Di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)
Di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)

Apabila pertama kali dengar Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) di panggil juga pelapik tilam ajaib pastinya kita mengatakan ini ‘pembohongan’ tetapi adakah akal kita telah mendapat penyaksian dengan meredah kebenaran terlebih dulu ? Sesuatu perkara atau benda sewajarnya kita benar-benar menyaksikannya dengan ‘ilmu-Nya’ bukan sekadar dengar-dengar dari orang lain. Kalau kita sekadar dengar sahaja tanpa penyaksian dengan ilmu, maka disimpulkan sebagai TIRU bukannya PERCAYA !

Bio Velocity adalah menterjemahkan konsep tenaga yang kita sendiri pun tidak nampak dengan mata kepala,hanya dizahirkan kepada tempat penerima kesan daripada tenaga itu sendiri. Tenaga elektrik setiap hari kita gunakan pun tidak nampak dengan mata kasar, kita hanya nampak atau menerima KESANnya saja..misalnya tenaga itu dihubungkan dengan kipas, maka kita hanya dapat menerima KESAN angin kipas, bila disambung kepada mentol kita menerima CAHAYA yang dapat menerangi dari kegelapan seterunya kita dapat mengenal pelbagai ilmu.

Di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) ?

Oleh itu, konsep Bio Velocity Sleep Mate ini telah pun dikaji dan dikonsepualkan oleh pakar fizik Professor Edward V.Krizhanovsky dari Rusia telah menjalankan satu kajian klinikal terhadap pelapik tilam Bio Velocity Sleep Mate sejak tahun 2013. Pengkaji mencipta dari ilham yang Allah anugerahkan atas sebab kesungguhan dia untuk membantu.

Kalau nak harapkan kita untuk mengapplikasikan tenaga dengan minda separuh sedar kadang tak mampu pun kerana kita perlu memahami konsep tentang ilmu tenaga,aura dan sebagainya, so lambat citenya kalau kita nak buat applikasikan sendiri. sehingga kita nak faham tentang Prinsip Entrofi (Entrophy) dalam pemindahan tenaga, fizik kuantum dan sebagainya.

Kalau mengikut sains moden dan juga kuno segala-galanya adalah tenaga, matahari adalah gabungan tenaga,manusia terbina dari zarah atom, dan subatomik yang diikat dengan tenaga alam. Dulu-dulu kita dah ada masa belajar….

tenaga matahari—–> tumbuhan berfotosintesis, tukar tenaga cahaya kepada kanji (tenaga kimia).

Kanji dimakan oleh lembu–>lembu dimakan oleh manusia–>manusia mati diurai oleh mikroorganisma—>reput, tenaga terbebas, jadi dunia ini adalah TENAGA yang bertukar-tukar bentuk. Maka apa sahaja benda dalam dunia ni kalau nak ubah perlu ada TENAGA.
Maka, Jasad dan Ruh manusia ini dipegang oleh apa ? Ia dinamakan sebagai Tenaga Hayat (Kehidupan).

Ini yang boleh kita jadi bingung sebab tahu nak kondem “di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)” walhal tak faham konsep asalnya sedangkan apabila kita melihat kepada rahsia (disebaliknya), pada tenaga yang mengikat atom-atom yang membentuk protein, DNA, lemak, saraf dan lain-lain pada jasad manusia. dari mana datangnya tenaga hayat tu ? banyaklah sumbernya.

Misalnya makanan, makanan dihadam jadi glukosa dan asid lemak.  Kemudian glukosa akan mengalami metabolime yang dinama pengoksidaan untuk hasil tenaga. Maka, tenaga ini dlm bentuk haba dan tenaga simpanan segera iaitu ATP itu dalam sains ada lagi tenaga ‘mentah’ yang perlu diproses oleh badan (selain tenaga metabolisme tadi).

Ini dipercayai oleh sains alternatif dan semakin dibuktikan oleh saintis moden. Contoh tenaga magnetik aura dari bunga2an, batuan, langit, bumi, bintang, tenaga dari entiti, tenaga dari manusia yang berdekatan (isteri/anak-anak), tenaga dari roh-roh ghaib (orang-orang soleh, nenek moyang).

Begitu juga dengan tubuh kita ni ada pusat tenaga bernama cakera yang boleh memurnikan tenaga ini untuk disalurkan kepada organ-organ yang berkaitan dan organ akan berfungsi pada taham optimun (maksimum) yang diambil dari sumber-sumber tadi. Bila tenaga tu murni dan barulah tubuh manusia berfungsi dengan baik.

Inilah antara salah sebab kenapa dicipta Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) kerana ia sebagai pemudah cara untuk kita terus guna kerana ia gunakan tenaga matahari di waktu pagi dirumuskan dengan garam laut untuk memberi kestabilan badan tubuh kita sebab tu ramai yang leh jadi tenang dan sihat serta tubuh bertenaga apabila guna Bio Velocity Sleep Mate (BVSM).

Di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) ?

