Sejauhmana kebenaran Interfund (ITF) yang dikatakan memang bukan scammer, hanya yang tidak mengerti saja jumpa kebenaranya. Kisah Sharil dan Interfund (ITF) menjadikan memori hitam kerana terpedaya dengan iklan keuntungan yang tinggil melangit…Baiklah kita sambung kisahnya..

Setelah Sharil mendedahkan kepada Mr Z berkenaan Penipuan Interfund (ITF) dan kehebatan Interfund yang trusted masih ada lagi yang tertipu dengan hasutan dan terpedaya dengan profit yang dijanjikan melalui iklan serta dorongan daripada Consultance mereka dengan memberikan tangkap layar (screenshot) peserta yang pernah join dan berjaya, jika kita melihat penceritaan daripada Sharil pada posting lalu berkenaan dengan cara Interfund mempedayakannya, sudah pun jelas seperti TANPA ADA APA-APA PERJANJIAN, KELDAI AKAUN DIGUNAKAN, SYARIKAT MENGUTIP WANG SECARA SALAH dan MENGENAKAN CAJ TERSEMBUNYI.

Kali ini Sharil telah menceritakan kepada Mr Z mengenai modul operandi yang ketiga sebagai sambungan daripada modul operandi satu dan dua lepas.

Modul Operandi Ketiga : Setelah Sharil membayar pendaftaran hanya perlu menunggu sehingga 24 jam untuk mengetahui keuntungan..keesokkan harinya (awal pagi lagi) dikenali sebagai nama Irma ( bahagian Cashout & Withdraw) menghubungi Sharil untuk bagitau bahawa trade dah siap laburan yang semalam tak sampai pun 24 jam, Sharil deposit kira-kira waktu petang dalam jam 6 petang kemudian jam 9 pagi keesokan sudah dapat profit dan boleh lihat lah jumlah keuntungan kita berapa dalam akaun trade Sharil.

Lalu Irma suruhlah kita tengok jumlah tersebut melalui akaun pelaburan yang dicreatekan oleh Puan Hidayah, dalam akaun tersebut memang teruja begitu banyak sehingga Sharil terpedaya dan sekaligus mendorongnya untuk cashout lah…kalau labur modal RM1k boleh untung sampai RM25k lagi tu, tak sampai 24 jam, (dalam hati Mr Z hebat juga diorang create sistem untuk meyakinkan pendeposit).

Modus Operandi Keempat : Meminta untuk membayar fee kepada trader sebanyak 13% sebagai bayaran pengurusan akaun pelabur sebelum dapat membuat (cash-out).

Disebabkan keterujaan Sharil tadi bila tengok puluhan ribu keuntungan lalu Irma (bhg cashout & witdhdral Interfund), maka Sharil bersetuju lah untuk cashout..kemudian Irma bagi pihak Interfund (Malaysia) Sdn Bhd mengeluarkan penyata ringkas yang mengandungi butiran caj komisen Trader yang dilakukan oleh MUHAMMAD HALIF AIDIL BIN MUHAMAD FAUZI (RHB : 15407700084251) bagi akaun trade Sharil yang mengenakan caj sebanyak 13% daripada keuntungan yang diperolehi katakan akaun Sharil mendapat profil RM25,280x 13%=RM3,286.40 (Caj trader), tetapi dalam penyata tersebut dimaklumkan agar Sharil membuat bayaran ke akaun yang diberi oleh customer service iaitu bernama MUHAMMAD HALIF AIDIL BIN MUHAMAD FAUZI (RHB : 15407700084251) semasa Sharil deposit sebelum ini RM1k (wang pelaburan),

Kononnya, apabila membayar caj tersebut sebanyak RM3,286.40. Maka pihak Interfund (Malaysia) akan withdraw  sebanyak RM25,280.00 ke dalam akaun bank Sharil yang diisi semasa pendaftaran. Ketika itu, Sharil kata kenapa tidak tolak terus je bagi yang bersih kepadanya, Irma tu gitau tidak dapat dari profit tersebut sbb sistem dh lock duit itu, semua boleh trus cashout ke bank owner shj. Kiranya trader tu lah yang akan uruskan untuk transfer dan letakan kt Reference dan payment detail username akaun trade kita (yg dicreate oleh Puan Hidayah).

Apabila Sharil tanya kenapa bukan pada akaun syarikat ? Irma : klu trade sendiri bank in ke bank ITF, utk yg nak trader tlg trade sila bank in kpd bank trader si Muhammad Halif Aidil Bin Muhamad Fauzi tu lah. So, Sharil ni termimpi-mimpi dengan hasutan profit kira-kira 25k akan dapat bila dia bayar caj trader tu sebanyak RM3,286.40, lalu Sharil bayarlah caj tersebut sebab dah teruju sangat dapat cashout terus bila bayar caj trader tu…..setelah bayar sebanyak tu, tiba-tiba2……………………………………BERSAMBUNG…..apa akan jadi ? Tunggu posting seterusnya….

Baca kisah Sharil pada posting lalu :

Penipuan Interfund (ITF)

Hebat Keuntungan Melabur di Interfund (ITF)

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

One thought on “Sejauhmana kebenaran Interfund (ITF)”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.