Raja Yang Adil Lagi Bijaksana

Seorang Raja yang adil dan benar lagi bijaksana mengatakan kepada seluruh rakyatnya…….

“Didalam gudangku yang Aku perbuat dari “emas permata yang berkilauan” ada tersimpan “emas permata (kekayaan) milikku” yang amat banyak dan tiada ternilai banyaknya sekaligus menyatakan bahawa kesemua harta di dalam gudang tersebut adalah milik rakyatnya juga.….”

Akan tetapi si raja yang bijaksana itu menutup dan mengunci rapat pintu gudang indahnya sehingga mustahil dan amat mustahil boleh di intai atau di buka oleh sesiapa yang mana kunci gudang itu disimpan oleh Raja yang benar lagi pemurah..

Raja itu juga melarang kepada seluruh rakyatnya mengintai atau membuka pintu gudangnya dan jika sesiapa yang berbuat demikian si Raja akan menghukum pancung…. akan tetapi ada dikalangan rakyatnya yang amat berminat (merasakan dirinya pandai) untuk melihat (mengetahui) isi emas permata didalam gudang Tuanku (miliknya juga), kerana “SANGSI SERTA KELIRU” terhadap apa yang raja mereka katakan… jadi rakyatnya itu tadi mencuba dan mencuba untuk melihat benarkah raja ini menyimpan emas permata (kekayaan) miliknya didalam gudangnya..

setelah bersusaha dengan segala kaedah akal yang bagi mereka ini amat bijak…..akhirnya mereka gagal untuk untuk melihat emas permata itu… dan bila pulang ke kampong halaman mereka, orang kampung mereka bertanya… benarkah raja kita mempunyai emas permata yang tersimpan didalam gudangnya seperti apa yang raja kita katakan…??

Lalu mereka ini yang merasa dirinya pandai dan hebat atau dengan perasaan kecewa kerana gagal dan mungkin malu menjawab…..”Tidak ada apa-apa yang ada dalam gudangnya (kosong) kecuali aku lihat gudang raja kita di perbuat dari emas permata yang berkilau-kilau yang amat tinggi kiluannya sehingga membuatkan mata kami kabur serta silau dan sememangnya raja kita itu amat kaya dan terlalu kaya dan sesungguhnya raja kita bertitah akan menghukum kepada sesiapa sahaja yang mengintai (padahal rakyat ini telah berusaha untuk mengintai tetapi gagal) dan ketahuilah bahawa Raja kita itu memang kaya yang di dalam gudangnya itu tersimpan sejuta kekayaan….

sambil berpesan lagi ,jika sesiapa yang mengintai emas permata di dalam gudang raja, nescaya Raja akan menghukum pancung…Dan orang kampung tadi pun tergamam mendengar cerita orang tadi lalu dengan bersemangat menyampaikan pula kepada orang lain tentang pengalaman orang tadi..

Dan bila ditanya kepada orang kampung itu tadi, “benar tak di dalam gudang itu ada emas permata yang tak ternilai seperti apa yang khabarkan si raja?? “…..Orang kampung tadi pun menjawab… (seolah-olah dia tahu) “Tiada apa yang tersimpan di dalam gudang itu …yang ada hanya kekayaan Raja…..” dan jika sesiapa yang mengatakan di dalam gudang itu ada emas permata, nescaya raja akan menghukum pancung dengan membuat andaian ( jika sesiapa yang mengatakan didalamnya ada emas permata sudah pasti yang dia sudah mengintai dan melihat (tahu) sekali gus melanggar perintah raja….dan akan di hukum pancung)

Akan tetapi ada rakyat yang yakin kepada perkataan raja yang benar lagi bijaksana tadi tentang apa yang diperkatakan perihal gudang serta isinya sekali tanpa mengintai dan membuat andaian atas perkataan raja itu…. Dan rakyat yang taat itu melihat dan memahami dengan sebenar-benarnya faham atas apa yang tersirat dan tersurat perihal gudang serta isinya …

Yang mana rakyat ini kenal bahawa gudang itu di perbuat dari “emas permata yang berkilauan” yang didalamnya tersimpan pula banyak dan terlalu banyak serta amat banyak “emas permata yang berkilauan” yang cahaya gemilang dari emas permata didalam gudang menyebabkan gudang yang diperbuat dari “emas permata yang berkilauan” terus berkilau dan dan tetap berkilau sehingga kilauan gudang itu membuatkan seluruh mata yang melihat silau dan kabur dalam memerhatikan keindahan gudang raja tersebut….

dan seterusnya rakyat yang taat ini pula tahu, jika mereka dapat mengintai “emas permata” yang ada didalam gudang raja tersebut nescaya akan hancur berkecai lalu mati dirinya disitu juga sebelum sempat dihukum pancung oleh si raja yang amat bijaksana dan mengetahui serta empunya kepada gudang “emas permatanya” tempat tersembunyi harta “emas permatanya” yang disimpan didalam gudang yang diperbuat dari “emas permata” ………

PELAKON DALAM KISAH DONGENG DI ATAS ORANG KAMPUNG = ANGGOTA BADAN GUDANG (EMAS PERMATA) = JASAD RAHSIA GUDANG (EMAS PERMATA) = ROH RAKYAT “YANG PANDAI” = AKAL RAJA = HATI YANG TAK ADA DALAM CERITA TU MAHARAJA…..

SEBAB MAHARAJA SUKA SEMBUNYI….. MAHARAJA = FANTASI PENULIS (PENGARAH) PENULIS (PENGARAH) = ?????………..

Siapa tahu penulis ini…kalau tau..kenal tak…saya tidak kenal pun siapa…jangan berfantasia…tapi kalau tidak berfantasi macamana nak menulis cerita ini…