Menurut Nazurah Hassan (2021), kisah tular seorang social media influencer yang terkena penyakit ain yang berpunca daripada sering berkongsi berita dan kegembiraan dengan kenalan serta pengikut di media sosia iaitu Instagram dan Facebook. Namun, penawar penyakit ain jarang dibincangkan dalam masyarakat mereka lebih fokus kepada sihir atau gangguan jin.

penawar penyakit ain
penawar penyakit ain

Tulisan lepas, saya telah bahaskan dua jenis penyakit yg menghalang diri jadi lesu dan kusam. Sekarang, saya akan membincangkan beberapa sebab mengapa penyakit ain penting untuk dirawat. Pertama, satu-satunya kaedah sebenar memusnakan penyakit ain adalah dengan mendapatkan ilmu dan penawar yang perlu digunakan dan diamalkan. Kedua, saya fikir penawar penyakit ain boleh digunakan dengan kaedah yang dapat meluangkan masa yang diperlukan. Ketiga, dan yang paling penting, dikatakan seseorang cenderung untuk merawat penyakit sekitar 5% daripada apa yang mereka baca dan dengar. Lebih-lebih lagi, jumlah itu meningkat sehingga 95% apabila ada semangat dan kesungguhan untuk berubah. Kesimpulannya, penjelasan susulan rawatan penyakit ain adalah kunci untuk menguasai hidup yang lebih harmoni dan positif.

Kaedah Rawatan Penyakit Ain

Namun demikian, metode ruqyah sering dipakai dalam Islam untuk menyembuhkan jiwa-jiwa yg dikotori oleh jin. Lazimnya disebut sebagai penjagaan diri terhadap serangan-serangan jahat dari luar yg berlebih bersifat ghaib. Oleh kerana penyakit ain bersifat ghaib, maka rawatannya dikenali sebagai ruqyah syari`iyyah yakni bacaan atau jampi-jampi yg digunakan adalah ayat-ayat al-Quran, sunnah-sunnah Nabi (baca selawat) dari lafaz-lafaz yang dapat difahami dan tidak mengandungi kesyirikan kepada Allah s.w.t. Kaedah ruqyah syar`iyyah bertujuan untuk penyembuhan dan penawarnya. Setiap penyakit ghaib atau misteri seperti histeria, saka, sihir, nafs, nazrah, saf`ah dan ghibtoh mempunyai kaedah tersendiri yang dilakukan oleh mereka yg berkemahiran dan berpengalaman.

Dalam memahami penyakit yg ada dlm hati, kebanyakan aulia Allah berpendapat, bahawa timbulnya hasad, ain, sihir,dan gangguan jin ini adalah disebabkan hati kotor dari sudut maknawi yang mesti disucikan dengan zikrullah atau selawat. Apabila hati itu dibiarkan kotor. Akhirnya gelap dan berkarat, kemudian iblis membina istananya. Umpamannya tempat yang kotor itu disukai oleh lalat. Setelah iblis membina istana dan menakluknya, maka timbul penyakit-penyakit mazmumah seperti berdengki, memfitnah atau memusuhi org dan seumpamanya (baca gelapnya hati pd tulisan lepas).

Kesimpulan

Ringkasnya, penyakit ain mesti dirawat dengan segera. Hal ini kerana ia menjadi penghalang kepada jiwa yang positif. Maka, perlu kepada penawar penyakit ain ini (boleh dapatkan penawar yg diruqyahkan (KLIK DISINI) untuk diangkat atau dihalang oleh mata-mata jahat yg terhasil daripada jiwa atau hati yg kotor kemudian jin mengambil alih seseorang utk memusuhi sesama umat Nabi s.a.w.

Rujukan

Muhammad Soulhiey al-Zeckry. (2020). Gelapnya Hati • Wacana Zeckry. http://zeckry.net/2020/06/01/gelapnya-hati/
Nazurah Hassan. (2021, September 14). Apa Itu Penyakit ’Ain? Ini 6 Tanda & Kesannya Perlu Tahu. https://siraplimau.com/apa-itu-penyakit-ain-tanda/
Salahuddin Sunan Al-Sasaki. (2019). Rahsia Ruqyah Syar`iyyah: Mengupas Lebih Dalam Tengan `Ain Sebagai Pandang Jahat. Pustaka Ruqyah.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.