Tatacara  Pengurusan kes  mal pra bicara  adalah berkait rapat dengan usaha untuk melancarkan prosiding perbicaraan sesuatu kes di mahkamah. Pengurusan kes pra bicara ini telah diamalkan oleh sesetengah mahkamah syariah dimana secara rengkasnya adalah seperti berikut:-

Selepas daripada pliding ditutup, maka Mahkamah pada kebiasaannya akan memberikan arahan kepada peguam-peguam yang mengendalikan kes bagi pihak Plaintif dan Defendan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang akan digunakan pada sesi bicara penuh nanti.

Dokumen-dokumen ini dipanggil dokumen-dokumen pra bicara (pre trial documents). Dokumen-dokumen ini akan dirujuk secara ekstensif sewaktu kes dibicarakan dan setiap pihak-pihak akan dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang sama untuk kemudahan rujukan.

Diantara dokumen-dokumen pra bicara yang lazimnya akan disediakan oleh pihak peguam adalah seperti berikut:

i. Ikatan Pliding, Ikatan Pliding mengandungi dokumen-dokumen pliding seperti Saman dan Pernyataan Tuntutan, Pembelaan, Jawapan kepada Pembelaan dan sebagainya. Ianya akan dikumpulkan bersama sebagai satu jilid dokumen.

ii. Ikatan Dokumen, antara dokumen pra bicara yang paling penting kerana ianya mengandungi dokumen-dokumen sokongan yang akan dirujuk oleh Mahkamah, peguam-peguam dan juga saksi-saksi sewaktu bicara nanti. Peguam selalunya akan memastikan kesemua dokumen yang ingin digunakan untuk menyokong atau mencabar sesuatu kes, dikumpulkan bersama dan difailkan sebagai satu jilid dokumen.

iii. Senarai Saksi, Dokumen ini mengandungi senarai saksi-saksi yang akan dipanggil oleh kedua-dua belah pihak. Selalunya Plaintif dan Defendan akan memfailkan dokumen ini secara berasingan.

iv. Isu-isu untuk dibicarakan, Dokumen ini menyenaraikan isu-isu yang menjadi pertikaian diantara Plaintif dan Defendan. Dokumen ini juga membantu Mahkamah dan peguam untuk menentukan skop bicara penuh nanti.

v. Fakta-fakta yang dipersetujui, Dokumen ini pula menyenaraikan fakta-fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan. Ini untuk memudahkan Mahkamah dan pihak-pihak supaya tidak mempertikaikan fakta-fakta yang sudah diakui kebenarannya.

vi. Ringkasan Kes, Dokumen ini mengandungi fakta atau kes bagi setiap pihak secara ringkas. Ada Hakim yang memberi arahan untuk dokumen ini difailkan dan ada pula Hakim yang tidak memerlukan dokumen ini.

vii. Kenyataan Pendahuluan, Kenyataan Pendahuluan ataupun opening statement adalah dokumen yang jarang diarahkan oleh Mahkamah untuk difailkan namun terdapat sesetengah Hakim yang akan mengarahkan dokumen ini difailkan. Dokumen ini mengandungi fokus bicara untuk setiap pihak.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.