
Kupasan penyakit ain boleh terkena melalui media sosial telah dibincangkan oleh netizen di media sosial, Jika dalam Ruqyah Syariyyah dikatakan bahawa penyakit ain dikatakan amat dasyat bahayanya apabila ia memberi kesan dan gangguan hebat kpd mental,emosi dan fizikal kerana ia adalah pandangan `mata iblis’ yg bersumber ‘hati kotor’ menyebabkan iblis menjadi ‘perumah’ pd hati tersebut sehingga mewujudkan kluster-kluster penyakit yg dinama seperti ar-Ran, as-Soda`,az-Zulumat, an-Nufus,al-Akinnah,al-Aghfal,as-Sayyiat dan al-Maut sehingga menzahirkan kluster-kluster penyakit yg menghasilkan nafsu jahat utk berfikiran negative atau jahat dgn tindakan al-Ammarah, al-Lawwamah, al-Mulhamah,al-Muthmainnah,al-Radiah dan al-Mardhiah, kemudian mewujudkan kluster-kluster penyakit hasad, sombong, sifat keAKUan, bakhil terpesong dari kebenaran Allah SWT yg dibawa oleh Rasulullah SAW dan kelakuan jahat kerana disebabkan sesorg itu dikuasai oleh iblis yg tlh menjadi perumah dihati itu tadi,
Kemudian keluar melalui mata (ain) yg mempunyai panahan beracun apabila memadang objek atau benda hidup. Inilah perbahasan yg disebut sebagai pandangan Iblis yg berpunca daripada penyakit ain. Maka jadilah mereka tentera-tentera Iblis atau Wali Syaitan yg tidak senang dengan kebaikan org atau kenikmatan org lain.
Berpunca kuasa maka telah disebut2 dalam Hadith Qudsi :
إِنَّ النَّظْرَةَ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ مَسْمُومٌ، مَنْ تَرَكَهَا من مَخَافَتِي أَبْدَلْتُهُ إِيمَانًا يَجِدُ حَلاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ” رواه الحاكم، والطبراني، وهو معدود في الأحاديث القدسية، فقد عده منها المناوي في كتابه “الإتحافات السنية بالأحاديث القدسية”.
“Pandangan mata adalah salah satu anak panah iblis. Siapa yang boleh menjaganya kerana takut kepada-Ku (Allah), akan Ku ganti dengan keimanan yang dapat ia rasakan kenikmatannya.
Oleh yg demikian, kluster-kluster penyakit tersebut yg menyelimuti atau menyalaputi diri seseorang itu sehgga merasakan hidup rasa serba tidak kena, tiada keimanan, tiada kesabaran atau dgn kata mudah “bertentangan” dengan fitrah seorang manusia atau insan kamil yg beriman dan bertaqwa. Inilah perjuangan diutuskan Nabi2 dan Rasul2 serta Wali Allah (Aulia Allah) untuk menentang Aulia as-Syaitan.
Bagaimana untuk mengubati punca-punca penyakit tersebut ? Ia akan bermula dengan ‘kekoyakkan’ lapisan kesedaran apabila ditimpa gangguan-gangguan seperti saka, sering bermimpi yg menakutkan, serangan2 fizikal, haid tidak teratur, pemarah, keluar perkataan yg jahat, tidak boleh melihat cermin dengan lama, sering sakit kepala dan sebagainya.
Secara umumnya ada gangguan dari segi emosi, perasaan dan fizikal sehingga memberi kesan kepada meruntuhkan kepentingan institusi kekeluargaan, perpecahan dalam msykt dan kerosakan dalam negara. Maka, jauhilah untuk berkontak rapat dengan mereka yg mempunyai penyakit2 tersebut kerana ia akan mewujudkan kluster-kluster baru seperti membawang, pencipta tuduhan, percaya berita palsu, netizen yg tidak beradab, hilang konsep budi dan bahasa, pemfitnah yg akhirnya memusnahkan msykt yg bangsa melayu dulu dikenali sebagai BUDIMAN.

Maka janganlah kau menyangka bahawa Syurga itu mudah jalannya.
Dan ingatlah, bahawa kedudukan tertinggi di dalam syurga itu buat penghafaz Al Quran
Ya Allah, jadikanlah kami daripada kalangan Ahli Quran”
Prof Syeikh Dr Isa Al-Ma’sarawy-
( Ketua Lajnah Tashih Al Quran Mesir )
Justeru, pintu-pintu kebaikan dan jalan-jalanNya telah terbuka lama dan dihidangkan kepada mereka yg mahu mengubah diri mereka dari terjebak dengan penyakit-penyakit dibincangkan tadi. Terpulang kpd sesorang untuk berfikiran jernih sama ada MAU atau TIDAK kerana Allah SWT tidak mengubah sesuatu kaum itu melainkan org itu sendiri yg mengubah dgn cara berfikiran jernih apabila menyedari simpton-simpton penyakit tersebut. Mereka akan berebut2 dalam kebaikan. Jauhilah dan lindungi diri dari penyakit ain dengan cara mengkaji al-Quran itu sendiri yg merupakan ubat yg plg utama.
Fikir yang baik
Cakap yang baik
Tulis yang baik
Kerana yang baik itu semuanya ibadah.Walaupun hanya sekadar “senyum” dan bersangka baik
Bibliografi :
[…] Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2018/07/08/kepentingan-institusi-kekeluargaan/ Kenapa Penyakit Ain Bahaya? Penyakit Ain Dalam Masyarakat Melayu Hasad : Tembok Besar Harus Dimusnahkan Bahaya Penyakit […]