Kelas Bahasa Arab Mudah Di Kuching

Ramai yg belajar hanya untuk memenuhi masa lapang atau sekadar dapat barakah atau sekadar untuk peperiksaan. Alasan x blh belajar bahasa arab adalah sibuk, masa tiada ada atau hafazan tidak kuat. Macam macam alasan kerana apa … kerana kita tidak tahu betapa besarnya ganjaran dan faedahnya kita dpt dgn mempelajari bahasa arab.

 

Apakah makna ما dlm 2 ayat berikut :
ما تشرب اشرب
ما الذ هذا الشرب

Tahukah perbezaan makna 2 ayat berikut:
بنت التي في المسجد طويلة.
البنت التي في المسجد طويلة.

Apakah perbezaan makna 2 kalimah berikut:
استاذ احمد
الاستاذ احمد

Ini adalah soalan mudah b arab, tapi klu x blh jawab, mcmana kita dpt cungkil isi kandungan alquran? Tentunya kita x mampu.

Malangnya, terlalu ramai dari kita lansung tak mahu pelajari b arab walaupun kita tahu ianya adalah KUNCI …. KUNCI untuk memahami alquran dan sunnah. Saya, sentiasa berusaha untuk menarik minat orang ramai untuk mempelajari b arab, tapi x ramai yg menyahut seruan ini.

 

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0189862329

 

Kerja saya adalah mengajar bahasa arab sebab apa …. kerana al-Quran diturunkan ke dalam bahasa arab. Tanpa bahasa arab kita tidak akan dpt nikmati makna dan kefahaman sebenar ayat ayat Allah.

 

Contohnya, adakah betul kita baca alquran kita berfikir tentang kalimah ما dlm ayat ayat alquran @ kita just baca buat tak tahu. Tahukah kita ما punyai banyak makna. Misalnya, cuba lihat ayat ayat berikut :
1. ماذا في الحقيبة؟
Maknanya : Apakah yg ada dlm beg tersebut. ما disini bermakna apa.
2. سمعت ما قال الامام
Maknanya: saya dengar apa-apa yg dikatakan oleh imam tersebut. ما disini bermakna apa apa perkara.
3. تكلمت مع امام ما قبل قليل.
Maknanya : saya tlh bercakap dengan imam(mana mana iman) sebentar tadi. Makna ما dlm ayat ini mana mana(umum).
4. ما اكبر هذا المسجد.
Maknanya : besarnya masjid tersebut! ما dlm ayat ini bermakna takjub تعجب

5. ما تشرب اشرب
Maknanya : Apa apa yg awak minum, sy minum. ما dlm ayat ini bermakna syarat – شرط

Dan lain lain makna. Adakah pernah kita ambil tahu makna makna ما ini apabila kita baca alquran? Ini satu contoh menunjukkan pembelajaran b arab ini penting.

Adalah sangat salah dan silap, kalau kita cakap orang melayu tidak perlu belajar bahasa arab sebab tidak ada orang melayu pun cakap Bahasa Arab, so dgn siapa nak cakap.

Adalah silap kalau kita cakap Bahasa Arab untuk ustaz @ ustazah @ pelajar aliran b arab sahaja sedangkan kita juga solat dan baca al-Quran spt mereka. Kita mempelajari bahasa lain untuk capai matlamat kita tp adakah kita tidak blh habiskan sedikit masa mempelajari Bahasa Arab untuk memahami ayat ayat Allah yg menciptakan kita.

Al-Quran Diturunkan oleh Allah dlm b arab. Rasul bercakap b arab. Adakah alquran dan sunnah itu hanya utk org arab, maka orang bangsa lain x perlu tahu?

Adalah rugi bagi sesiapa yg belajar b arab hanya utk bercakap @ utk pergi mekah sj. Kita belajar b arab untuk faham alquran dan sunnah. Sementara percakapan, mengapa tunggu orang lain cakap? Adakah boleh kita belajar bersama isteri dan anak anak @ kita belajar lps tu ajar anak isteri dan praktiskan bersama keluarga? Sekadar renungan.

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0189862329

Kita mengambil masa yg panjang setiap hari dan membelanjakan wang yg banyak membeli produk-produk untuk menjadikan fizikal kita menarik dan cantik. Malangnya adakah kita habiskan sedikit masa kita setiap hari mencari ayat-ayat Allah dlm alquran yg blh memberi ketenangan atau kecintaan kpd Allah supaya kita lebih cantik pada Allah yg mencipta kita?

Marilah hayati al Quran. Untuk hayati kita mesti baca dan faham. Untuk faham, belajarlah bahasa alquran iaitu bahasa arab. Adakah tidak terfikir, sebagai muslim yg solat dan membaca alquran untuk mempelajari bahasa arab?

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0189862329

Tatabahasa @ grammar قواعد اللغة العربية adalah susah kalau tak kena cara @ dtg dgn syarahan yg susah. Ini menjadikan ramai pelajar tak suka b arab@ bljr hanya utk lulus peperiksaan.
Cara yg berkesan adalah belajar dari asas dan satu persatu, lepas tu buat ayat menggunakan kaedah ini.

Contohnya pelajar belajar حروف الجر spt علی atau من yang bermakna atas atau daripada. Katanama yg dtg lepas من atau علی berbaris bawah. Maka buatlah ayat seperti :
الطالب من الصين. – pelajar tetsebut dari negeri china
الدفتر علی المكتب. – buku latihan tersebut ada atas meja.

Begitulah pembelajaran grammar b arab. Semoga pelajar faham dan seronok dlm pembelajaran tatabahasa b arab.

