Bahaya penyakit ain tanpa disedari telah dikupas secara kasar dari mana akar umbinya/sumber utama/punca utamanya kerana al-ain adalah benar dan mengikut perguruan Ruqyah Syariyyah mengatakan bahawa penyakit ain secara kasarnya adalah berpunca daripada HASAD, maka ia dikategorikan dalam penyakti Hasad. Walaupun sesetengah mengatakan penyakit ain ini kurang dalam msykt melayu, penulis tidak bersetuju, sebenarnya ada berlaku cuma kita x perasan sbb x banyak kajian yang jelas dalam jurnal atau buku-buku atau ulama kita di Malaysia kerana perbincangan menumpukan kepada Ma`nawi (yg xblh dirasai olh pancaindera) kecuali yg mahir dalam bidang Ruqyah Syariyyah yg menumpukan kpd Hissi (yg blh dirasai olh pancaindera sprt dicuim, disentuh, blh dimkn sprt penggunaan madu, habbatu sauda`, minyak zaitun, dedaunan (herba) atau buah2an.)
Sesungguhnya, penyakit ain ini sebenarnya lebih dasyat daripada 2 penyakit lain iaitu Sihir dan Gangguan (al-Mass). sehinggakan timbul satu persoalah bolehkah bayi yang baru lahir tidak dibenarkan untuk dipertontonkan kepada umum seperti di Facebook.
Larangan sedemikian mungkin disebabkan bimbang bayi berkenaan terkena penyakit ‘ain. Sebelum menjelaskan lebih lanjut akan hal itu, perlu difahami mengenai definisi penyakit ‘ain.
‘Ain ialah sejenis penyakit disebabkan pandangan mata.
Orang dengki dan jahat, dengan sebab pandangan matanya saja sudah cukup untuk mengenakan orang yang dipandangnya dengan sesuatu penyakit.
Pandangan yang disebabkan kagum dan teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ‘ain mengikut Ibn Hajar al-‘Asqalani. (Lihat Fath al-Bari, 10/200)
Sebagaimana yang berlaku kepada Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain setelah dipandang oleh Amir bin Rabi’ah.
Dalam sebuah hadis, daripada Amrah daripada ‘Aisyah RA berkata: “Pada suatu ketika Nabi SAW masuk rumah. Tiba-tiba Baginda mendengar anak kecil menangis, lalu Baginda berkata yang bermaksud: “Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubatinya daripada penyakit ‘ain?” (Riwayat Ahmad, no 24442)
Terdapat juga sebuah hadis lain mengenai hal itu antaranya yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW mengarahkannya (iaitu Aisyah) untuk mengubati dirinya daripada penyakit ‘ain.” (Riwayat Muslim, no 2195)
Menurut Ibn al-Qayyim: “Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain tanpa hanya dengan penglihatan.
Bahkan kadangkala ada orang buta, kemudian diceritakan mengenai sesuatu kepadanya lalu jiwanya boleh menimbulkan ‘ain walaupun dia tidak melihat sesuatu itu. Ada banyak penyebab yang boleh menyebabkan terjadinya ‘ain, hanya dengan cerita tanpa melihat.” (Lihat Zad al-Ma’ad, 4/149)
Ini bermakna, ‘ain boleh berlaku hanya dengan perasaan tanpa melihat seperti melalui televisyen dan gambar.
Hakikatnya tidak ada larangan secara khusus untuk memuat naik foto bayi di dalam media sosial atau dipertontonkan kerana dibimbangi terkena penyakit ‘ain.
Ini kerana penyakit ‘ain boleh berlaku kepada sesiapa saja dan pada bila-bila masa secara berdepan atau melalui gambar.
Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlu mengambil serius beberapa hal berikut:
1. Bagi mereka yang mungkin boleh memberi penyakit ‘ain kepada orang lain, seeloknya mendoakan keberkatan (ucap Barakallahu fik atau tabarakallah) kepada seseorang yang dikaguminya apabila melihat.
Ini adalah berdasarkan saranan Nabi SAW dalam hadis Abu Umamah. (Riwayat Ibn Majah, no 3509)
2. Bagi mengelakkan dan melindungi bayi terkena penyakit ‘ain, bacalah doa yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada dua cucunya, Hassan dan Hussain yang bermaksud: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.” (Riwayat al-Bukhari, no 3371)
3. Tidak melakukan sesuatu yang syirik dan khurafat bagi mengelakkan terkena ‘ain seperti meletakkan gunting dan memakaikan tangkal kepada bayi.
