Umur bukan halangan untuk sambung Master atau Phd yang dikatakan dilema untuk sambung belajar. Sejauh mana kebenaran tu, pada penelitian dan pembacaan saya yang pernah berada di universiti luar negara iaitu Mesir, bagi mereka biasa saja di awal umur 25-26 tahun, begitu juga di universiti di Eropah, kerana sistem pendidikan diaorang tak lama macam kita. Sini jadi lambat sebab masuk universiti pun dah umur 19-20 tahun lepas tu grad dalam 23-24 tahun. Kat oversea umur 17 tahun dah masuk first year.

Secara peribadi, sistem Pendidikan di negara ini perlu digubal mengikut kesesuaian masa dan zaman. Harus melihat apakah keperluan negara bukan keperluan dalam subjek2 pendidikan tu yakni, berfokus kepada bidang-bidang tertentu saja. Apa yang dikejar pun sehingga kita tak membuahkan hasil untuk negara lebih maju dan berpendapatan tinggi. Isu remaja, peluang pekerjaan, kesesakan, inovasi, pengurusan Islam dan banyak lagi, kalau kita peka, masih ketinggalan jauh.

Misalnya diperingkat sekolah menengah aliran perdana. Mereka belajar, matematik tambahan, Sains dan sebagainya, akhirnya ramai masuk ke bidang pengajian atau pendidikan Islam di universiti sama ada luar negara atau dalam negara, setelah tamat degree hanya di sekolah mengajar untuk kuasai Jawi, al-Quran dan Fardhu Ain.  Kemudian mengajar murid-murid untuk kuasai JAWI tetapi agensi-agensi Islam, Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama Islam Negeri atau mahkamah-mahkamah Syariah masih lagi gagal aplikasikan dalam tulisan jawi atau dokumentasinya sepenuhnya dalam tulisan jawi. Ini menjelaskan kegagalan untuk melahirkan pekerja mahir untuk menaip dalam tulisan jawi.

Bukan itu contoh nama membazir masa di murid di sekolah? Lebih baik fokus kepada Pendidikan TVET walaupun ajar membaiki kereta atau jentera berapa banyak kepeluan sosial yang mengalami kerosakan kereta ?

Berbalik kepada Umur bukan halangan untuk sambung Master atau Phd seperti mana ungkapan :

Saya baru umur 71 tahun. Rasa masih muda lagi. Baru mula PhD tahun ini. Universiti yang paling murah di Malaysia ialah Universiti Islam Selangor. Hanya 12k untuk PhD. Saya dapat sv yang sangat baik. Syukur alhamdulillah. Kalau nak pilih sv, perlu kenal ramai professor dahulu. Yang paling penting ialah dapatkan sv yang pakar dalam bidang yang di kaji.

-Ali Abdullah-

Oleh itu, umur bukan halangan utama yang menyebabkan GAGAL untuk sambung master atau phd. Sekiranya ada permasalahan boleh hubungi kami terutaram bidang bidang pengajian Islam atau perundangan Islam KLIK SINI untuk bantuan pantas.

Apa yang penting perbetul niat kita untuk belajar untuk memberi sumbangan besar terhadap sesuatu masalah atau isu yang belum selesai seperti penggunaan bahasa jawi dalan agensi-agensi Islam ke, atasi kesesakan lalulintas yang paling tuntas ke, model atau cara berkesan untuk atasi perceraian ke, penyelesaian kepada harta beku di Malaysia yang sgt berkesan ke? dan banyak lagi yang anda boleh buat kajian untuk kebaikan generasi zaman sekarang ni.

Saya akhiri dengan dua (2) perkara penting sebelum sambung master atau PhD.

  1. Matlamat sambung PhD.
  2. Keinginan yang kuat.
    Kalau tiada salah satu tu, lupakan saja. Teruskan kehidupan anda sepertimana sekarang ni. Itu lebih baik.

Contoh kegigihan Dr. Damiri Md Sairi yang masih sempat memegang ijazah PhD pada umur 70 tahun, maka tiada alasan untuk kita merancang di usia muda untuk menjadikan suri tauladan sebagai pencinta ilmu.

Saya memegang prinsip bahawa kita belajar tidak akan pernah habis seperti lautan yang sangat besar kerana semakin banyak kita belajar rupanya banyak perkara yang kita tidak tahu.

Dr. Md Damiri Md Sairi (2023) beliau berusia 70 tahun boleh genggam PhD

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.