Pelbagai isu dan masalah dalam sesuatu bidang/organisasi yang mencetuskan polemik sering wujud dalam komuniti masyarakat atau organasasi. Contohnya kes rusukan dan kekecohan dalam arena bolasepak kini menjadi perhatian dan cerminan permasalahan moral, akhlak dan penyakit penyokong sosial yang parah juga sehingga melibatkan nyawa. Kajian lepas jua lah yang akan menjadi sandaran utama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Maka, sesuatu kajian atau penyelidikan dibuat utk menyelesaikan masalah yang belum ada penyelesaian. Sama ada melibatkan bidang sains atau sosial, sering timbul masalah dalam kehidupan manusia. Seiring dengan wujudnya masalah tersebut, penyelidik dalam bidang kepakaran masing-masing akan berusaha dalam kajiannya untuk cari formula terbaik dalam menyelesaikan masalah. Misalanya catatan sebelum ini mengenai kajian Kekecohan Penyokong Kelantan FC dengan Perak FC telah menarik perhatian oleh ramai penyelidik untuk terus mencari solusi atau formulanya dalam mengawal dari segi emosi dan pendidikan sekaligus akan memberi sumbangan besar dalam arena bolasepak.

Apa yang diperhatikan sekarang kita negara kita sering berhadapan dengan permasalahan pengurusan dalam semua bidang antaranya pengurusan penyokong, pengurusan kekecohan, pengurusan rusuhan dalam stadium dan sebagainya. Kalau dalam perniagaan pengurusan akaun sering menjadi permasalahan dan kini pengurusan akaun lebih hebat digunakan seperti niagawan dengan formula yang sangat gempak.

Kini, terbaru pula mengenai Rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengakibatkan 127 nyawa terkorban. Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur. Masalah pengurusan rusuhan juga berlaku apabila kematian turut berpunca daripada tindakan pihak polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan situasi menjadi kelam-kabut.

Justeru, kajian pengurusan rusahan atau kekecohan penyokong menjadi keperluan dalam sistem pengurusan bolasepak di Malaysia.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.