Oleh itu, secara kasarnya gangguan ketiga penyakit induk ini iaitu : Hasad, Sihir dan Gangguan (al-Mass) sebagaimana disebutkan dalam perbincangan Hasad : Tembok Besar Harus Dimusnahkan mempunyai kaedah dan saranan secara Maknawi dan secara Hissi gabungan 2 kaedah tersebut memberi manfaat kepada yang ditimpa penyakit tersebut dgn syarat keyakinan dr org yg diruqyahkan juga, apabila org yg diruqyah (Marqi) meyakini bahawa dengan al-Quran yg dibacakan akan mendatangkan keberkatan, Insyallah blh pulih.
Oleh yg demikian, penyakit ain ini wujud dalam kalangan msykt melayu sebenarnya cuma dimasukkan dalam penyakit hasad. Sehingga org melayu menggunakan nama hasad dengki. Padahal Hasad berasal dari perkataan arab bermakna dengki/iri hati tetapi dikuatkan dengan perkataan ‘dengki’ ibarat perkataan penguat seperti gunung-ganang, gelap-gelita, bukit-bukau untuk menjelaskan punca dari HASAD ini menimbulkan kluster-kluster lain seperti sombong,bakhil, malas beribadah, kenapa haid tidak dtg, sihir, gangguan jin/hantu/iblis, saka, pendeknya bertimpa2 penyakit hati sehingga penampakan kepada penyakit jasmani. Maka, dari hasad yg menjadi penyakit induk ini kenapa ? sebab bermula dari jalan cerita penciptaan Nabi Adam AS yg amat dicemburui oleh Iblis laknatullah, kemudian apabila al-Quran menceritakan lagi kisah Qabil dan Habil yg bermulanya agenda si Iblis laknatullah.
Walau bagaimanapun, ketiga penyakit ini msykt kita tidak mengambil serius (utk perlindunga) melainkan apabila mereka ‘merasai’ dan melalui ‘gangguan dalaman/ma`nawi seperti ketakutan tiba-tiba, cemas, cuak, tidak blh tgk cermin lama2 dan sering bermimpi yg buruk atau pelik-pelik sekaligus ini telah menganggu jaringan kehidupan yg tenang dan sejahtera sama ada dari segi rohani dan jasmani. Sedangkan dalam ilmu tasauf atau spritual/sufism terus membincangkan kepada akar umbi penyakit hasad ini berpunca daripada hati yg kotor, penulis telah membincangkan sebelum ini dalam gelapnya hati.
Justeru, apabila mereka ditimpa gangguan tersebut mereka akan sedar bahawa dirinya siapa? saat itulah hati mereka mula mengupas ‘kesedaran’ satu persatu mengikut sejauh mana kita berfikir untuk menuju jalan kebenaran iaitu membetulkan aqidah yg suci kepada Allah SWT dan mahu berada dijalanNya dengan mahu belajar mengaji, mahu solat atau mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mencintai kelas-kelas ilmu agama di masjid atau di surau sbg langkah untuk berdamping alim ulama` bukan lagi dengan iblis/syaitan/jin yg sering membawa kpd kelalaian kpd Allah SWT.
Pendek kata, hilang keegoan dgn manusia dan Allah SWT maka bermulalah sifat tawadu` (rendah hati), ikhlas, sabar suka kepada kebaikan atau menzahirkan sifat-sifat mahmudah (terpuji). Mereka akan bertekad untuk menjadi insan kamil atau hamba Allah SWT yg sebenarnya bukan lagi kepada hamba syaitan, hamba iblis dan berperangai atau sifat keiblisan lagi.
Bibliografi
[zotpress items=”{5090062:APHX6J8U},{5090062:H6WKTE4Q},{5090062:XPNIVHRR}” style=”apa”]
[…] asc http://zeckry.net/wp-content/plugins/zotpress/ Kenapa Penyakit Ain Bahaya? Penyakit Ain Dalam Masyarakat Melayu Hasad : Tembok Besar Harus Dimusnahkan Bahaya Penyakit Ain Tanpa Disedari Gelapnya Hati […]
[…] http://zeckry.net/2018/07/08/kepentingan-institusi-kekeluargaan/ Kenapa Penyakit Ain Bahaya? Penyakit Ain Dalam Masyarakat Melayu Hasad : Tembok Besar Harus Dimusnahkan Bahaya Penyakit Ain Tanpa Disedari Gelapnya Hati […]