Dua kolah dan penyakit ain ! “Aku masih mencari jawapan penyakit ain” Bisik hati kecil ini. Sesekali apabila mengimbau suasana di kampung masa lalu, di masjid atau surau kebiasaannya ahli jemaah mengambil air sembahyang di kolah (berbentuk empat segi yang diperbuat daripada batu atau simen untuk menakung air) di hadapan masjid atau surau.
Kalau kita belajar fekah dalam bab bersuci isitilah dua qullah selalu dibicarakan oleh tuan guru semasa mengajar di pondok, surau atau masjid. Istilah ‘dua qullah’ ini ada sumbernya daripada hadis s.a.w dalam menerangkan kesucian air.
Masyarakat melayu panggil ‘kolah’ yang asal dari perkataan Qullah iaitu sejenis bekas yang digunakan oleh orang-orang Arab pada zaman dulu untuk mengisi, bawa dan simpan air. Kira-kira dua abad selepas Rasulullah s.a.w wafat, para ulama fekah di Baghdad dan di Mesir tidak guna lagi ukuran Qullah.
Dua Kolah
Di pendekkan cerita, istilah dua Qullah: dua kolah iaitu tahapsukatan isipadu air suci (air mutlak) dan boleh guna untuk menyucikan. Kalau kurang dua kolah ialah air musta`mal kerana air boleh berubah rupa, bau ataupun rasa setelah digunakan.
Maknanya air mutlak berubah jadi air musta`mal (air yg dah digunakan) tidak layak guna utk bersuci. Maksud berubah kalau bekas air itu melebihi dua kolah dan najis jatuh ke dalamnya, sifat air tak berubah dan masih kekal sebagai air mutlak dan tiada najis di dalamnya, sekiranya tidak berubah warna, rasa atau baunya.
Isipadu dua Kolah
Kata ulama fekah sekarang seperti Dr Wahbah Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu kata isipadu air dikira jumlah sebagai 270 liter. Bab dua kolah yang kita ingat belajar pada bab bersuci dalam kitab fekah. Kalau dulu-dulu, masa kecil suasana di kampung begitu lah, apabila kita mengikut atuk atau ayah pergi ke surau atau masjid mengambil air sembahyang di kolah.
Suasana di kampung nan indah, masyarakat aman damai, tua menyantuni kanak-kanak, bertegur, bertemu idola orang melayu yang bersifat budiman dan bersenyum. Bak kata aura positifnya kita dapat rasai dan apabila melihat orang tua waktu itu riak wajahnya bersemangat ke surau atau masjid.
Tapi, setelah aku berhijrah jauh untuk membina kehidupan memori itu tidak dapat dilupakan. Setelah aku mengaji, mengkaji dan peratikan kini keadaan masyarakat kita banyak berubah dengan keluarga bergaduh, adik beradik bawa hal masing-masing, berkelahi harta pusaka, anak pukul bapa, anak bunuh ibunya. Nilai kemanusiaan semakin hari semakin jauh dengan beraneka konflik dalam sistem kekeluargaan dan masyarakat.
Sikap Budiman Terhakis
Aku masih merenung di kala umur mencecah 40-an apabila generasi yang jauh dengan nilai adab dan akhlak yang mulia. Tiga tahun lalu aku pernah tulis berkaitan bangsa melayu dulu budiman kini ? Sebenarnya umat melayu punyai identitinya tersendiri terkenal dengan budiman. Tulisan berkaitan budiman. telah dimuatkan dalam buku Analisis Bid`ah dan Sunnah.
Sifat budiman semakin terhakis dan lenyap dengan pengaruh luar batman, utraman, superman, spiderman atau cicakman. Umat melayu semakin berpecah belah dengan sebab dengki (hasad), penyakit ain tanpa sedar, saka berpuaka, gelapnya hati, kuasa, salah guna media sosial dan fahaman mengubah adat dan adab masyarakat. “Kenapa oh kenapa” ? Itulah soal hati kecil ini.
Cerita dua kolah
Baiklah berbalik cerita dua kolah, setelah aku mengkaji aku jumpai hikmah disebaliknya. Kisah penyakit ain semakin hari semakin luas dan lebar sejak pengaruh media sosial. Dari awal tadi aku kisahkan pasal suasana di kampung sangat harmoni. Penyakit ain (non medis) namun sangat ‘berkuasa’ dalam diri seseorang tanpa sedar yang disinonimkan dengan kedengkian yang amat dasyat seseorang itu kepada seseorang lain dengan hanya pandangan mata. Kenapa aku kata semakin dasyat sekarang sebab dunia sekarang banyak berubah dengan pengaruh visual yang dipertontonkan melalui gambar atau video di media sosial sama ada facebook, instagram, tiktok, youtube dan seumpama.
