Sebelum ini saya menulis Macamana Nak Faham Makna Zat

. Bukan soal nak faham atau tidak masalahnya yang menyampai itu menyembunyikan yang haq atau tidak memahami ? Sebenarnya Manusia ini dijadikan Allah telah ditetapkan taqdirnya ibarat CD atau DVD di dalam Luh mahfuz (Plan Asas) semasa di alam ruh. Saya gunakan terma Matrix sebagai alam. Maka, kita semua telah tahu peranan masing-masing di dunia kelak. (Ilusi Matrix). Ada yang telah ditetapkan ada yang menjadi raja, panglima, perwira, wali allah (antara orang-orang yang agung di dunia) tidak kira sama ada pemimpin atau raja, manusia pilihan Allah Rasul, Nabi-nabi, Aulia Allah dan manusia biasa atau apa-apa saja.

Allah menjadikan alam ini (Ilusi) sebagai ujian bagi manusia ke satu alam yang lebih kekal abadi untuk ke alam yang lebih baik dari ilusi ini kita perlulah beramal dan memakmurkan sebaik mungkin Ilusi ini dan juga sebagai musafir untuk meneruskan perjalanan seterusnya.

Walaupun sukar untuk difahami, tapi mesti difahami bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rahmat sekelian Alam (semua alam lapisan-lapisan alam ) manusia ke apa-apa alam yang tidak terbatas] yang boleh merentasi Alam Maya, Matrix Ruh bahkan lebih dari Sidratul Muntaha dan disini juga timbul antara kepercayaan dan keyakinan kepada diri kita.

Percaya hanya pada benda yang wujud selagi tiada di depan mata kita dan takkan percaya walau ribuan kali pun kita cuba huraikan dan jelaskan, orang tetap tidak akan percaya sebab benda itu tidak wujud.

Tetapi, apabila benda itu ada, tapi bukan depan mata kita, kita yakin benda itu wujud, kita simpan di otak dan kita azam di hati yang kita hendak jumpa dan dapatkan benda itu, kalau kita faham maksud sesuatu benda  bermakna kita boleh menghuraikan dan melakarkannya dan setiap huraian itu tiada salah dan tiada betulnya jika di minta pada pandangan hati.

Tetapi sayangnya kita sering disogok dengan pendapat ulama hingga sekarang yang melarang kita memikirkan dan membicakan tentang Alam Roh atau urusan roh itu adalah urusan Allah.

Firman Allah:

وَيَسۡ‍َٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّي وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ إِلَّا قَلِيلٗا٨٥

Maksudnya, Dan mereka bertanya kepadamu (Ya Muhammad) tentang roh. Katakanlah: “Roh itu daripada urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Jika kita merujuk peristiwa Isra` dan Mikraj, kisah daripada perjalanan malam  Masjil Haram Ke Masjid Al-Aqsa (Isra`) manakala daripada Masjidil-Aqsa  Ke Sidratul Muntaha dan Seterusnya (Mikraj).

Menyembunyikan yang Haq atau tidak memahami

Ramai huraian dan tafsiran ulama bahawa roh itu adalah urusan tuhan dan kita tidak boleh membicara tentangnya.Memang kita tidak boleh membicarakan kalau hanya menggunakan akal kerana akal hanya menerima perkara yang logik sahaja kerana roh itu hati yang memandang kerana hati itu lebih mulia daripada pandangan mata kepala yang secara yang menzahirkan illusi itu hikmah Allah SWT pada awal surah Al-Baqarah pada ayat ketiga beriman dan yakin dengan perkara ghaib [luar mata kepala kita] dan hanya sedikit saja yang dapat pengetahuan tentang ini.

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ

Orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib.

Ada berpendapat  bahawa :

قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي

Bermaksud “perintah tuhanku” Allah memerintahkan ke atas Roh tersebut semasa kejadiannya dengan kekuasaaNya dari sinilah pengkajian ilmu dan pengembangan ilmu untuk kita mengenal pencipta, sama sekali kita tidak dapat melawan penciptaanNya walaupun manusia dicipta adalah hebat dan cantik berbanding makhluk lain dari segi zahir dari segi batin Begitu juga hebatnya Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Isra` Wal Mikraj.

