Faktor yang mendorong umat Islam itu merosot ke lembah yang dalam iaitu :

-Ketidakikhlasan mengabdi kepada Allah,

-Memuja hidup dunia lebih daripada hidup akhirat,

-Nafsu mempertahankan diri supaya kekal dalam kemewahan hidup meskipun daripada sumber yang haram

-memfokuskan pandangan kepada kepentingan diri sendiri. hasrat untuk memenuhi kehendak nafsu walaupun dengan menderhaka Allah SWT

-mendahulukan kepentingan asabiah daripada kepentingan persaudaraan Islam,

Perkara tesebut merupakan antara sekian banyak perkara yang menyebabkan fikiran umat Islam menjadi beku dan jumud. Maka, al-Quran dan al-Sunnah tidak dibahas lagi, hingga jadilah daya kekuatan yang terkandung di dalam ajaran dua sumber itu tidak lagi merupakan motor penggerak untuk menuju kemajuan dunia dan akhirat.

Rujukan

Mohd Radzi Othman, & O.K Rahmat. (1996). Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia. Penerbit Universiti Sains Malaysia bagi Pihak Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Perumpamaan bagi permulaan mahabbah seperti seorang lelaki yang menghidu bau kasturi. Sentiasa dia mengikut bau itu sehingga dapat bauan tersebut. Bertambah bauan itu sehingga masuk ke dalam rumah kasturi itu. Apabila sudah masuk ke dalam rumah maka bau itu menyeliputi segala bau sehingga tidak terbau lagi. Demikian penuntut kebenaran, sentiasa hatinya ditarik kepada hadrat. Sentiasa dahaga kpdNya sentiasa mengadap sehingga tenggelam didalam menghadap cahaya. Itu adalah hadratil musyahadah. Maka tenanglah jiwanya, hilang dahaganya dengan terhasil oleh sampai kepada al Habib. Tidak kekal kecuali adab dan ketinggian pada maqomaat PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. PENDIRIAN : Pencinta Keharmonian, Keamanan dan Kesejahteraan Umat Sejagat. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.