Dianggarkan RM90 billion harta orang Islam beku [laporan penuh kat sini] atau tidak dituntut setelah waris mati, adalah masalah serius bagi umat Islam di negara ini. Punca utama, tiada kesedaran atau ilmu pengurusan harta. Klu yg.biasa kita dengar alah dunia je semua tu ! tafsiran harta warisan dari nenek moyang mereka apabila sampai kepada mak bapak kita dianggap dunia je tu bkn boleh bawa masuk kubur?

Habis tu.. anak cucu merempak dan hutang keliling pinggang pulak mcmana, sedangkan moyang mereka dulu,seorang berpengaruh lagi berhartawan bila sampai kt anak cucu cicit mereka yang masih ada skrg hutang sana sini, merempak, merempit sana sini, kehidupan yg tak harmoni terutama umat Islam Melayu.

Golongan seperti itulah yg menokok tambah sampai RM90 billion harta orang Islam beku !

Ssh nak bawa bincang kalau pasal harta semasa ibu bapa kita masih ada (takut2 je bila sebut pasal tanah atau asset) bila berkumpul semua adik beradik ketika semua pulang berhari raya (tempuh jem 22 jam pun tak pa lagi walaupun perjalanan biasa hanya abik masa 4-6 jam je), akhirnya tahun bertahun, mak bapak tak de pun nk bincang apapun pasal harta ke, wasiat ke, hibah ke pembahagian sama rata ke apa ke ! akhirnya si ayah meninggal dulu walaupun umur masih muda atau kedua-duanya skali. [ hikmah, ada hari raya dalam Islam utk jumpa dan silatur rahim].. bkn Islam suh bincang pasal politik dan kerajaan buat apa tak betul !

Benda boleh runding dan bincang sesama ahli keluarga semasa semua masih ada. Kononnya kefahaman alah dunia! alah dunia bukan boleh masuk kubur ! Bila Nabi SAW dah pesan cam ni bkn nak abik faham betul2:

Nabi SAW bersabda: 

إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ 

Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia

Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas RA

Bukankah dah terang dan jelas hadis tu kpd semua umatnya, agar tidak meninggalkan waris-warisnya dalam keadaan kesusahan sehingga meminta-minta. Fahaman sesetengah masyarakat atau ibu bapa yang takut2 dan tak yakin nak bincang sebab kejahilan itu lah masalah besar utk urus harta.

Dianggarkan RM90 Billion Harta Orang Islam Beku

Akhirnya biar beku lebih RM90 billion cam tu..anak cucu, cicit merempak di negara sendiri. Pastu mula nk salahkan orang lain, kenapa cina dulu susah..skrg mereka kaya, sbb org bkn Islam lebih cepat uruskan bila ada kematian waris. Jauh beza dgn org Islam skrg ni, bila fahaman ooh harta tu dunia tak boleh masuk kubur, akhirat lebih penting ! Sudah2 lah beretorik dgn ajaran yg bkn dari Islam tu !

Fahami balik hadis tu dgn baik, kesian anak cucu atau cicit atau keturunan kita nanti. Pergi lah buat urusan secepat mungkin sebelum mata kita pejam selama-lamanya. Jgn tunggu kematian yang berlapis-lapis sampai ssh keturunan/darah daging kita nk buat urusan harta walaupun skit ke byk.

Isu RM90 Billion Harta Orang Islam Beku masih lagi tiada penyelesaian yang tuntas sebab kedegilan dan kejahilan ibu bapa, tok nenek, moyang kita pasal harta. Akhirnya menjadi pertumpahan atau perebutan dalam kalangan ahli waris iaitu generasi yang akan datang yg perlu hidup lagi. Kita makin terseksa di alam kubur sdg doa kita adalah semasa hidup “Wahai jiwa yang tenang”

Tak salah untuk kita bertanya utk selesaikan sebelum mata terpejam buatlah hibah, nk bahagi sama rata ke, wasiat ke, harta sepencarian ke..peringkat akhir faraid tu sebab kita dah tiada lagi kt dunia ni sehingga Allah SWT menetapkan kepada anak adam bahagian2nya supaya ahli waris tidak berkelahi. Tapi kebanyakkannya TIDAK PUAS HATI juga.

Contohnya, anak perempuan atau orang perempuan dapat skit. Sedangkan mereka byk berbakti utk mak bapak mereka, ketika sakit iaitu sumbangan tenaga secara tidak langsung, ada yg kena jaga suaminya dan anak-anaknya. Sedangkan anak lelaki berjauhan dan tidak pedulikan lagi bila mak bapak mereka sakit. Hanya nk tunggu harta saja ! Kita kena sedar, tak tahu bila kita sakit, bila kita mati. Disarankan buatlah hibah secepat mungkin boleh hubungi atau whatsapp KAT SINI atau apa2 bantuan ilmu pasal pengurusan harta agar harta kita tidak termasuk dalam RM90 harta beku.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.