Catatan sebelum ni, langkah mula2 nak buat kajian dengan menentukan isu dan masalah. Dah cite dah seblm ni, konsep isu dan masalah yg mesti terangkum dengan isu,faktor dan masalah. Kali ni, kita nk kenalpasti faktor kpd isu yg tlh dipilih pd peringkat pertama iaitu: kekecohan penyokong bola sepak yang tinggi. Cuba kenalpasti apakah faktor yg jd sebab berlaku kecoh tu. Apakah faktor2 yg menyumbang tu sama ada dari penyokong Kelantan KC atau Perak FC, pengadil dan pengurusan The Red The Red Warriors Kelantan Football Club, atau dikenali sebagai TRW Kelantan telah menyebabkan berlakunya isu kekecohan penyokong bola sepak dalam perlawanan tersebut.
So, semua faktor tu kita cuba catatkan utk dirungkai nanti, seperti Faktor 1, Faktor 2, Faktor 3 dan seterusnya. Perlu ingat, semua faktor yg dikenalpasti mesti terangkum kepada permasalahan yg berlaku. Maknanya, faktor adalah perkara utama yg menjadi sebab berlaku. Contoh, faktor berlakunya isu kekecohan penyokong bola sepak yang tinggi. Bukan kemahiran penyokong atau kesediaan penyokong, faktor tu adalah faktor penyokong. Faktor penyokong ini adalah rangkuman kepada masalah kemahiran dan kesediaan penyokong. Tulis je dulu faktor yg kita fikirkan secara munasabah dan logik yg menjadi sebab berlakunya isu.
Kemudian cari 3-5 kajian lepas berkaitan faktor tu, lepas tu, kenalpasti faktor manakah yg utama daripada kesemua faktor yg kita dapat. Bg tujuan ni, kita perlu lihat faktor yg dominan yang mempunyai paling banyak kajian terdahulu. Letakkan faktor tersebut di akhir sekali, bg senang nak tulis tesis tu nanti, yg mana penulisan perlulah dalam bentuk koheran atau berkaitan di antara satu perenggan ke satu perenggan yg lain secara berturutan. Jgn lupa! simpan semua rujuakan bagi kajian-kajian terdahulu dalam folder berkaitan yang mana kita senang utk dapatkan balik (uruskan).
Ringkasnya, proses step ni seperti berikut:
-FIkir logik, apakah faktor kepada isu kajian. Faktor adalah rangkuman kepada masalah.
-Cari 3-5 kajian terdahulu bg setiap faktor
-Tentukan faktor manakah yg dominan
-Letak faktor dominan pd bahagian bawah sekali
-Faktor bkn dominan dalam 1 perenggan dan faktor dominan perenggan berasingan.
-Tulis semua faktor dan kajian-kajian lepas dlm perenggan
-Semak penulisan.