Amen Ameen..ameen..

Ya Allah Yang Maha Mulia..Limpahkanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW. yang memiliki cahaya untuk menghilangkan kelupaan dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah,Muliakanlah kami dengan mengurniakan cahaya kefahaman dan keilmuan, hikmat dan akal yang cerdas lagi tajam dengan berkat nama-nama dan sifat-sifat Engkau yang maha Agung sebagaimana Engkau anugerahkan kepada Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman AS.

Sesungguhnya kami menyerahkan kepada Engkau apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Maka kembalikanlah (peringatan)  itu semula kepada kami… apabila kami memerlukannya dan janganlah Engkau menjadikan kami melupainya. Ya Allah ajarilah apa yang kami tidak tahu dan ingatkan kami apa yang kami telah kami lupa agar cahaya kebenaran itu sentiasa jelas dilihat oleh mata akal dan mata hati kami.

Ya Zal Jalali Wal Ikram, dengan kebenaran Fatihah dan dengan rahsia yang terkandung dalam Al Fatihah, Ya Allah Tuhan Yang melapangkan kedudukan dan Yang menghilangkan kesedihan…. hilangkan segala kegelisahan dan rasa bingung dalam memahami segala rahsia pengetahuan yang diberikan kepada kami…

Wahai Zat yang Maha Suci… yang mengampuni dan mengasihi para hambanya, Wahai zat yang Maha pemusnah segala Bala yang datang mengejut lindungilah kami dengan sekuatnya, Ya Allah Tuhan Yang Maha kasih sayang kepada hamba-hamba engkau yang ada di sini..,

Ya Aziz..Ya Jabbar…yang menghindarkan segala bala, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih yang menolakkan segala bala, Ya Allah yang menjauhi bala, tolakkanlah dari kami malapetaka, bala, wabak penyakit, fitnah dunia, bencana, kekejian, kemungkaran, persengketaan yang bermacam2 sudut, kekejaman dan peperangan, ketidaksefahaman…sama ada jelas dilihat dan yang tersembunyi dalam negara kami khususnya dan dalam negara kaum muslimin pada umumnya, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

“Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah dan dipuja..dipuji melainkan Engkau Ya Allah, kepada Engkau lah kami bertawakkal, dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung,….Apa sahaja yang Engkau kehendaki tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku…tetapi anugerahilah kami keistimewaan yang dapat mengetahui apa yang orang lain tidak tahu dan apa yang akan berlaku sebagaimana Engkau anugerahi kepada Saidina Musa dan Saidina Khaidir AS

Ya Allah…Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Engkau yang maha tinggi lagi maha agung. Kami bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.

Kami memohon perlindungan kepada Engkau yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, kami memohon perlindungan dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah sama ada ia adalah halus atau kasar dengan kuasa yang maha agung engkau…

Tabbala Allahu Minna Wamin Kum..

 

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.