Kenapa perlu belajar bahasa arab ? Soalan yang pernah ditanya oleh pelajar semasa saya dalam kelas intensif bahasa arab kuching dua tahun lepas di bilik diskusi Pustaka Negeri Sarawak.
Erm…Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab? Camne nk jawab soalan ini ya..
Ooh ha…saya hanya bagitau bahawa sebagai orang Islam sangat wajarlah sebab selalu berkomunikasi dengan ALLAH dalam bahasa arab pun ketika baca al-Quran, semasa bersolat, semasa berdoa dan melakukan ibadah-ibadah lain.
Ini bermakna bahasa yang sangat dekat digunakan. Maka sepatutnya orang Islam lebih memahami apa yang disebutkan atau diucapkan agar menimbulkan RASA… Rasa apa ustaz ? Rasa kenal…rasa cinta..rasa rindu…padaNya…rasa teringat padaNya….banyaklah pulak rasanya ustaz yea..masalah sekarang ni kenapa perlu belajar bahasa arab ?
Baginilah…pasti pelbagai rasa itu yang dapat menyatukan sehingga dinamakan nikmat…kerana kita dibekalkan dengan KESEDARAN dan PENGETAHUAN.
Baiklah…Pertama kita ada sedar, kedua kita ada pengetahuan yakni tahu, maka ada sedar dan tahu bagi kita, so jadi apa?
Bagi kita jadi KENAL, maka dengan kenal tu baru boleh sebut ALLAH…ALLAH.. Barulah keluar zikir ALLAH tu…Hakikatnya DIA (ALLAH) nak sangat untuk kita zahir/nyata kerana ke semua kesempurnaan yang ada pada DIRI (ZAT) ALLAH, akan dikenali oleh makhluk yang bernama manusia.
Allah zahirkan manusia tu, diberi dengan pilihan. Dia boleh pilih nak tahu atau tidak mau abik tahu. Allah boleh pilih. Maka tuhan bagilah kat kita peluang untuk mengetahui sebab apa hidup kita di dunia ni..
Semua sudah diuruskan dan ditadbirkan..Kita ni mengetahui saja, bahawa segala kehidupan kita telah diaturkan Allah sebab Nabi S.A.W sebut selama usia manusia di alam Rahim ibu, selama 120 hari yakni 4 bulan..So, 4 X 30=120 hari, selama 120 hari, maka ditetapkan baginya 4 perkara dalam hidup. Tengok kita buat ke Allah tetapkan…Jawabnya, Dia tetapkan….
Ketetapan apa yang mula-mula..
Pertama : Dia tetapkan tentang rezeki dalam hidup, kita nak hidup ni dengan apa ? makan, minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, harta benda, duit ringgit ni…ketetapan dah berlaku di alam sana. Yang berlaku di sini adalah yang ditetapkan di sana dah berlaku, maknanya urusan tentang rezeki semua dah ditetapkan, kita menerimannya benda tu sekarang…mungkin kita nampak berusaha tetapi yang telah ditentukan usaha bukan buat sendiri, usaha yang telah ditentukan.
Itu yang pertama.
Kedua…kita ditetapkan dengan pasangan hidup kita, nak hidup dengan siapa, anak, isteri, cucu, menantu, mertua, saudara mara belah mak, belah ayah ditentukan ni…kalau tunggu kita nak buat, kalau tunggu kita nak cipta, siapa boleh cipta mak dia sendiri, dan siapa pun tidak pernah tahu, mak dia sapa…sampai diberitahu baru dia tau mak dia…sebab kita tidak tahu…
So, kalau saya tanya anda..betul-betul kita ni ada ke tidak ada..Jawabnya, tidak ada sehingga kita diberitahu bahawa kita ni ada…. baru kita RASA ada…
Sedangkan ketika kita tidak ada…kita tidak diberi tahu pun sebab kita tidak tahu pun yang kita ni tidak ada,setelah diberitahu baru kita tahu, kita ni ada..
Tuhan sebut dalam al-Quran :
هَلۡ أَتَىٰ عَلَى ٱلۡإِنسَٰنِ حِينٞ مِّنَ ٱلدَّهۡرِ لَمۡ يَكُن شَيۡٔٗا مَّذۡكُورًا
Maksudnya, bukankah telah datang kepada kamu, suatu masa kepada insan bahawa dia tidak pernah wujud dan tidak boleh disebut-sebut…
Tengok tak ada…sekarang ni perasan ada ke perasan tak ada..Persoalnya sekarang, kita rasa kita ni ada ke kita rasa kita ni tak ada…Sekarang ni kita perasan kita ada, tapi yang sebenarnya yang ada sapa…ALLAH…Kenapa ? sebab hari-hari kita kata/sebut/ucap 2 kalimah syahadah…Aku bersaksi tidak ada yang lain melainkan ALLAH..
