Malaysia Mengundi PRU-15

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November ini (Sabtu). Tahun ini dikatakan seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada pilihan raya umum kali ini, melibatkan kali pertama undi 18 tahun dan pengundi baharu automatik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November ini (Sabtu) sebagai hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ia turut meliputi pilihan raya serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah (Maisarah Sheikh Rahim, 2022) .

Bagi pengundian awal pula, tarikh 15 November dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU15 adalah 14 hari. Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU14 adalah 11 hari manakalah PRU13 pula adalah 15 hari. Apabila dikatakan berkempen ia memerlukan kepada akhlak berkempen pilihanraya, adakah calon-calon yang akan bertanding PRU-15 sudah habis baca buku yang berjudul “Tuntutan Akhlak Mulia Dalam Kehidupan” ditulis oleh Prof.Madya Dr. Abdul Munir Ismail yang ada sembilan bab yang mengajak umat Islam untuk memenuhi tuntutan individu berakhlak terhadap keperibadian, keluarga, sosial, alam sekitar dan kenegaraan yang termasuk dalam akhlak ketika berkempen pilihanraya.

Sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam, pasti sirah Rasulullah SAW adalah ikon untuk diikuti. Sebelum ini, zeckry telah mencoret di http://zeckry.net/2021/10/05/akhlak-dalam-berkempen/

Rujukan

Muhammad Zeckry. (2021, 0). Akhlak Dalam Berkempen • Wacana Zeckry. Wacana Az-Zeckry. http://zeckry.net/2021/10/05/akhlak-dalam-berkempen/

Maisarah Sheikh Rahim. (2022, October 20). Malaysia mengundi 19 November. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/malaysia-mengundi-19-november/

Maisarah Sheikh Rahim. (2022, October 20). Malaysia mengundi 19 November. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/malaysia-mengundi-19-november/
Mohd Ayop Abd Razid. (2018, May 2). Patuhi peraturan, etika berkempen. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/05/419738/patuhi-peraturan-etika-berkempen

By Muhammad Soulhiey Zeckry

Merupakan seorang pengkaji, penulis dan pendakwah yang sentiasa mencari cahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.