Ada sesetengah penyelidik salah menggunakan dua tema ini kerana tiada pemahaman yang jelas apa itu induktif dan deduktif. Penyelidikan bermaksud buat siasatan saintifik untuk hurai sesuatu kejadian atau fenomena. Sekaligus sebagai menyumbang kepada ilmu baru. Bermacam-macam bidang keilmuan menghasilkan variasi dalam proses siasatan mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan bidang masing-masing.

Oleh itu, sesuatu penyiasatan dibuat itu mesti ada cara atau kaedahnya seperti induktif, deduktif dan abduktif.

Tiga contoh tersebut adalah kaedah penyiasatan yang sangat masyhur dalam kalangan penyelidik iaitu:

1. Induktif

Penyelidikan yang membuat generalisasi daripada pemerhatian terhadap kes-kes yang khusus.

Langkah-langkah yang digunakan seperti:

1. Kumpul data dilapangan

2. Menghubungkan data dengan idea untuk menghasilkan sesuatu tema

3. Mencadangkan hipotesis untuk menjelaskan dapatan

4. Menghasilkan teori.

5. Menyumbang kepada penghasilan ilmu baru.

Katakan, zeckry adalah seorang penyelidik, dia teringin nak kenal pasti ciri-ciri individu yang ada pengalaman gangguan saka. Zeckry akan memilih beberapa individu yang berpengalaman tersebut secara konsisten. Maka, zeckry kumpul data secara pemerhatian ikut serta, temu bual mendalam serta buat analisis dalam perubatan alternatif atau tradisonal atau konvesional. Zeckry mesti fokus kepada elemen gangguan saka.

Setelah zeckry kumpul data, dia menstrukturkan dapatan kajian itu dengan menghubungkan data-data dengan idea yang disokong melalui kajian lepas yang meluas, bina  tema, bina hipotesis untuk menghurai persoalan kajian. Daripada hipotesis kualitatif tu, zeckry membina teori yang menghuraikan ciri-ciri individu yang ada gangguan saka. Sekaligus menyumbang ilmu baru dalam bidang yang dikaji.

2. Deduktif

Deduktif adalah penyiasatan yang bermula dengan teori yang umum untuk menjelaskan kes-kes yang khusus iaitu pemilihan sesuatu teori untuk menjelaskan :

1. Fenomena yang dikaji

2. Membina hipotesis daripada teori tersebut dengan sokongan kajian lepas (kajian keperpustakaan).

3. Pengumpulan data di lapangan

4. Mengesahkan teori dengan dapatan kajian

5. Menghasilkan sumbangan baru dalam bidang dikaji

Katakan, zeckry ingin mengenal pasti ciri-ciri individu yang mengalami gangguan saka tadi. Dalam penyiasatan deduktif, zeckry ini memulakan kajian dengan cara berbeza iaitu :

1. Terlebih dahulu memilih teori sedia ada yang menghuraikan ciri-ciri pemimpin yang efektif.

2. Merujuk sorotan kajian lepas

3. Membina hipotesis bagi mencadangkan jawapan terhadap persoalan kajian.

4. Kumpul data di lapangan, kalau kuantitatif dengan soal selidik dan analisis dapatan.

5. Dapatan yang diperolehi mengesahkan teori yang digunakan daripada awal tadi terhadap konteks yang dikaji.

6. Penjelasan yang merumuskan teori umum terhadap kes khusus dalam kajian tersebut adalah sumbangan ilmu baru dalam bidang itu, dibangunakan secara penakulan deduktif.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.