Sebab apa kata yang kita ada…abis kita ni apa? Kita ni kenyataan adanya ALLAH bukan diri kita…disinilah tuhan duk perkenalkan kata kita, kamu tak ada….bila kamu ada ? kenyataan Akulah bukan kenyataan kamu…tetapi bila tak kenal, duk kata sapa ada ? duk kata kitalah ada, bila kita ada, kita buat apa… kita pun pandai-pandailah dengan apa yang kita ada tu yang jadi reka banyak !!
Ketiga : Ditetapkan ajal maut kita…bila nak mati, nak suh kita mati, agak-agak2 bila nak mati ni…ni gitau semua yang ada…yang cerdik yang pandai..yang muda…yang tua..
Kalau nak suh kita mati bila ? nak mati ni…tak mati langsung, kita ikhtiar nak bagi hidup, tapi mati sapa punya ALLAH..sebab tu kita tak de…bila sampai masa mati, suka pun mati, tak suka pun mati..tengok kenyataan sapa…kenyataan tuhan juga..cuma kita ni tak tahu langsung bila nak mati…
Kenapa DIA (ALLAH) tak bagitau kita…kalau DIA bagitahu bila…Anda mau baca habis tak tulisan ni ? atau anda akan tinggalkan telefon pintar anda dah ni untuk menyibukkan diri beribadah padaNya.
Oleh itu, sekiranya ALLAH bagitau tarikh, hari dan jam berapa nak mati..anda baca tulisan ni lagi tak..Jawabnya tidak lah…pasti anda semua duk masjid je kan..
Maka sebab itulah DIA (ALLAH) tutup/sembunyikan dari diketahui…Kenapa ? Sebab kehidupan dan penceritaan dunia ni tidak berlaku lah kalau ALLAH gitau anda….sebab tu Allah tutup tak bagitau. Oleh kerana kamu TAHU bahawa kamu nak kena mati…kamu buat lah persiapan, kamu tak perlulah buat benda yang tak penting.. buat yang penting sudah lah kamu buat, kamu nak buat benda tidak penting…kamu mati juga..
Keempat : Kita tidak tahu, kita ni ahli syurga ke ahli neraka, bahagia ke celaka, hidup kita dihujung pun kita tidak tahu. Oleh kerana tidak tahu, Tuhan kata “AKU (ALLAH) ADA” datanglah kepadaKU, carilah AKU, tunduk kat AKU, minta apa pun kat AKU, nescaya kamu akan duduk elok dan bagus2.
Dengan demikian, segala kehidupan yang kita lalui sekarang ni kenyataan nak menunjukkan kamu tu menerima nikmat saja, semua tu AKU (ALLAH) PUNYA…bila sampai setakat ini kita pun kata lah : La Hau La Wa La Quwwata Ila Billah..
Tidak ada daya dan upaya melainkan Dia (ALLAH), tolong bukan ada daya nak gi masjid ke… surau ke… kelas mengaji bahasa arab ke untuk faham dan dapat pegang serta berdiri tegak (istiqamah) dalam agama Islam….melainkan DIA tolong, bila sampai ke tempat tu, baru sedar..Ini lah kesedaran..bila sedar yang ni kita angkat tangan Alhamdulillah..kenapa ?…ENGKAU (YA ALLAH) tolong Aku jadi hamba yang beribadah..Oklah biarlah persoalan Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab ini menjadi tanda tanya kepada yang masih mencari-cari jawapan.
Walau bagaimanapun begitulah cerita yang masih saya ingat bercerita dalam kelas bahasa arab di bilik diskusi Pustaka Negeri. Tapi sekarang kelas intensif bahasa arab kuching telah pun berpindah di Borneo744. Rujuk ke catatan lepas :
Kalau sesiapa yang berminat untuk faham dalam apa yang kita sebut di dalam bahasa arab semasa beribadah tu wajarlah belajar dalam kelas ini juga ! Maka terjawablah persoalan kenapa perlu belajar bahasa arab ? Moga kita menjadi insan yang sentiasa dalam kesedaran atas nikmatNya yang tak terhingga. Ku tinggalkan kepada yang terbanyak untuk merungkaikan lagi persoalan Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab.
[…] Kenapa Perlu Belajar Bahasa Arab ? […]
Assalamualaikum w.b.t.ada kelas bahasa Arab ni secara online sekiranya saya ni jauh daripada tempat nak belajar.