Siapa Kami Zeckry.Net

Alhamdulillah…Segala puji bagi Allah SWT dan selawat serta salam buat KekasihNya Saidina Muhammad SAW dan ahli baitnya serta kepada semua yang mengikuti sunnahnya..Al-Fatihah…

Siapa Kami Zeckry.Net ?

Muhammad Zeckry Ad-Dumyaty adalah nama pena di laman ini untuk berkongsi ilmu dalam penyelidikan dan penelitian dalam meneroka ilmu-ilmu Allah SWT.

Laman ini dibangunkan untuk perkongsian ilmiah, penulis merupakan lepasan mahasiswa Universiti Al-Azhar, Arab Republic Of Egypt dalam jurusan Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Open University Malaysia dalam bidang Pengajian Islam.

Selain sebagai penulis, aktif sebagai pendakwah di surau dan masjid dalam menyampaikan dakwah dalam bidang Fiqh Islami al-Quran Wat Tajwid,Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Bahasa Arab.

Tulisan dalam laman ini merupakan perkongsian sebagai wacana minda dan pemikiran penulis. Segala pengambilan bahan dalam laman ini perlulah diletakkan sumber dalam penulisan anda.

Kini penulis sedang giat untuk menjemput dan membuka peluang kepada mereka yang berminat dalam Pengumpulan Kajian dan Penghasilan Penyelidikan melalui Kelab Pengumpulan Kajian dan Penghasilan Penyelidikan Ilmiah (KEMPEN) untuk projek-projek kajian dan penyelidikan yang dirancang. Sekiranya berminat boleh hubungi kami segera di pautan ini.

Semoga mendapat manfaat.

Salam hormat,

Muhammad Zeckry Ad-Dumyaty