Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu ibadah solat ini diberikan rukhsah. Rukhsah bermaksud suatu ketetapan hukum yang disyariatkan disebabkan satu keuzuran dan kesusahan. Rukhsah merupakan keringanan yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam melakukan amalan ibadah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu Muslim kerana sebab-sebab tertentu atau keuzuran. Di antara rukhsah yang Allah berikan kepada umat ini adalah dibenarkan untuk menjamakkan di antara dua solat dalam keadaan-keadaan yang tertentu.[1]

Maksud jamak dari segi bahasa ialah mengumpulkan atau kumpul. Manakala maksud jamak solat dari segi istilah mempunyai perbezaan maksud di kalangan para fuqaha yang terbahagi kepada dua pandangan. Pandangan yang pertama pandangan daripada Jumhur Fuqaha kecuali pandangan daripada mazhab Hanafi. Menurut mereka jamak solat merupakan menghimpunkan atau mengumpulkan dua waktu solat dilaksanakan pada satu waktu sama ada dilaksanakan secara taqdim contohnya solat Zuhur dan solat Asar yang dilaksanakan ketika waktu Zuhur. Atau pun jamak ta’khir apabila seseorang itu menunaikan solat Zuhur dan Asar dilaksanakan pada waktu Asar. Seperti juga menggabungkan antara solat Maghrib dengan waktu Isyak, akan tetapi solat Subuh tidak sah untuk dijamak pada mana-mana waktu solat.[2]

Selain itu, jamak bermaksud menggabung dua solat di dalam satu waktu. Iaitu menggabungkan solat zohor dengan solat solat asar dan solat maghrib dengan solat Isyak. Imam Al-Nawawi menyebut: “Mazhab kami (mazhab Al-Syafi’i mengharuskan jamak di antara solat Zohor dan Asar pada waktu yang dia suka dan juga solat Maghrib dengan Solat Isyak. Ini juga merupakan ijmak.” [3]

Seterusnya………….


[1] Mohammad Isyraf Ishak & Basri Ibrahim. (2020). Form of Rukhsah for Prayer in Critical Situation. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(4), 360-361.

[2] Hanan Ahmad Sukrii & Nurul Ilyana Muhd Adnanii (2020). Ta‘Lil Jamak Solat Mengikut Pandangan Empat Mazhab. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies. Vol. 17. No. 1. January Issue. Hlm 19.

[3] Laman Sesawang: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2020), Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 455: Hukum Solat Jamak Bagi Petugas Covid-19 dalam Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/249.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.