Kerukunan hidup orang Melayu dulu dan kini

Kerukunan hidup orang Melayu adalah berteraskan nilai dan etika Islam seperti bersopan santun, bersangka baik, memberi pertolongan, menjaga kerukunan dan saling menghormati. Nilai dan etika itu kebelakangan ini kelihatan semakin terhakis akibat perkembangan gaya hidup seperti yang dipancarkan dalam media sosial. Penggunaan media sosial seperti Blog, E-mel, Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter dan sebagainya membolehkan penyebaran berita palsu, penipuan atas talian, jenayah siber dan sebagainya berlaku secara berleluasa sehingga ia menjadi gangguan dan ancaman kepada kerukunan hidup seharian.

Sejauh manakah nilai dan etika masyarakat Melayu di atas boleh mengekang penyalahgunaan media sosial tersebut….

Konflik Etnik Dan Ras

Pada umumnya, terdapat tiga kumpulan kaum utama yang membentuk masyarakat Malaysia iaitu Melayu. Cina dan India. Disamping tiga kumpulan etnik ini, terdapat pula kumpulan minoriti seperti Orang Asli. Punjabi, Serani dan lain-lain. Kehadiran tiga kaum ini dan kaum-kaum lain telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini.

Walaupun mereka menetap di sebuah negara yang sama, namun ketiga-tiga kaum masih mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri. Kesetiaan setiap kaum dalam masyarakat berbilang banga terhadap budaya masing-masing telah menimbulkan kesulitan untuk membentuk satu budaya perpaduan nasional di Malaysia. Oleh yang demikian, kepelbagaian adat resam dan budaya dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia terus kekal. Ini jelas terbukti melalui berbagai-bagai jenis perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Malaysia pada ini. (Ibrahim, 2007)

Kefahaman tentang konsep bangsa dan etnik dalam hubungan sosial dan budaya adalah salah satu elemen penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang baik dalam negara yang mempunyai pelbagai budaya. Pengetahuan ini adalah berguna untuk membantu seseorang bagi memahami tentang budaya setempat. Oleh itu, tanpa penyerapan kefahaman ini boleh memusnahkan sesebuah negara kerana kes penghapusan etnik yang sentiasa menjadi isu dan permasalahan dunia pada saat ini misalnya penghapusan etnik Rohingya oleh Kerajaan  Myanmar.  Etnik Rohingya adalah  etnik  minoriti  yang  duduk  di wilayah  Rakhine,  Myanmar  Barat,  berbatasan  dengan  Bangladesh. (Abdul Halim Sidek, 2016)

Justeru, persefahaman dan bermuafakat akan mencerminkan keperibadian mulia dan ketamadunan sesebuah negara, bermula dari sikap toleransi dan keterbukaan seterusnya dapat bersama-sama mempertahankan ancaman luar yang boleh menggugat keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Peribahasa menyebut: “Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat”.

Tugasan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kepelbagaian bangsa dan etnik serta hubungannya dengan aspek sosial dan budaya. Penulis akan menjelaskan konsep bangsa dan etnik, juga konsep etnik dalam hubungan sosial dan budaya. Disamping itu menganalisis sebab-sebab berlaku perkauman dan etnosentrik yang membawa kepada pergaduhan dan memberi pendapat untuk mengelakkan konflik ini terus berlaku.

» Read more

1 4 5 6