Persoalan yang perlu dijawab oleh diri sendiri…”Perlukah Kita Berselawat”, Kenapa dan mengapa PERLU ? Sebelum kita meneruskan perbincangan Perlukah Kita Berselawat, Penulis melihat statistik mengenai agama terbesar yang dianuti oleh umat dunia sebagaimana dilaporkan oleh Data Pew Research Center

mengatakan agama terbesar di dunia 2020 adalah k seperti berikut :

ReligionAdherentsPercentage
Christianity2.382 billion31.11%
Islam1.907 billion24.9%
Secular[a]/Nonreligious[b]/Agnostic/Atheist1.193 billion15.58%
Hinduism1.161 billion15.16%
Buddhism506 million5.06%
Chinese traditional religion[c]394 million5%
Ethnic religions excluding some in separate categories300 million3%
African traditional religions100 million[1.2%
Sikhism26 million0.30%
Spiritism15 million0.19%
Judaism14.7 million[7]0.18%
Baháʼí5.0 million[8]0.07%
Jainism4.2 million0.05%
Shinto4.0 million0.05%
Cao Dai4.0 million0.05%
Zoroastrianism2.6 million0.03%
Tenrikyo2.0 million0.02%
Animism1.9 million0.02%
Neo-Paganism1.0 million0.01%
Unitarian Universalism0.8 million0.01%
Rastafari0.6 million0.007%
total7.79 billion100%

Perlukan kita berselawat ?

Seandainya umat Islam seluruh dunia bersolat 5 kali sehari semalam bermakna mereka menyebut nama Muhammad SAW dalam solat seperti berikut:

Subuh 1x tahiyyat =1.907

Zuhur 2x tahiyyat=3.814

Asar 2x tahiyyat=3.814

Maghrib 2x tahiyyat=3.814

Isya` 2x tahiyyat=3.814

Jumlah Tahiyyat = 17.163 Billion

Ini menunjukkan sebanyak 17.163 Billion dibaca oleh umat Islam baca dalam masa 5 kali sehari semalam pada solat wajib..Ini tidak termasuk umat Islam yang membaca selawat dalam solat-solat sunat dan selawat diluar solat setiap hari yang dilakukan oleh individu seperti bacaan Syahadah, azan dan Iqamah atau pencinta-cinta Rasulullah SAW yang mengamalkan bermacam-macam selawat atau pengamal daripada Turuq Sufiah di seluruh dunia.

Maka kiraan berjumlah 17.163 biilon itu akan berganda

Maka setiap hari jika seseorang umat Islam seluruh dunia membaca tahiyyat dalam solat dan menunaikan solat setiap hari maka jumlah 17.163 bilion diganda dengan 10 selawat bermakna 171.63 bilion ucapan selawat diucapkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Perlu diperbanyakkan lagi kah ucapan itu, Jawapannya ; Ya ! sebab baginda SAW itu adalah Kekasih Allah.. Maka, kita ni kalau berkawan dengan penjual minyak wangi kita dapat apa ? kalau kita berkawan dengan tukang besi apa kita dapat ?

Sabda Nabi SAW : Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat. [Riwayat Muslim (384)]

Dalil atau sumber utama termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis bagi menjawab persoalan “Perlukah Kita Berselawat” seperti berikut :

1- Al-Quran

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzab: 56)

Selawat merupakan tuntutan di dalam syarak kerana terdapat banyak dalil yang menyeru manusia agar sentiasa melaziminya. Selawat adalah perkataan jama’ bagi solat (الصلاة‎) yang bermaksud doa atau pujian. Tambahan pula, makna selawat Allah SWT, selawat para malaikat dan juga selawat manusia adalah berbeza di antara satu sama lain. Selawat Allah ialah pujian-Nya di sisi para malaikat yang tinggi. Manakala selawat malaikat pula ialah doa tambahan gandaan pahala dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

2. Hadis

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

Ada ulama berpendapat selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.

Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”

Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Perlukah kita berselawat ? Persoalannya, adakah boleh kita mengatakan bahawa baginda SAW itu adalah manusia biasa seperti kita ? Siapa kita yang SUSAHNYA untuk BERSELAWAT kepada baginda SAW diluar solat dengan jumlah yang sebanyak2nya sebagai amalan kita seharian? Sebelum ini penulis pernah menulis mengenai Rahsia Besar Selawat Tafrijiyyah dan Rahsia Sebalik Hizib dan saya mencatatkan kisah beberapa tahun lalu. kesan amalan selawat pada kisah Amalan Ibu Duit Siri Ketiga.

Perlukan kita berselawat ?

Maka kita akan menemui lagi jawapan ini pada Siapakan Rasulullah SAW pada catatan akan datang, Semoga keberkatan selawat yg kita amalkan yg ada mcm2 jenis selawat yang kita amalkan menjadi pendinding buat diri, keluarga dan umat sekalian alam daripada COVID-19 !

Moga limpahan keberkatan selawat yang kita amalkan sebanyak2nya dapat memusnahkan Covid-19 agar diri kita terus kebal daripada Coronavirus.

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

One thought on “Perlukah Kita Berselawat”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.