Pendidikan Islam Muallaf menjadi tema untuk berkongsi. Zeckry dihubungi oleh Sharil merupakan salah seorang pelabur di internet yg. kena scam dalam program Interfund. Terdahulu, kisah ini telah dicoretkan di laman ini melalui pautan Hebat Keuntungan Melabur di Interfund (ITF) •

Cerita Sharil dah 1 thn lebih, Sharil datang lg berkongsi, hasil amalan Selawat Tafrijiyyah dan kuasa sedekah dgn Pendidikan Islam muallaf di Sarawak yang pernah dicatatkan pasal labur tp lebur.

Biarpun demikian, perkongsiannya sgt menarik untuk kita mengambil pengajaran iaitu bagaimana Sharil meninggalkan perkara yg. dilarang oleh agama yang berkaitan dengan riba atau sumber yg. tidak jelas.

Baca juga : Apa itu riba?

Setelah dia menginsafi atas ‘kerakusan’nya. Kini dia dapat mengawal nafsunya untuk jadi kaya cepat, melalui macam-macam program pelaburan dalam talian tak ada perasaan lagi. Tapi Sharil konsisten dengan amalan yg sgt yakin sekarang seperti membantu muallaf dalam memudahkan mereka belajar dan dalami agama Islam supaya lebih mantap.

Pada kesempatan ini, aku cuba kongsikan perkara kebaikannya atau ‘call to action’ daripada amalan sedekah dan amalan selawat tafrijiyyah. Aku teringat kata-kata Sharil ketika berwhatsapp “sibuk mana kita mencari rezeki, perintah Allah SWT jgn diambil mudah.

Apabila kita telah diberikan rezeki jgn lupa cucikan pendapatan kita, selain berzakat. Islam anjurkan amalan sedekah kepada mereka yg perlukan”.

Ini kerana hasil yg kita dpt kita tidak tahu mana yg halal atau haram telah bercampur, sekurang-kurangnya kita cucikan sedikit dengan amalan sedekah utk zahiriah.

Demikian juga, penyucian batin dgn memperbanyakkan amalan Selawat Nariah atau Tafrijiyyah yg diambil secara berguru supaya pertalian atau sumber itu pun jelas. Selawat Tafrijiyyah pernah juga, diongsikan di Rahsia Besar Selawat Tafrijiyyah.

Akhirnya, Sharil berkongsi bagaimana rezeki itu mudah datang tanpa hijab? Yakni ambil peluang dalam Sedekah 50 sen untuk tabung pembangunan pendidikan Islam Muallaf Sarawak sudah memadai, kita bantu mereka dalam kesukaran belajar dan sokongan tenaga pengajar mereka iaitu Tuan Haji Yusri Abdullah di Musolla Serayan Hilir, Lundu, Sarawak.

Secara bersama, Sharil kini rasa tenang, rezeki tak putus-putus, hutang semakin beransur-ansur berkurangan terus buat secara auto debit terus setiap bulan utk tampung kos pendidikan Islam Muallaf di Kpg. Serayan Hilir, Lundu.

Keyakinan Sharil sgt sy puji, ada dia bercerita, kadang2 sy tak tahu dr mana tiba-tiba ada duit dalam bank, kawan datang belanja kat tempat kerja. Sangat berkat bila rezeki kita ada dpt berkongsi dgn yg memerlukan. Itulah selalu orang tua kata, kongsi rezeki kita murah rezeki. Sharil mengingat bahwa boleh berbincang dulu melalui whatsapp klik di pautan >>>50 Sen Sehari Tabung Pendidikan Islam Muallaf di Sarawak<<<sebelum menabung saham akhirat bg mendapatkan gambaran jelas dulu mengenai sumbangan sedekah kita.

By Abu Zeckry

zeckry.net merupakan Rakan Penyelidik Nusantara (RPN) untuk pembangunan dan perkembangan dalam bidang Sains Sosial di Nusantara. [[Perkhidmatan]]Guaman Syarie, Pengurusan Harta Islam, Editorial. PENAFIAN : Tidak semestinya tulisan dalam laman ini adalah pandangan muktamad penulis. SOKONGAN PADU :>>>Tabung Muallaf 50 Sen Sehari>>>

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.