Kena Ain
Pandangan mata orang lihat itu kita tidak sedar bahawa yang melihat itu ada penyakit ain iaitu mereka tidak senang dengan nikmat yang dimiliki oleh seseorang yang ditunjukkan melalui paparan visual di media sosial (medsos). Kalau orang dulu-dulu cukup berhati-hati dengan segala nikmat yang diperolehinya kalau dapat disembunyikan sama ada berbentuk kecantikan, kekayaan atau kemewahan. Kita pernah dengar dulu kan dengan “kena ain”. Itu lah yang selalu orang dulu sebut terkena ain dengan membawa kesan kepada diri seseorang itu. Dalam perubatan Islam biasa dibincangkan dengan penyakit non medis iaitu Hasad (ain), sihir dan gangguan jin. Ketiga-tiga jenis itu adalah sebab eksistesi jin di dalam tubuh manusia.
Oleh sebab itu, maka kita namakan sebab masuknya atau mesti dimusnahkan dari dalam tubuh. Dalam masyarakat arab, penyakit ain melibatkan kejadian di persekitarannya kerana penyakit ain pencetus kepada sihir dan gangguan jin pada seseorang itu.
Setelah aku mengaji dan mengkaji, umat Islam harus tahu pengubatannya yang tepat sasarannya kerana Nabi s.a.w berpesan “Sesungguhnya Allah tidak turunkan penyakit kecuali menurunkan penawarnya. Penawar itu diketahui oleh orang berkemahiran dan berpengetahuan dan tidak diketahui oleh orang yang tidak dapat mengetahuinya” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Saranan Penawar
Kembali kisah dua kolah tadi, hikmahnya juga salah satu wasilah atau sarana penawar untuk mensucikan penyakit ain. Kenapa jarang orang bincang pasal penyakit ain (hasad)? Kebanyakan masyakarat hanya biasa bincang sihir dan jin. Mereka banyak bincang sihir dan jin tetapi lupa bahawa bahaya penyakit ain tanpa disedari, sedangkan Rasulullah s.a.w telah memberi peringatan al ain adalah benar. Maka, kenapa penyakit ain bahaya.
Teruskan kalian mengkaji banyak hadis membicarakan tentang penyakit ain ini kerana kedengkian (hasad) orang lemparkan melalui matanya yang lahir dari hati kita semua tidak tahu dan perasan. Ini semua berpunca daripada gelapnya hati.
Penyakit ain dalam perubatan Islam dikenali sebagai penyakit maknawi iaitu penyakit yang menimpa hati ia bukan penyakit hissi (penyakit yg dapat dilihat atau pun dirasakan oleh panca indera). Percaya atau tidak terpulang kepada pengetahuan dan keyakinan kalian.
Simpton
Paling penting, punca utama kita rasa simpton-simpton sebab aura negatif di sekeliling. Keadaan kita tiada semangat, selalu ada gangguan misteri, tubuh kita lemau dan tidak bertenaga, emosional tanpa sebab, gangguan haid (wanita), masalah dalam rumahtangga, mimpi-mimpi yang menakutkan, was-was, hilang fokus, banyak sendawa, malas beribadah, menguap terutama waktu beribadah, cepat lupa, selalu mimpi berterusan tentang binatang atau orang tertentu yang mengejar atau dipandang dengan pandangan menakutkan atau disakiti, diancam atau terjadi pertengkaran, menangis tanpa sedar, tubuh bergetar terutama tangan dan kaki. Itu di antara simpton-simpton yang dibincangkan oleh guru kami.
Namun, sekiranya perlu maklumat lanjut dapatkan penawarnya melalui belajar al-Quran untuk wanita dewasa yang zero dengan teknik yang berkesan di pautan ini. Insyallah boleh membantu daripada menghindari penyakit ain dengan penawarnya.
Catatan lalu:
Gelapnya Hati
Kenapa Penyakit Ain Bahaya?
Bahaya Penyakit Ain Tanpa Disedari
Antara Kita Selalu Salah Kaedah Berdoa Betul atau Tidak
Orang Menyakiti Kita ?