Scammer

Kisah Sharil dengan penipuan Interfund, kali ini Sharil mendedahkan mengenai modus operandi kepada Mr Z, pada catatan lepas semakin ramai yang memberikan respond dalam INFO SCAMMER MALAYSIA di Facebook bahawa ramai yang mengadu dan menjadi mangsa scam bagi Syarikat Interfund (Malaysia) Sdn.Bhd ada yang mengatakan tanpa apa-apa perjanjian diberikan sebelum ‘bakal pelabur’ mendeposit kemudian bila dah setel dan mendapat keuntungan yang dijanjikan terus dikenakan bayaran itu dan ini untuk cashout.

Apapun Sharil cuma bongkarkan segalanya atas pengalaman sebagai ‘mangsa’ penipuan syarikat yang sangat meragukan sebenarnya. Tanpa pembongkaran di sini maka lebih kenyang lagi lah scammer buat kerja yang merosakkan umat Islam.

Berbalik kepada cerita Sharil dalam catatan ini adalah mengenai modus operandi yang digunakan oleh syarikat Interfund (ITF) untuk mengutip wang secara haram dengan mempedayakan seseorang secara salah. Catatan modus operandi PERTAMA telah didedahkan pada posting Hebat Keuntungan Melabur di Interfund (ITF) (gajah dalam hutan pun terkejut kalau dia tahu keuntungan sebegini ! -gurauan Sharil kt Mr Z-).

Baiklah modus operandi KEDUA iaitu :

KEDUA : Meminta untuk mendeposit seperti kehendak pihak pelabur

Sambil Pn Hidayah (moga dapat mendapat hidayah tidak terlibat lagi sebagai scammer yang bersubahat dengan Interfund) berwhatsApp dia iringi dengan resit transfer keuntungan pelanggannya dan meminta kita mengisi Full Name, IC Number, Bank, Bank Account, Plan dan No.Telefon melalui whatsApp saja lalu Pn Hidayah teks mesej ” daftar xya byr, time nk join wat bayaran, bg detail sy dftarkan akaun,pastu sy guide nk wat camna”.

Setelah diisi semua tu maka, Puan Hidayah tu createkan akaun pelaburan kita dan kita boleh login di https://myinterfund.com/login.html dengan Username dan Password yang diberikan setelah siap akaun pelaburan kita dicreate dan kita login dan suruh kita check betul atau tidak profile kita. Masa ni, TIADA APA-APA PERJANJIAN antara Syarikat Interfund (Malaysia) Sdn Bhd dengan Sharil.

Kemudian, bila dah akaun yg dibuat tadi semua betul, disinilah pelabur akan mendepositkan mengikut plan-plan yang kita pilih dan Puan Hidayah (harap dapat petunjuk) pesan “klu nk wat bayaran bg tau sy baru sy cek status trader siapa yang free skrg sambil, lalu diberikan no. peribadi bernama atas nama MUHAMMAD HALIF AIDIL BIN MUHAMAD FAUZI (RHB : 15407700084251) untuk disalurkan deposit pelaburan. Sebenarnya kat sini Sharil dah rasa tak berapa sedap hati dah…dalam hati “kenapa guna akaun peribadi tidak guna akaun bank Syarikat Interfund (M) Sdn Bhd sendiri”…

Tapi malang tidak berbau lalu Sharil pun transferlah deposit sebanyak 1k mengikut pakej B yang ditawarkan keuntungan sekitar RM10,500 hingga RM22,500 dari akaunnya ke akaun nama MUHAMMAD HALIF AIDIL BIN MUHAMAD FAUZI (RHB : 15407700084251).

Bila ditransfer dia pun suh kita check lah akaun pelaburan yang dikemaskinikan dengan modal yg kita transferkan tadi. Setelah disahkan kemaskini. Puan Hidayah mesej, “Sila wasap bhg cashout Pn Irma 014-754 0037 untuk process cashout esok pkl 12 tgh ari, bg tau plan mna yg tuan/puan ambil td”, dan pesan ulangan “ws esk sblm pkl 12 tgh ari“. Maka selesailah kerja Puan Hidayah sebagai Consultance Interfund (ITF) dengan menggunakan No.WhatsApp : 014-7539925 setelah Sharil mendepositkan sebanyak RM1k dan dikira selesaikan Sharil berurusan dengan Puan Hidayah Consultance Interfund.

Apa-apa whatsApp kita lepas tu memang tiada respond lagi dah…tulis banyak2 nak minta refund balik ke apa..dia akan berdiam saja. Tapi dia tidak block whatsApp kita supaya kita YAKIN dengan Syarikat Interfund tu…dia tetap beronline saja…cuma kita teks dia xde reply apa2 lagi dah….– BERSAMBUNG MODUS OPERANDI KETIGA-

Bacaan sebelumnya :

Hebat Keuntungan Melabur di Interfund (ITF)

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

7 thoughts on “Penipuan Interfund (ITF)”
  1. Yg dah terkena tu, muhasabah diri ja la mungkin Allah nak uji kesabaran kita. Utk depa scammer ni, aku tunggu kat padang mahsyar nanti la utk claim pahala depa. Memang aku tak akan maafkan syaitan2 ni semua, Nama ja Islam tpi…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.