Pak samad telah berkahwin selama 30 tahun. Peristiwa yg tidak dapat dilupakan ialah isterinya meninggal dunia kerana di gigit oleh anjing. Beliau sangat sedih dengan peristiwa tersebut. Masih terbayang-bayang kehidupan bahagia beliau bersama isterinya itu.

Selepas setahun kematian isterinya, berkata anak-anak kpd beliau. Abah kena kahwin, sebb siapa nak jaga makan minum ayah dan pakaian harian.


Pak Samad menjawab, selepas emak kamu semua. Tidak ada pengganti. Tidak sejuta kali tidak. Tiada yg dpt menandingi emak kamu.
Selepas dipaksa akhirnya pak samad akur dengan kehendak anak-anak setelah berfikir semalaman untuk membuat keputusan. Isterinya jugak yang difikirkan.


Anak sulung Pak Samad mencari seorng anak dara jelita utknya. Isteri mudanya itu sangat mengambil berat tentang keadaan Pak Samad. Makan minum pakai semua terurus. Pak Samad pun sgt suka hati dengan isteri barunya sehingga lupa isterinya yang dulu Allahyarhamah.


Selepas tiga bulan berkahwin, Pak Samad menyuruh anaknya yang sulung mencari lima ekor kambing besar utk disembeli lalu berkata ” Sekor sembelih dan bahagikan kpd fakir miskin.


Kambing yang kedua bahagikan kepada jiran.
Yang ketiga utk kamu adik beradik.
Kambing yang keempat utk aku dan mak muda kamu”. Berkata dengan senang hati.


Anak sulungnya hairan dan bertanya. ” Kambing yg kelima utk sapa wahai ayahku”


Menjawab Pak Samad ” Beri kpd anjing yang gigit arwah mak kamu. Aku berterima kasih kpd mereka. Anjing itu lebih memahami maslahah ku…

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.