Ruh adalah Amrullah (Perintah Allah atau makna lain urusan Allah) Golongan fiqh memegang makna urusan Allah iaitu kita tidak boleh mencampurinya golongan Fiqh dan Waliullah terkenal seperti Sheikh Abdul Qadir Jailani memegang tafsir Perintah Allah dan mereka berada perjalanan makrifat lebih memahaminya. Perkataan أَمْرِ   dari segi bahasa arab bermaksud PERINTAH.

Ketika diajukan pertanyaan kepada kita Siapakah Tuhanmu? Sebagai seorang muslim pastinya akan menjawab : Tuhanku adalah Allah. Jawapan itulah yang dikemukakan dan memang itulah jawapannya. Kerana memang tuhan kita adalah Allah SWT. dan barangkali hanya berhenti di sini, tanpa menyebutkan atribut lainnya. Barangkali demikian pula ketika kita ditanya tentang sesorang, Siapakah si fulan ? Jawapan kita pun sekurang-kurangnya kita hanya menyebutkan tentang namanya, mungkin ditambah sekolahnya, daerahnya dan sebagainya. Dapatkah kita menjawab siapakah si fulan dengan jawapan yang menggambarkan hakikat atau gambaran keperibadia tentang si fulan.

Al Qur’an sebenarnya telah memberikan kepada kita penjelasan yang jelas tentang tuhan. Bahkan di dalam buku-buku tauhid diajarkan tentang macam-macam tauhid : Ada Tauhid Uluhiyah (Pengesaan Ketuhanan) ada Tauhid Rububiyah (Pengesaan tentang tuhan pencipta dan pemelihara) Ada Tauhid Asma dan Sifat (Pengesaan Tuhan tentang af`al atau perbuatan dan sifatnya) dalam kandungan ini penulis juga akan menjelaskan teologi ketuhanan secara simple untuk melerai segala kekusutan yang begitu lama perbalahan di kalangan ulama-ulama terdahulu.

Hakikatnya,manusia diturunkan ke dunia adalah untuk menghambakan diri pada Allah,sehingga tiba satu masa kita akan kembali menemuiNya.Dalam proses kehidupan inilah manusia akan diuji Allah dengan segala nikmat dunia disinilah wujudnya Ilusi Matrix.

Kita ini hidup hanya dalam ilusi mimpi,hingga setelah mati dan dibangkitkan kelak barulah kita sedar.Manusia terikat dengan empat elemen kawalan matrix itu, kerana itu kita lihat segalanya realiti,tetapi sebenarnya itu hanya ilusi yang bukan bersifat hakiki.Untuk keluar dari alam fantasi umpama mimpi ini maka kita perlu bebaskan diri dari kawalan Matrix.

Untuk mencapai tahap itu kita perlu mengenal Allah (makrifatullah sebenar-sebenarnya).

Cara yang paling berkesan menerusi pegangan kita pada kalimah Toyyibah (dua kalimah syahadah) lalu diaplikasikan menerusi amalan kita, ingat bahawa segalanya kita lakukan kerana Allah.

Mencapai tahap makrifat kedua menerusi solat (yang khusyu`) dalam solat kita mengintai alam makrifat iaitu merasa gerun dengan Allah, kenal akan sifat-sifat Allah dan menyedari kita hanyalah hambanya yang lemah inilah yg dinamakan sifat ta’zim kita sebagai manusia dikerahkan Allah untuk berada di bumi (Ilusi Matrix) atas satu tujuan untuk patuh dan taat padaNya.

Oleh itu, bagaimana untuk membebaskan diri dari ilusi matrix. Apabila kita mengenali diri kita yang amat lemah sentiasa memerlukan bantuan dan pengharapan pada Allah untuk mencapai keredhaanNya.

Akhirnya benarlah jika kita benar-benar makrifatullah, maka wujudlah ketaqwaan hingga ke tahap keredhaan dan tidak ada lagi keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan sentiasa berlapang dada atas apa yang menimpa diri kita dan merasa hampir dengan Allah, ketika ini barulah terbuka pandangan mata hati dan melihat Matrix Ruh (Alam Ruh).

Justeru, Islam adalah agama yang suci yang mencorak adalah penganutnya kalau cantik, gemilang dan berkilau, maka baiknya dan sejahtera kesemuanya. Sekiranya berlaku kerosakan atau memburukkan imej itu bukan dari Islam tetapi dari penganutnya.

