Mencari-cari jawatan kosong guru KPM untuk sekolah seluruh Malaysia ? Berkelulusan dalam bidang pendidikan dan berminat untuk jadi guru di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Para Graduan yang memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon segera di pautan https://myspp.spp.gov.my/ Tarikh tutup pada 21 April 2023 (Jumaat).

Jawatan kosong ini terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu:

  1. SYARAT LANTIKAN TETAP GRADUAN PENDIDIKAN 
Iklan_PPP_TETAP_Tahun_2023_SPP

2. SYARAT LANTIKAN GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN secara Contract of Service (CoS) 

Iklan_PPP_COS_Tahun_2023

Cara memohon hanya isikan borang permohonan di pautan https://myspp.spp.gov.my/

Zeckry.Net tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal dalam permohonan dan gagal dipanggil temuduga atau tidak mendapat tempat bagi Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023.

Tetapi sekiranya anda berminat untuk mengetahui petua-petua bagi calon-calon yang berjaya untuk ditemuduga dalam bidang Pendidikan Islam boleh tinggalkan komen dibawah.

Sehubungan itu, petua yang dimaksudkan adalah contoh soalan-soalan temuduga sebagai panduan sebagai persediaan untuk membantu anda menempuh alam temuduga nanti.

Sebelum ini, BERNAMA melaporkan bahawa hari ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menerima permohonan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2023. Langkah ini dibuat bagi menampung kekurangan sumber pengajaran sedia ada yang wujud sepanjang masa.

Rujukan

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri. (2023, April 7). Permohonan untuk isi 19,000 kekosongan guru dibuka hari ini. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1087096/permohonan-untuk-isi-19000-kekosongan-guru-dibuka-hari-ini
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. (2023). Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan - Hebahan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023. https://www.spp.gov.my/ms/pengumuman-berita-terkini/pengumuman-2023/pengumuman-guru/1289-hebahan-permohonan-jawatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-gred-dg41-tahun-2023

By Muhammad Soulhiey Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan Sains Sosial [Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Perundangan Syariah] di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial dan Perujuk Amanah Raya Berhad (ARB). PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.