Maka, apbila cukup tenaga baru semua berfungsi baik, otak boleh berfikir cegas, jantung kuat, tulang membesar dan menguat kembali, buah pinggang dapat menapis darah, peparu boleh mengambil oksigen.

Bila semua tu ok , dari segi fiologinya , orang tu dikira masih muda walaupun umur kronologi dah 50 tahun. Umur fisiologi=status kesihatan. Umur kronologi=mengikut tahun masihi/hijrah. Macamana cara untuk kekal begitu ? kenapa organ jadi tua dan akhirnya rosak dan tidak berfungsi?

Sehingga menyebabkan menderita penyakit-penyakit kronik. Sebab tenaga tak cukup untuk maintain hidup ia perlu seimbang yang menjelaskan konsep air,api,angin, tanah dan lain-lain.

Tetapi ada yang lebih penting iaitu cas-cas pada badan, bila ada sesuatu tubuh bertenaga maka ada cas-cas. Cas-cas ini yang sebenarnya nampak sebagai gelombang elektromagnet yang dinamakan aura/chi. Cas-cas yang betul dan seimbang menyebabkan aliran elektrik saraf, gelombang otak, pengecutan otot, denyutan jantung dan pengaliran darah lancar.

Jadi bagaimana pula tenaga boleh hilang dengan banyak dan cas-cas ini terganggu yang mengakibatkan organ-orang sukar berfungsi, rosak dan akhirnya penyakit atau tua.

Tenaga hayat hilang banyak sebab kita leka sehingga melupai segala-galanya, lupa untuk ‘top up’ dan kita banyak melakukan aktiviti yang banyak menghilangkan tenaga atau banyak tarik tenaga contohnya emosi, sangat marah, sangat seronok, sangat teruja, banyak fikir dan sebagainya.

Itulah sehinggakan ketika marah, Islam menganjurkan berwudhu untuk merendahkan suhu. Maka cas melampui akan dikurangkan sehingga memberi tenaga-tenaga yang digunakan untuk mengikat atom-atom tulang, atom-atom sendi, atom-atom organ akan ditarik menyebabkan otot akan lemah, senang koyak, sendi cepat rosak, tulang mudah patah dan reput, tenaga batin pun kurang.

Kalau mengikut pahlawan-pahlawan atau ilmu shaolin kuat dan cukupkan deulu tenaga badan, bila cukup tenaga badan baru dapat kuatkan tenaga fikiran. Bila dah kuat tenaga fikiran baru kuat tenaga spritual, itulah susuan silibus ilmu zaman dulu, jasad kuat, fikiran kuat, spirtual/rohani kuat, makan kuat dan lasaklah seorang manusia.

Kita zaman sekarang sukarlah orang nak buat dan nak capai tenaga asal atau biasa dipanggil Zero point Energy yang mind, spirit manusia ke tahap tenaga tinggi dan mempunyai kebolehan menukar charge tahap super yang semua dapat dikawal oleh minda bukannya nafas seperti tenaga dalam yang boleh dibuat berbaring atas Bio Velocity Sleep Mate, sambil tonton astro…sambil makan kacang.

Bila dah kuasai  minda<—>tenaga hayat max<—->supercharger boleh jadi shape shifter body patah balik muda. Mereka dulu-dulu boleh lancar energy ni satu taman akan blackout, tampar orang jarak jauh dan sebagainya.

Jadi apa nak fikirkan dan hadamkan lagi konsep ciptaan Bio Velocity Sleep Mate ni ? saya telah kupas selapis demi selapis mengenai tenaga atau aura yang berkonsepkan Nur’ al Nur pada catatan lepas.

Di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) ?

Kesimpulannya, pemahaman konsep itu penting sebelum kita ‘menghukum’ guru saya selalu pesan “Pelajari sebelum menghukumi, kerana itu lebih selamat dan terpuji. Mungkin satu hal telah kamu ketahui, namun banyak hal lain belum kamu mengerti dan fahami”.

Maka ku pulangkan di atas untuk kalian (yang terbanyak) untuk memilih betul atau tidak, di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) sekiranya kita melihat atas penyaksian keilmuan yang cukup kita tanpa was-was untuk menempah buat teristimewa ayahanda atau bonda tercinta kalau dulu masa raya dia masih sihat..raya tahun ni dia terlantar di atas katil. Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) amat sesuai untuk golongan mereka untuk memulihkan kesimbangan badan. TEMPAH SEKARANG KLIK DI SINI !

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net menjalankan penyelidikan, penelitian, penyuntingan dan proofreading bagi dokumen akademik dalam Pembangunan Sains Sosial (Perundangan Islam, Pengajian Islam & Bahasa Arab PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

2 thoughts on “Di mana kebenaran Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)”
  1. […] kita perlukan bumi..wujudnya kita memerlukan siang dan malam..wujudnya kita memerlukan matahari ( sumber tenaga ciptaan bio velocity yang boleh memberi tenaga kepada manusia) dan bulan..hanya kerana memandang Allah kepada kita maka dizahirkanlah yang lainnya..Sewajarnya […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.