Islam beerti keamanan,apabila disebut ‘tamaddun’ Islam maka, apa-apa kreativiti hasil ciptaan manusia yang membawa manafaat kepada manusia maka ia dikategori sebagai keamanan iaitu tamadun Islam.

Menurut Nadirsyah Hosen (2016) Nabi Muhammad ibarat bata terakhir kepada sebuh rumah sebagai pelengkap.

Dalam makrifatullah atau spiritual, Nabi Muhammad adalah insan yang paling hampir bertemu Allah berbanding rasul-rasul sebelumnya sebab Rasulullah adalah KekasihNya, jadi secara teknikalnya jalan spiritual Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah yang paling mudah dan hujungnya adalah yang Haq.

Manakala bagi agama-agama lain jalan spiritualnya ibarat jalan atau jaringan lama yang penuh ‘bahaya’ walaupun nampak canggih kerana telah diubahsuai. Hal ini telah diterangkan oleh Al-Ghazali berdasarkan tafsiran Surah An Nur

نُّورٌ عَلَىٰ نُورٖۚ يَهۡدِي ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ٣٥ 

Jadi bukan semua teknologi atau peradaban perlu ditinggalkan kerana antara tujuan Islam adalah utk memurni dan membersihkan fahaman atau teori yang batil. Islam tidak menyekat kreativiti dan kreativiti adalah universal.

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah yang paling sempurna, mudah, ideal dan paling berkesan (amat saintifik dan direct)

Tafsiran dalam al-Quran memberi pelbagai makna yang penting dalam kehidupan manusia, spiritual, sains dan sebagainya.

Bukti Islam tidak hanya spiritual sahaja kerana konsep berjamaah, berorganisasi, bersosial dan pemerintahan yang cekap sebagaimana yang dijelaskan sebahagian besar dlm Al-Quran dan Hadith.

Tiada jalan singkat untuk mengenal zat Allah SWT dan memang tidak dapat dikenal pun sebab akal yang sangat terbatas.Diri sendiri pun tak kenal macamana kita nak kenal. Bagaimana dan cerita alam roh atau alam Rahim. Alam rahim yang kedua selepas kita menempuh alam roh. Masih ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah ambil tahu akan kewujudan alam rahim. Sepatutnya kita faham, rahsia disebalik alam rahim untuk kita menginsafi asal-usul kejadian diri kita dengan mengimbau kembali saat-saat kita dibesarkan di dalam alam rahim sebelum kita menempuh ke alam dunia.

Kalau kat alam nyata pun kita dah lupa contoh kalau saya tanya anda pada tahun 1980 jam 10 pagi anda pakai baju warna apa ? pakai seluar warna apa ? kat alam Rahim duk dalam perut mak tu tahun 1979 jam 8 pagi ibu anda makan apa masa tu..sehingga anda merasai makanan tu melalui placenta ? dapat ke kita jawab dan ceritakan ? usahlah nak tanya pasal perjanjian di alam roh dengan Allah ? kalau di alam syahadah sekarang ni kita dah banyak lupa ! Usahkan nak cerita di alam roh !

Rujukan :

Hasrul Hassan. (n.d.). Rahsia Disebalik Alam Rahim yang Kita Tidak Pernah Ambil Tahu Akan Kewujudannya. Retrieved April 21, 2021, from https://www.nukeufo89.com/2013/07/rahsia-disebalik-alam-rahim-yang-kita.html
Muhammad Soulhiey Zeckry. (2018, July 3). Macamana Nak Faham Makna Zat • Wacana Az-Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2018/07/04/macamana-nak-faham-makna-zat-tak-faham-lah/
Nadirsyah Hosen. (2016, May 1). Nabi Muhammad Bagaikan Batu Bata Terakhir. Redaksi Indonesia - Jernih, Tajam, Mencerahkan. https://redaksiindonesia.com/read/nabi-muhammad-bagaikan-batu-bata-terakhir-html

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net adalah Rakan Penyelidik Nusantara dalam pembangunan dan perkembangan kajian Sains Sosial , Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah di Nusantara. Selain itu, menyediakan Perkhidmatan & Perundingan Guaman Syarie dan Pengurusan Harta Islam. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.