Bahasa arab bahasa alquran. Belajarlah b arab untuk memahami alquran dan sunnah.

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0189862329

Pengetahuan bahasa Arab adalah penting untuk mengentahui makna ayat-ayat AlQuran atau hadeeth atau ayat-ayat bahasa arab dengan jelas. Contohnya, ما dalam bahasa Arab mempunyai banyak makna seperti :
– Yang
– Tidak
– Mana-mana(umum)
– Taajub
– Siapa
– Apa

Justeru itu, tanpa pengentahuan kaedah bahasa Arab, tentu sekali kita tak dapat membezakan makna ayat-ayat tersebut. Sebagai contoh yang jelas, perhatikan contoh ayat-ayat di bawah :

كتَبْتُ ما سَمعْتُ من المدرس.
Saya telah tulis APA-APA YANG saya dengar dari guru tersebut.

ما قَرَأْتُ القرْآن أمْس.
Saya TIDAK baca AlQuran kemarin.

صَليت في مسحد ما.
Saya telah solat di masjid(masjid AM) kelmarin.

ما أكْبَرَ البيتَ
Besarnya rumah tersebut!(TAAJUB)

ما اسمُك؟
SIAPAkah nama awak?

ما سَمِعْتَ قبلَ قليلٍ؟
APAkah yang awak dengar sebentar tadi?

Oleh itu, pelajarilah bahasa AlQuran sebelum terlambat. Adakah kita terasa untuk memahami ayat-ayat Allah dengan jelas? Semoga Allah membuka hati semua muslimin muslimat untuk mempelajari bahasa Arab.

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0189862329

Adakah kita tahu kefahaman kita terhadap ayat-ayat AlQuran dengan terjemahan adalah tidak sama dengan dengan kefahaman kita dalam bahasa Arab? Contohnya, kita membaca surah Alfatihah paling kurang 17x sehari dengan membaca ayat berikut :
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
– kita hanya terjemahkan dalam bahasa Malaysia : “Kepada engkau Ya Allah kami sembah dan kepada engkau kami minta pertolongan” tetapi tahukah kita dalam bahasa Arab, dengan makna yang sama ayat boleh dibuat(untuk contoh sahaja) seperti berikut :
نَعْبُدُكَ ونَسْتَعِينُكَ
– Apakah beza dan maksudnya? Maksudnya, makna ayat didalam surah alfatihah ini adalah kuat(penekanan @ taukidnya).

Contohnya, perhatikan ayat dibawah :
قَرَأْتُها (Saya telah baca majalah tersebut – maknanya biasa)
إيّاها قَرَأتُ (Saya telah baca majallah tersebut – maknanya adalah kuat)

Kalau kita faham makna ayat إِيَّاكَ نَعْبُدُ adalah kuat – “Kepada engkau Ya Allah kami sembah“, tentu sekali kita akan berhenti tonton bola depan tv bila dengar azan atau berhenti dari berbual kosong di kedai mamak bila masuk waktu solat. Tapi sayangnya, kita tak dapat menghayati makna yang jelas dari ayat-ayat yang kita baca.

Belajarlah bahasa AlQuran. Adakah tidak terkilan, kita sebagai graduan @ pengurus besar syarikat, tapi tak tahu bahasa Arab, walaupun asas – bahasa yang dengannya AlQuran diturunkan? Justeru itu, belajarlah bahasa AlQuran sebelum terlambat.

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0189862329

 

Saya melihat banyak iklan pembelajaran bahasa arab yang menawarkan pembelajaran bahasa arab dengan manhaj yang tersendiri, alhamdulillah. Cuma saya ingin mengingati semua bahawa kita mesti tahu cara pembelajaran yang betul kerana tanpanya kita hanya menghabiskan masa dan wang ringgit tanpa mendapat faedah yang banyak.

Belajar Bahasa Arab mestilah bermula dari asas dan ianya bukan dengan cara menghafal kalimah-kalimah. Belajar bahasa arab tidak cukup belajar satu atau dua bulan tetapi ianya mengambil masa dan pelajar mestilah berterusan belajar dan membuat latihan-latihan.

Kepada yang menghadiri kelas, pastikan pembelajaran diajar dalam bahasa arab tetapi guru mestilah mengajar menggunakan bahasa arab yang mudah dan bersesuaian dengan tahap pelajar dan ayat-ayat bahasa arab yang mudah di ulang-ulang supaya pelajar dapat mendengar dan memahaminya dengan berkesan.

Ada dari kita yang menghabiskan duit berbelas ribu ringgit semata-mata pergi ke negara arab untuk belajar bahasa arab di sana dengan mengambil kursus jangkamasa pendek 2 atau 3 bulan. Ini bukanlah cara yang berkesan untuk belajar bahasa arab. Orang-orang arab realitinya lebih suka bercakap bahasa pasar(bukan semua) dan bukan bahasa Fushaa. Sebab itulah kalau orang maghribi bercakap dengan dialeknya, orang mesir tak boleh faham.
Justeru itu, belajarlah bahasa arab dengan cara yang berkesan dengan tujuan untuk memahami Al Quran dan sunnah dan bukannya belajar untuk mengisi masa lapang sahaja. Fikirlah kepada anak-anak kita dan berilah peluang kepada mereka untuk mempelajari bahasa arab kerana dengan bahasa Arab, kita akan dapat memahami AlQuran dan sunnah dengan kefahaman yang jelas.

Ingin belajar Bahasa Arab Mudah di Kuching Terus Ke Rumah? Call/Whatsapp Segera : 0189862329

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.