahrir, Syarah Syeikh Khalid al Azhari atas Matan Ajurrumiyyah, Syarah Ibn Aqel atas Matan Alfiyyah dll.

Isu Merenjis Air Ke atas Kereta Harus

Isu merenjis kereta itu hukumnya harus, bukan khurafat.

إذا قرئ القرآن على الماء ورش في المنزل ؛ فإن بعض أهل العلم يرى ذلك نافعا في التحصين وفي طرد الشياطين.

Apabila dibaca al Quran atas air lalu direnjiskan air itu pada rumah maka sebahagian ulama beranggapan ianya beri manfaat pada menjaga rumah itu dan menghalau syaitan.

Dalam kitab Mausuah Syariah fi Ilm Ruqo,

وكذا يشرع قراءة بعض الأذكار والأوراد والتعوذات في ماء ثم يرش به المنزل الذي يتواجد فيه الجن والشياطين ؛ فإنه يبعدهم بإذن الله تعالى” والله الشافي” انتهى من “موسوعة شرعية في علم الرقى” لأبي البراء أسامة بن ياسين المعاني

Disyariatkan baca sebahagian zikir, wirid pada air lalu direnjiskan pada rumah yang ada jin dan syaitan, semua itu menjauhkan jin dan syaitan dengan izin Allah.

Nak renjis ke atau semata² nak baca doa sahaja seperti dalam Hadith takda masalah, bukan sesat pun. Dalam Sunnah memang takda tapi bukanlah kalau tiada maka itu terus dianggap bidaah sesat.

Netizen yang hina Baba Ismail itu depa tak kenal dan bukan ahli ilmu, aku duk Pondok Pasir Tumboh dulu Almarhum Tuan Guru Dato Paduka Hj Wan Muhammad ( Mulloh Ayah Mat Tendong ) buat sahaja benda itu, tiada isu pun. Benda biasa.

Baba Ismail Sepanjang al-Fatani Buat Rukyah Ke Atas Kereta Baru

Tulisan:

Khairul Azhar Ghazali (2024)

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.